Posted in My First Born, My Life Story

Nukilan Tentang Susu Ibu

Assalamualaikum,

Cerita pasal susu ibu memang amat sensitif buat ibu-ibu yang sudah melahirkan anaknya. Anak yang saya lahirkan, pasti saya mahu yang terbaik buat dia. Dari awal lagi saya memang decide nak fully breastfeed anak saya sendiri sebab saya dah didedahkan awal-awal lagi tentang kebaikan susu ibu. Saya dah ready dari masa mengandung lagi, mind set nak susukan anak, beli siap-siap pam susu, beli storage bag untuk simpan if ada susu lebih dan beli botol yang sama bentuk puting dengan susu ibu (untuk letak susu perahan ye, bkn FM).

Cuma apabila tiba masanya anak saya lahir, apa yang dirancang, tidak menjadi kenyataan, sebab sebaik-baik Perancang adalah Allah SWT. Masa hari pertama Fateh lahir, susu saya x keluar. Saya sendiri pun x pandai nak latching. Maklumlah anak pertama. Sampai la saya discharge dari hospital. Di rumah saya x putus asa kasi anak latching walaupun x berjaya, susu pun masih x keluar sampai hari ketiga. So saya dan suami terpaksa la pegi beli susu formula (ni sebab xtau langsung pasal bila susu ibu keluar). Anak dah menangis nak susu, xkan x nak kasi apa-apa.

Hari ketiga tu, saya dah rasa bengkak susu, malam tu saya x boleh tido sebab bengkak susu yang sangat sakit. Kebetulan hari yang saya bengkak susu, Fateh dimasukkan semula ke wad sebab jaundis tinggi. So saya kat rumah, Fateh dekat hospital. Malam tu sebab sakit sangat, saya cuba pam susu, akhirnya susu keluar tapi sikit sahaja (sesudu je). Tapi saya punya happy x payah sebut la, senyum sampai ke telinga.

Fateh duduk dekat wad NICU satu malam je. Pagi tu saya bangun, saya pam lagi susu saya dan alhamdulillah keluar banyak sikit. Saya happy sebab susu ibu dalam masa seminggu pertama ada colostrum (susu warna kuning), yang bagus untuk antibody baby. So dapat bagi tu alhamdulillah. Lepas pam susu, saya terus pegi amik anak saya dari hospital. Lepas keluar, saya dah start mula nak try fully breastfeed Fateh pulak. Berazam kuat ni, tapi masalah lain pulak timbul. Fateh masih lagi x mau latching (ataupun saya yang x reti nak buat). Adoi la…Walaupun saya rasa down, saya hari-hari try juga kasi Fateh direct breastfeed walaupun Fateh x mau / x reti nak hisap. Sampai 2 minggu, saya cuba baru Fateh mahu. Dalam masa 2 minggu tu juga saya gigih pam setiap 2 jam /3 jam. Nasib baik beli botol dan pam siap-siap, kalau x payah le.

Walaupun Fateh dah keluar dari wad, tapi jaundis dia masih ada lagi. So tiap selang 3 hari, kena pergi KK untuk check bacaan kuning dia. Ada pernah dalam seminggu lebih, bacaan kuning Fateh x turun-turun, so Fateh dah sampai tahap prolong jaundis (baby kena demam kuning lebih dari 2 minggu). So sebab x turun bacaan kuningnya, doktor dekat KK suruh saya pergi Klinik Pediatrik hospital untuk check air kencing dan jaundis dia. Nurse dekat situ tanya saya, fully breastfeed ke? Saya cakap ye! Tapi nurse kata mungkin x cukup so kasi je susu formula supaya anak saya berak banyak-banyak untuk turunkan jaundis. So saya dengan berat hatinya, ubah fikiran kasi susu formula + susu ibu.

Disebabkan dah campur, Fateh punya jaundis makin lama, makin turun sebab minum susu banyak sangat. Susu ibu minum, susu formula pun minum, tapi saya kasi lebih susu ibu la untuk dia. Masa Fateh sebulan lebih, ada penah dia minum sampai 5oz sekali minum. Orang kata, bila campur ni, susu ibu akan makin berkurang. Ya memang pun. Susu saya makin berkurang tapi saya x mengalah juga saya kata dalam diri saya, if berkurang pun, Fateh tetap kena ada juga minum susu saya walaupun campur susu formula.

Bulan berganti bulan, sekarang Fateh dah 5 bulan, rutin minum susu Fateh masih sama, susu ibu + susu formula. Bukan saya x cuba untuk fully breastfeed Fateh balik, saya dah cuba ! Tapi x mampu, sampai saya pernah kena marah dengan doktor dekat KK, kenapa saya x fully breastfeed. Serius saya cakap, breastfeeding journey is not easy ! Hati kena kuat, minda kena kuat, makan semua kena jaga, dan yang penting ibu kena cuba sungguh-sungguh. Ibu mana yang x nak kasi susu kat anak kan? Susu x cukup, anak minum banyak sangat, memang itu semua bukan alasan untuk fully breastfeed. Tapi itulah yang menjadi alasan saya bila orang tanya, sebab mereka x rasa apa yang saya lalui, so mereka boleh judge saya sewenang-wenangnya. saya x kisah ! saya masih meneruskan breastfeed sampai sekarang walaupun campur, bagi saya anak saya masih dapat nutrien dari saya. Cuma sekarang mind set saya adalah kalau boleh, cuba sampai 2 tahun walaupun bukan fully breastfeed.

Nukilan Tentang Susu Ibu
Fateh minum susu ibu juga

Ini je la yang mampu ibu berikan kepada anak ibu, wahai Fateh. Ibu dah cuba, walaupun ada-ada masa ibu cepat mengalah, ketahui la bahawa setiap rezeki anak tu, tetap Tuhan yang tentukan. Kalau boleh, if ada rezeki Fateh dapat adik, ibu x mahu ulang kesilapan yang sama ibu dah lakukan pasal breastfeed ni. Disebabkan Fateh, ibu dah belajar banyak sangat-sangat dari kesilapan. Maafkan ibu, wahai anak ibu. Buat orang di luar sana, x semua orang ada rezeki fully breastfeed anak mereka, mereka pun cuba juga, so cubalah jangan judge mereka kerana mereka x mampu. Sekian.

Advertisements