Posted in My Life Story

Majlis Aqiqah dan Kenduri Kesyukuran Anak Pertama

Assalamualaikum,

Setelah anak sulung saya berusia 3 bulan, saya decide untuk buat kenduri aqiqah. Disebabkan anak saya anak lelaki, kos untuk buat kenduri aqiqah mesti mahal sikit daripada anak perempuan. Kambing kena 2 ekor untuk anak lelaki. Mula la saya dan suami mencari catering aqiqah. Ada banyak caterer yang bagus-bagus juga sebenarnya. Cuma saya lebih suka cari pakej catering yang lengkap terus. Saya dan suami memang sediakan budget kenduri aqiqah ni dalam RM4000. Salah satu caterer yang tawarkan pakej lengkap aqiqah adalah Traf Catering & Canopy (www.traf2u.com). Kami ambil caterer ini sebab harga memang dalam budget kami.

Saya amik Pakej Aqiqah Platinum untuk 150 pax. Menunya adalah 1 ekor kambing golek, 1 ekor kambing masak kari, nasi putih, ayam masak merah, daging salai masak lemak, sayur campur, air sirap, buah oren dan bubur pulut hitam. Bubur pulut hitam dan doorgift memang dapat percuma. Peralatan catering dan 3 orang pramusaji disediakan untuk tengokkan lauk dan bakar kambing golek. Canopy saya dapat 1 je dan bagi saya dah cukup dah pun untuk 150 orang tetamu. 5 buah meja dan kerusi untuk 1 meja ada 8 buah kerusi. So sekali makan boleh 40 orang muat. Memang ok sangat dah.

Kambing Golek
Kambing Golek
Khemah dan Meja
Khemah dan Meja
Mak mertua, suami dan adik
Mak mertua, suami dan adik

Tema untuk majlis aqiqah anak saya ni color biru. Saya ada design sendiri kad jemputan majlis aqiqah ni, tapi saya just jemput pakai whatsapp je, xde print dan edarkan dekat orang pun. Saya xde plan byk pun untuk majlis aqiqah anak saya. Saya just nak sembelih kambing aqiqah 2 ekor, dan buat kenduri makan-makan untuk keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Saya x buat cukur jambul, x buat marhaban dan x panggil orang surau. Saya buat simple makan-makan je. Rambut anak saya pun suami saya dah siap cukur masa awal-awal lepas lahir dulu. So anak saya memang dah bercukur dah dan rambutnya kami dah timbang untuk disedekahkan dengan timbangan harga emas.

Majlis Aqiqah Kad Jemputan

Nama pun majlis aqiqah kan, so saya just sediakan buaian untuk anak saya duduk dalam tu masa tetamu datang. Saya sewa buaian ni daripada kawan saya. Saya just amik buaian simple je xde backdrop or pelamin, then saya deco dengan bunga sikit dekat tepi buaian tu (bunga masa saya tunang dulu). Anak saya duduk dalam buaian tu asyek tido je. Selesa agaknya kan asyek berayun je. Mana penah anak saya tido dalam buaian. Tu kira first time tido dalam buaian. Hehehe…

Buaian Aqiqah 1
Buaian Aqiqah Fateh
Buaian Aqiqah 2
Buaian Dari Tepi
Buaian Aqiqah 3
Fateh Lena Dalam Buaian

Untuk goodies pulak, saya dan suami x plan pun nak kasi goodies kat tetamu. Sebab saya malas nak hand out goodies masa tetamu nak balik, takut terlupa. Tetapi disebabkan adik ipar saya dah belikan goodies untuk 50 pax, saya terima je. Lepas tu ditambah 30 pax lagi goodies free yang diberi oleh ceterer, so jumlah goodies yg saya ada 80 pax je. Saya tanya suami, nak tambah ke goodies kasi cukup-cukup 150 pax, suami kata x payah, kasi je mana yang ada. Sangkaan saya tepat, masa majlis tu, saya asyek terlupa kasi goodies kat tetamu nak balik, dan memang leceh nak kasi goodies, sambil layan tetamu, sambil nak jaga anak lagi. So saya dah tahu dah, aqiqah anak lain nanti (insha Allah), saya x nak kasi goodies dah. Cukup la makan-makan je.

Anak Pakai Baju Melayu
Anak Saya Pakai Baju Melayu
Semasa Tetamu Datang
Semasa Tetamu Datang

Alhamdulillah, selesai dah majlis aqiqah dan kenduri kesyukuran anak saya Wan Muhammad Fateh bin Wan Abdul Farhan. Lega rasa dah selesai majlis. Makanan semua alhamdulillah sedap, kambing pun boleh tahan juga. Lain kali kalau nak buat majlis aqiqah lagi, saya akan pakai caterer yang sama insha Allah. Sekian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s