Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: Persediaan Beg Hospital Sebelum Bersalin

Assalamualaikum,

Minggu ini saya dah genap 37 minggu. Ya, baby saya dah matang dan saya sudah boleh bersalin bila-bila masa je dalam masa terdekat. So, apa persediaan yang perlu dibuat? Semestinya la yang paling penting adalah beg hospital untuk ibu dan baby. Ok disini saya nak senaraikan beberapa barang yang saya rasa perlu dan yang sudah saya siapkan. Sila la usha mana tau berguna untuk anda juga. Mari!

Persedian Beg Hospital Sebelum Bersalin
Image Googled: Beg Hospital

Persediaan Beg Hospital Ibu:

Buku pink Done
Kad pengenalan Done
1 helai tuala mandi Done
5 helai kain batik Done
Selipar toilet Done
Peralatan mandi – tuala, berus gigi,ubat gigi, sabun, syampu Done
Penjagaan diri – bedak, sikat, getah rambut Done
Peralatan makan minum – mug, sudu Done
2 helai tudung instant Done
1 pasang baju untuk pulang dari hospital Done
2 pasang baju lengan panjang Done
2 pasang stokin tebal Done
1 helai sweater Done
Tafsir al-quran Pakai Hp je nanti
Telekung solat & sejadah kecil Done
Minyak kelapa dara / air selusuh Done
Plastik besar untuk letak baju kotor Done
Set pengurusan uri Done
Kurma Done
Air zam zam & mineral Done
1 pack maternity pad Done
Bra menyusu Saya x beli
Seluar dalam pakai buang Saya x beli
Power Bank Done
Tisu Done

Persediaan Beg Hospital Baby:

7 newborn diaper Done
5 baju baby butang depan Done
5 seluar panjang Done
Romper/jumsuit Tak bawa
Tuala mandi Done
Wet tissue Done
Selimut baby Done
Kain bedung Done
Barut perut Done
2 pasang sarung tangan Done
2 pasang sarung kaki Done
Minyak telon Done
Bantal Done
Topi Done
Toileteries – bedak, losyen, syampu, sabun Done

Orang kata, kalau boleh beg hospital tu kena ready dalam kereta dah. Saya x taruk beg tu dalam kereta sebab ada kurma, minyak telon bagai, nanti rosak sebab panas dalam kereta. So, saya stand by beg ni dekat rumah mak saya dekat Shah Alam sebab saya nanti insha Allah bersalin dekat Hospital Shah Alam. Rumah mak saya dalam 5 minit je nak pergi hospital tu, dekat sangat. Itu je la yang boleh saya share untuk list barang-barang persediaan beg hospital saya. Sekian.

Advertisements
Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: Senarai Barang-barang Keperluan Baby

Assalamualaikum,

Dah masuk trimester yang ketiga (7 bulan), saya telah senaraikan beberapa barang keperluan untuk anak sulung saya. Disebabkan anak sulung saya ni adalah cucu pertama kepada kedua-dua belah pihak, so satu barang pun x pernah ada lagi.

Membeli Barang Keperluan Baby
Image Googled: Membeli Barang Keperluan Baby

Actually, mak saya ada selongkar almari juga hari tu, dan terjumpa barang-barang lama masa adik saya masih baby masa dulu-dulu (sekarang adik saya dah 17 tahun ok). Mak saya jumpa bantal kecik, changing mat, napkin dan selimut. Kira ok la ada sikit kan, tinggal basuh je cuma warna dah luntur sikit la…huhuhuhu….

So, saya dengan bangganya nak tunjuk barang-barang yang saya dah beli sedikit demi sedikit start 5 bulan pregnant hari tu (awal benor beli kan). Tapi jangan salah paham. Saya bukan excited nak beli awal, nak gak tunggu lewat-lewat sikit beli. Tapi disebabkan expo barang murah dijalankan masa saya tengah pregnant 5 bulan, bila lagi mau dapat harga gitu kan. Ni la saya listkan barang-barangnya.

Pakaian Baby:

Baju Done
Seluar Done
Rompers / Jumpsuits Done
Set sarung tangan & stokin Done
Topi Done
Sapu tangan kecil Done
Pampers Not Yet
Napkin Done
Barut Done
Kain bedung Done
Bib Not Yet

Mandian Baby:

Sabun Done
Shampoo Done
Lotion Done
Bedak Done
Changing mat Done
Tuala mandi Done
Baby wipes Done
Set Grooming (ketip kuku, sikat, berus gigi) Not Yet
Cotton bud Done
Besen mandi Done
Nappy rash cream Not Yet
Minyak telon Done
Tungku baby Done

Tempat Tidur Baby:

Bantal Not Yet
Tilam Not Yet
Kelambu Not Yet
Selimut Done
Baby cot Not Buying

Penyusuan Baby:

Botol susu Done
Puting Done
Berus pembersih botol Done
Set breast pump Done
Set cooler bag Done
Botol warmer Not Yet
Botol sterilizer Not Buying
Botol storage Done
Nursing cover Done
Thermos Not Yet
Nipple cream Not Yet

Barang-barang lain:

Stroller Done
Baby carrier Done
Baby car seat Done
Baby bouncer / rocker Done
Diaper bag Done

Berdasarkan pengalaman saya la kan, memang berbaloi la beli kat expo. Memang la bersesak, tapi barang murah banyak dari harga biasa. Pastu kita kena pandai allocate duit dan buat budget. Cam bulan ni simpan duit nak beli apa, bulan seterusnya boleh pikir nak beli apa.

Jangan sampai dah sarat sangat-sangat baru nak pergi beli semua benda. Masa tu ntah duit cukup ke tidak, pastu ngan penat nak berjalan lagi. Kena ingat, zaman sekarang barang baby mahal-mahal juga kalau x pandai mencari. At least, I have enjoy the moment preparing things for my own baby. hehehehe… Insha Allah, if anak kedua nanti, ibu x perlu beli banyak sangat dah macam anak pertama sekarang ni. Sekian.

Posted in My First Born, My Pregnancy

Pregnancy Journey: Trimester Kedua Mengandung

Assalamualaikum,

Ini adalah catatan pregnancy saya. Saya ingin catatkan apa yang saya rasa, apa yang saya lalui semasa pregnancy saya terjadi dari awal supaya saya ingat selalu. Ok ini adalah sambungan daripada entry saya yang pertama di Trimester Pertama Mengandung.

Trimester Kedua Mengandung
Image Googled: Trimester Kedua Mengandung

Minggu ke-17 (4 bulan)

Untuk trimester yang kedua ni, saya sangat bersyukur saya memang dari awal aritu lagi saya punya morning sickness dah habis dah. So selera makan tu biasa la makin bertambah. Cuma saya susah hati sikit la bulan ni. Saya dah buat check up, saya terkena kencing manis semasa hamil. So saya terpaksa la kawal selera makan saya. Yang paling susah hati ialah nak kawal gula dan berat badan dalam masa serentak. Saya x boleh jadi macam ibu-ibu yang lain makan main melantak je. Saya kena tukar semua portion makanan saya supaya gula x tinggi sangat demi baby. Dugaan datang semasa mengandung, saya redha je la.

Check up saya pun dari sebulan sekali terpaksa datang 2 minggu sekali. Kena pantau gula, pantau berat. Kadang-kadang kalau kita kawal makan sangat, gula jadi rendah, berat badan boleh turun. Ni bahaya untuk baby. Kadang-kadang kantoi juga saya main makan je benda manis terutama coklat. hehehe… Tapi saya x amik banyak la, sebab takut tinggi gula. Berwaspada tapi masih lagi enjoy makan kengkadang. Tu yang kengkadang terkantoi BSP tu masa check up. Hahahaha…Tapi yang bestnya, bulan ni kawal makan pun, perut dah makin nampak. Hehehe…

Minggu ke-21 (5 bulan)

Bulan yang ke 5 ni adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu sebab bulan ni akan terjadinya baby kicking. Hehehe… Memang saya sangat excited sebab first time ni nak rasa ada nyawa bergerak dalam
perut kita. Saya first rasa baby kicking masa minggu ke-19. Saya memang la ibu pertama kali mengandung kan, tapi saya cam boleh kenal rasa baby kicking tu camna. Rasa geli-geli dekat bawah perut. Masa rasa tu, rasa cam angin pun ada, tapi tau dah tu baby kicking. Excited x payah cakap la. Senyum sorang-sorang kat opis. Balik rumah bagitau husband, dia sibuk nak rasa. Hahaha…Tapi dalam minggu ke-20 camtu, baby kicking makin kuat so dekat surface perut dah boleh rasa dah. So kasi la husband rasa, punya la excited dia. Hehehe…ni la anugerah Allah yang terindah bagi kami. Feels like a miracle happen.

Lagi satu nak cerita, ada baby expo dekat Mid Valley hari tu. Saya ni dah la hari-hari saya google barang-barang baby, nak survey harga la katakan. Boleh la buat budget nak beli apa nantikan. Lagipun saya suka compare harga barang baby daripada macam-macam website, kedai dan lazada. Lazada selalu mesti lagi murah daripada kedai. Huhuhu…So saya dan husband pergi la expo baby tu, sebab dah survey siap-siap harga dan dah tau apa benda nak beli. saya dan husband datang, terus serbu ke kedai yang kami nak beli je. Serius kalau ada expo baby, beli barang yang anggaran mahal-mahal dulu cam stroller ke, baby car seat ke, baby bouncer ke. Baju-baju baby saya x beli lagi. Hahaha…jantina pun belum tahu lagi. Tunggu la nanti dah scan and dah dekat-dekat nk bersalin nanti baru beli baju-baju baby.

Minggu ke-26 (6 bulan)

Masuk bulan ke 6 adalah peningkatan berat badan dan saiz perut. Hehehe…dah ketara sangat perut membesar. Btw, haritu saya dah pergi scan baby masa minggu ke 24. Saya dah dapat tahu jantina baby saya. Insha Allah, baby boy berdasarkan scan aritu..Hehehe…saya dan suami sangat-sangat excited. Cuma nama je belum pilih lagi, so saya just panggil anak ibu je. Disebabkan baby boy, baby bump saya nampak besar ke depan. So kengkadang tu kena hati-hati jalan takut terlanggar meja ke pintu ke. Maklum la, ibu first time, x biasa langsung. Jalan pun makin semput sekarang, sebab bila perut dah besar, kengkadang jalan x balance dan cepat letih sangat. Nak buat camna, memang gini la gayanya bila mengandung. Lepas ni dah nak masuk trimester yang ketiga pula. Lagi 3 bulan je lagi untuk jumpa anak ibu ni. Syukur alhamdulillah atas anugerah Tuhan yang x terhingga ni. Amin…Till the next trimester guys…Sekian.

Posted in My Addin, My Pregnancy

Surah-surah Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum,

Wahai para ibu sekalian, setiap ayat dalam Al-Quran mengandungi pelbagai fadhilat. Sewaktu hamil, ibu digalakkan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk diperdengarkan kepada anak dalam kandungan. Bukan itu sahaja, ada surah-surah yang boleh memberi manfaat kepada ibu yang sedang hamil.

Surah-surah Amalan Ibu Mengandung
Image Googled: Surah-surah Amalan Ibu Mengandung

Ibu juga boleh tambahkan amalan rohani lain seperti memperbanyakkan zikir, solat hajat, solat taubat, berdoa dan sebagainya. Setiap amalan yang baik dapat membantu membentuk peribadi yang baik terhadap anak dalam kandungan. Berikut adalah Surah-surah yang bagus diamalkan sewaktu mengandung. Jom baca Al-Quran!

1. Surah Al-Fatihah

  • Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2. Surah Maryam

  • Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah At-Taubah

  • Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat

4. Surah Yaasin

  • Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

5. Surah Al-Hujurat

  • Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

6. Surah Luqman

  • Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati

7. Surah Yusuf

  • Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya

8. Surah Al-Nahl

  • Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin

9. Surah Al-Furqan

  • Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati

10. Surah Al-Fatihah, 3 Qul, dan Ayat Kursi

  • Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi

Antara mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW adalah Al-Quran. Cubalah baca dan fahami makna ayat-ayat Al-Quran. Kadang-kadang, apa yang kita baca tu, adalah hikmat, nasihat, atau petunjuk yang Allah nak beri kepada kita. Boleh buat kita insaf dan kembali kepada-Nya. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: Pertemuan Dengan Health Dietitian For GDM

Assalamualaikum,

Baru-baru ni, saya ada appointment kena jumpa dengan health dietitian disebabkan saya disahkan ada GDM semasa mengandung ni. So ini sedikit info saya nak kongsi.

Bagaimana Diabetes Berlaku?

Organ pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.

Jenis-jenis Diabetes:

  1. Diabetes jenis 1 (Diabetes Mellitus Type 1) – terjadi kepada kanak-kanak dan remaja. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
  2. Diabetes jenis 2 (Diabetes Mellitus Type 2) – terjadi di kalangan orang dewasa, mempunyai sejarah keluarga mengidap diabetes dan individu yang berlebihan berat badan. Boleh dikawal melalui pemakanan, senaman dan ubat-ubatan.
  3. Diabetes ketika hamil (Gestational Diabetes Mellitus GDM) – berlaku di kalangan ibu hamil.

Faktor-faktor Risiko Diabetes:

  • sejarah keluarga
  • tidak aktif secara fizikal (kurang bersenam)
  • berat badan berlebihan (BMI > 30)
  • faktor pemakanan
  • umur melebihi 30 tahun

Tanda-tanda Diabetes:

  • kerap kencing (polyurea)
  • kerap dahaga (dysphagia)
  • luka lambat sembuh
  • susut berat badan
  • kebas kaki
  • masalah penglihatan (katarak)
  • letih / lesu (malaise)

Kesan-kesan Diabetes:

  • Gangren (tisu mati), kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong
  • Kerosakan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin ahmar /strok
  • Penyakit saraf

Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan:

  • Karbohidrat ringkas (gula pasir, gula perang, madu, glukos)
  • Makanan manis (gula-gula, ais krim, kek, biskut manis, kuih-muih manis, susu pekat manis)
  • Minuman manis (sirap, ABC, cendol, minuman 3 in 1)
  • Minuman tin / dikotakkan (air berkarbonat, air kotak, jus buah)

Makanan Yang Perlu Disukat / Dihadkan Pengambilan:

  • Makanan karbohidrat kompleks (nasi, mee dan roti)
  • Makanan karbohidrat semulajadi (buah-buahan, susu dan sayur-sayuran tinggi kanji seperti lobak merah, ubi dan labu)
  • Makanan berprotein (daging, ayam, ikan, kekacang dan telur)
  • Makanan yang tinggi kandungan lemak (santan, minyak masak dan mentega)

Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Seperti Biasa:

  • Air kosong, air mineral, kopi / teh tanpa gula
  • Air barli tanpa gula, air soya tanpa gula, teh herba, teh cina
  • Sayur-sayuran berdaun hijau, ulam, kobis bunga, kekacang
  • Perasa / perencah: vanilla, serbuk cili
  • Bawang merah, bawang putih, herba
  • Garam dan kicap (secukup rasa sahaja)
Contoh Menu Untuk Pesakit Diabetes
Contoh Menu Untuk Pesakit Diabetes

Saranan Kuantiti & Kekerapan Pengambilan Makanan:

1. Bijirin & Hasil Bijiran (4 – 8 Sajian Sehari)

Roti putih / roti wheat 2 keping
Nasi / mee / bihun/ kuew teow 1 cawan
Bubur nasi 2 cawan
Capati / thosai / roti canai 1 keping
Oats 1 cawan
Roti bun 1 biji
Biskut krim crackers 6 keping

2. Susu & Hasil Tenusu (1 – 3 Sajian Sehari)

Susu segar / cair 1 cawan
Susu tepung 1 gelas

3. Ikan, Ayam & Daging (1/2 – 2 Sajian Sehari kecuali Ikan 1 Sajian Sehari)

Ikan 1 ekor sederhana
Ayam 1 ketul
Daging 2 ketul saiz kotak mancis
Ikan bilis 5 sudu
Kerang 20 biji

4. Buah-buahan (2 Sajian Sehari)

Epal / oren /limau / lai / pear 1 biji sederhana
Jambu batu / mangga 1/2 biji
Betik / tembikai / tembikai susu 1 potong sederhana
Anggur 6 – 8 biji
Rambutan 3 biji
Durian 2 ulas
Pisang emas 1 biji kecil

Ni la dia serba sedikit tentang info yang health dietitian bagi dekat saya. Dia banyak tekankan tentang pengawalan makanan terutama makanan yang berkarbohidrat sebab makanan ruji kita pun memang nasi kan. Susah juga kalau orang melayu x makan nasi. Huhuhu…Semoga bermanfaat kepada yang lain. Sekian.

Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: Keputusan MGTT dan Terus Kena Buat BSP

Assalamualaikum,

Semasa check up di KKIA kali kedua, saya disuruh oleh nurse untuk buat ujian MGTT. Mula-mula saya x paham kenapa, tapi nurse cakap sebab berat badan naik 1.5kg. Should be masa awal pregnancy, nurse cakap berat saya patut naik 500g jer. So saya bertabah la kena buat ujian MGTT (minum air gula).

Apa tu MGTT?

MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) adalah ujian saringan toleransi glukosa untuk memeriksa bagaimana badan kita mengawal tahap gula. Ujian ini digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis semasa hamil (Gestational Diabetes Mellitus – GDM) dan dijalankan terhadap wanita-wanita yang dilihat sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini.

Mula-mula, nurse suruh puasa dari pukul 10.00 malam sebelum datang check up. Lepas tu, pukul 8.00 pagi hari check up, kena terus amik darah dan minum air gula. Saya punya saluran darah pulak, dah la halus so nurse kena cucuk lengan belah kanan, pastu belah kiri pulak sebab darah xmo kuar. Frust betul saya. Abes lebam dua-dua lengan. Masa minum air gula pulak, mak aihhh…punya la manis dan xde perisa pulak tu. Rasa dia macam air kosong campur bertan-tan gula.

Lepas minum air gula tu, saya kena berehat selama 2 jam tanpa makan dan minum. Tujuan kena tunggu 2 jam tu untuk lihat proses insulin dalam badan kita berfungsi x nak tukarkan gula tu kepada tenaga. Lepas 2 jam tu, saya kena amik darah sekali lagi dekat lengan. Fuh! Terseksa rasa sebab payah nak amik darah. Mula-mula nurse cam cakap amik dekat area atas tangan je terus bukan kat lengan. Saya dah cuak dah sebab takut sakit kat situ. Tapi sebab nurse nampak saya cuak, so dia try la sekali lagi kat lengan. Alhamdulillah berjaya juga kuar darahnya. Fuh! Lega saya….

So resultnya, saya dapat 2 minggu kemudian. Nurse kol hp saya kata result MGTT menunjukkan saya ada kencing manis. Ya Allah! Terperanjat saya dengan dugaan ni. Tapi saya tawakal juga sebab ni bahagian ujian saya kena hadapi. Kengkadang rasa bersalah pula dekat baby sebab ibunya ni suka sangat makan benda manis. Nak buat camna kan, dah kena camni, terpaksa la kawal segala pemakanan saya.

Ni result MGTT saya:

Sebelum minum air gula/puasa 4.0 mmol/L
Selepas minum air gula/2 jam kemudian 8.6 mmol/L

Normal blood sugar for MGTT test (air gula minum tu tinggi gula tu):

Puasa 4.0 – 6.0 mmol/L
2 jam lepas makan < 7.8 mmol/L

Normal blood sugar for GDM pulak (result BSP):

Puasa 4.0 – 6.0 mmol/L
2 jam lepas makan < 6.7 mmol/L

Nurse juga ada bagtau saya kena buat BSP (Blood Sugar Profile). BSP ni adalah kena check gula 4 kali dalam sehari dan hari yang kena buat BSP adalah hari sebelum check up seterusnya. Doktor akan review result BSP dan bagi nasihat apa yang perlu buat, apa risiko kalau ada kencing manis ni dan macam-macam lagi. Procedure nak buat BSP ni pun kena betul-betul tengok waktu makan 2 jam sebelum buat test darah (amik darah dekat jari je). Saya terpaksa beli mesin glucometer tu sebab leceh la kalau nak kena pergi klinik 4 kali dalam sehari. Saya beli jenama On Call Plus dekat farmasi area rumah saya.

Glucometer On Call Plus
Glucometer On Call Plus : Saya Beli

Procedure buat BSP:

  • Kena puasa dari pukul 10 malam hari sebelumnya
  • 8.00am – ambil darah
  • Sarapan
  • 10.00am – ambil darah
  • Makan tengahari
  • 2.00pm – ambil darah
  • Minum petang / makan malam
  • 8.00 pm – ambil darah

Sangat penting pemakanan yang seimbang ibu mengandung yang kena GDM supaya kandungan gula dalam badan sentiasa teratur. Saya tukar semua menu makanan harian saya. Saya gantikan roti biasa ngan roti perang, beras putih tukar ngan beras perang, dan semua air manis (favourite saya teh ais mamak) dah x minum lagi. Minum air kosong jer dan kena minum at least 2L sehari. Semua ni saya buat demi anak dalam rahim saya. Lagipun, usaha ni bukan je untuk anak, untuk diri sendiri juga kan.

Jadual pemakanan saya:

  • Pagi – Roti perang 2 keping
  • Tengahari – Makan nasi perang + lauk pauk (lebihkan sayur hijau)
  • Petang – Biskut wheat jacob 2 keping
  • Malam – Roti perang 2 keping + buah (kengkadang je makan berat if ngidam, tapi bukan nasi)
  • Minum air: Kesemua meal saya minum air kosong cuma pagi kengkadang minum milo kosong tanpa gula or susu pekat

Saya baru buat BSP sekali, dan kandungan saya setakat ni dah 17 minggu. Doakan saya ye sepanjang perjalanan pregnancy saya, BSP yang saya kena buat, dan perkembangan baby saya, saya harap semuanya baik-baik belaka. Kalau boleh, saya x nak sampai kena cucuk insulin. Bila teringat insulin, seram sejuk saya rasa sebab saya memang betul-betul takut jarum, lagi-lagi kena cucuk sendiri kat peha or perut. Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan. Amin…Sekian.

Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: First Pregnancy Check Up Di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Jenjarom

Assalamualaikum,

Saya nak cerita sikit info dan pengalaman saya semasa first time pergi pregnancy check up dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA), Jenjarom. First sekali, anda kena tahu lokasi rumah anda berada di area or daerah mana. So saya pun google la Bandar Saujana Putra (BSP) ni klinik kesihatan mana yang ambil check up ibu mengandung ni. Akhirnya saya jumpa la KKIA Jenjarom. Saya kol klinik dan tanya untuk BSP, hari apa yang boleh datang untuk buat check up. Nurse kata area BSP hanya hari isnin dan selasa sahaja boleh datang check up. So kesimpulannya disini, jangan main walk-in or terjah je klinik kesihatan mana-mana yang berdekatan dengan rumah anda. Kol dan tanya dulu betul ke alamat rumah anda dalam senarai klinik tu.

Apa Tu Buku Pink?

Semasa pregnant, semua ibu kena buat buku pink. Apa tu buku pink? Mungkin zaman dulu xde kot, so cam bila saya cakap nak pergi buat buku pink, orang tua x paham. Huhuhuhu….Ok, buku pink ialah buku rekod kesihatan ibu yang berwarna pink. Pergi check up dekat KKIA (kerajaan) mesti akan dapat buku pink ni (kalau check up dekat swasta saya x tahu dapat buku apa). Buku pink ni fungsi dia macam passport/tiket bagi ibu-ibu mengandung untuk menyerahkan diri/booking ke mana-mana hospital terutama hospital kerajaan masa nak dekat bersalin. Semua info tentang kesihatan ibu ditulis dalam buku tu, so masa nak bersalin, doktor refer buku tu dan tau kalau ada apa-apa masalah dekat ibu tu.

Buku Pink Saya
Buku Pink Saya

Waktu Yang Sesuai Untuk Bukak Buku Pink

Saya bukak buku pink ni time kandungan dah masuk 8 minggu. Kenapa bukak masa 8 minggu adalah sebab time tu baby dah kelihatan sikit la. Nampak seketul daging dan nampak degupan jantung dia. Check up pun senang bila nurse nak check air kencing semua, memang dah confirm mengandung.

Dokumen Perlu Bawa

Nurse mintak IC saya sahaja. Maybe klinik kesihatan lain ada mintak macam-macam, contoh sijil nikah la, bil eletrik yang ada alamat rumah la. Tapi KKIA Jenjarom ni memang nak IC sahaja. So relax ye. Tak perlu risau kena bawak macam-macam.

Procedure Yang Akan Dilakukan

  • Ambil berat badan
  • Ambil ketinggian
  • Ambil tekanan darah
  • Ujian darah (HIV, Kumpulan darah, VDRL, Hemoglobin)
  • Ujian air kencing (Urin clean, sugar in urin)

Pengalaman Saya

So bermula la perjalanan saya untuk buat first check up dekat KKIA, Jenjarom. Saya pergi hari Selasa sebab saya takut hari Isnin ramai orang. Waktu saya pergi, saya sampai sana dekat pukul 7 pagi, dah ada ramai orang beratur ok. So amik la angka giliran cepat-cepat. Mula-mula, kena interview dengan nurse. Nurse ini lah yang akan jadi nurse kita sepanjang pregnancy sampai la lepas bersalin. So, nurse saya isi details dalam buku pink after tanya saya macam-macam soalan. Banyak juga yang ditanya termasuk la sejarah penyakit keluarga. Lepas tu saya tunggu bersama suami saya sampai la dorang panggil untuk measure weight, height and tekanan darah. Lepas dah amik bacaan tu, kena tunggu untuk amik darah pulak.

Saya kena masuk bilik nurse untuk amik darah. Nervous saya sebab saya memang takut jarum pun. Huhuhu…Lepas amik darah dekat lengan saya, terus nurse buat test HIV tu pakai alat test (alat tu bentuk sama cam pregnancy test). So kuar satu line je maksudnya negative HIV la. Fuh! Lega. Darah yang lebih tu taruk dalam tabung uji untuk buat test-test yang lain (kumpulan darah, VDRL).

Lepas ujian darah, saya kena pergi buat ujian air kencing pulak. Kena buat ujian ni dekat area makmal. Dekat makmal ni juga kena amik darah kat jari untuk check Hemoglobin. Lepas dah siap semua test, pergi ke nurse balik dan dia terangkan semua result yang kita buat test tadi seperti ujian air kencing, hemoglobin, BMI, HIV test, dan sedikit penerangan pasal pregnancy.

Kemudian, saya kena jumpa doktor pulak untuk review test-test tadi. Sebab ni check up yang pertama, doktor akan buat scan ultrasound untuk tengok keadaan baby. For the first time saya nampak jantung baby saya. Saya sangat la excited. Huhuhuhu….Lepas jumpa doktor, nurse akan set kan tarikh next check up dan terus boleh balik dah.

Apa Nak Buat Dengan Buku Pink Tu?

Buku pink tu kena simpan baik-baik tau. Setiap kali check up kena bawak sebab kat buku pink tu lah semua rekod kesihatan ibu dan anak akan direkodkan. Macam berat ibu, result ujian darah, result ujian air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor dan macam-macam lagi. Check up akan diadakan setiap bulan. Maksudnya sebulan sekali. Tapi kalau ada masalah macam HB rendah, diebetis gestasi (kencing manis ketika hamil), atau darah tinggi, check up akan jadi 2 minggu sekali.Kalau boleh, if nak pergi travel jauh-jauh pun bawak la buku pink tu. Supaya kalau ada apa-apa terjadi, boleh refer ke klinik/hospital berdekatan dengan buku pink tu.

Kenapa Pilih Check Up Di Klinik Kerajaan

Kadang-kadang, ada orang suka pandang rendah check up kat klinik kerajaan. Bagi saya, check up dekat Klinik kerajaan sangat detail. Orang selalu komplen cakap nurse di Klinik Kerajaan garang la, suka marah-marah la. Tapi saya tengok xde pulak camtu. Semua nurse baik-baik, lembut je suara dan murah dengan senyuman. Nasihat pun banyak nurse bagi. Klinik kerajaan memang ramai orang dan kena tunggu tapi biasa la tu, dah free kan. Tunggu pun amik masa setengah hari je, xde la sampai satu hari suntuk kat situ.

Di klinik kerajaan ni, cuma akan dapat scan 2D baby dalam 3-4 kali saja sepanjang 9 bulan pregnant. Sebab bukan setiap kali check up doktor akan scan baby. Doktor cuma akan scan pada kali pertama kita buat buku pink, pada minggu ke 20 ke atas dan minggu ke 30 ke atas. Kalau nak selalu tengok baby boleh la scan di klinik swasta. Buat 4d scan terus kalau ibu-ibu excited nak tau jantina dan tengok muka baby. hehehe…

Ubat Apa Yang Klinik Akan Bekalkan

Biasanya, bila pergi klinik kerajaan, farmasi akan bekalkan ibu mengandung dengan ubat yang perlu. Yang saya dapat adalah ubat Obimin. Ubat ni gabungan Vitamin B Complex, Iron, Asid Folic dan apa ntah lagi. So lengkap la dalam satu tablet je semua vitamin diperlukan. Jangan skip-skip makan ubat ok. Obimin ni payah sikit nak consume sebenarnya. Nurse kata obimin adalah vitamin yang pentingkan diri. Kena ambil obimin masa perut kosong. Macam saya, saya sarapan dulu pagi dalam kul 8 pagi, then tunggu 2 jam untuk hadam makanan, then kul 10 pagi amik obimin, tunggu 2 jam untuk penyerapan obimin, kul 12 tengahari baru lunch. Penat gak sebab macam berlapar selama 4 jam. Tapi demi anak, saya x kesah. Kadang-kadang sabtu ahad, saya skip obimin, saya g amik Vitamin B Complex Shaklee je sebab x larat makan obimin. huhuhu…(saya pun ada skip)

Ok, itu sahaja info dan pengalaman yang saya nak ceritakan. Semoga bermanfaat bagi ibu-ibu diluar sana. Saya sangat excited bila dah ada buku pink dan saya x sabar nak tunggu baby dalam perut ni membesar dengan cepat. Sekian.