Posted in My First Born, My Life Story

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Shah Alam

Setelah lebih 2 bulan saya mendiamkan diri dari menulis blog kerana bersalin dan berpantang, kini saya kembali menulis. Hehehe…Confirm dan mesti la saya nak cerita saya punya pengalaman bersalin anak pertama. Saya bersalin dekat Hospital Shah Alam sebab memang dekat dengan rumah mak saya, tempat saya nak berpantang. Saya sebenarnya bukan nak review baik buruk pasal Hospital Shah Alam, tapi just saya nak cerita pengalaman saya je. Ok dah ready nak cerita ni, start!!!!

Pada pukul 2.00 am hari Selasa 28 March 2017, sedang saya elok-elok berbaring di atas katil, tiba2 terasa macam ada bunyi “ploop” dekat dlm perut saya. Saya dah x sedap hati, so cepat2 saya masuk tandas. Sangkaan saya betol, air ketuban saya pecah. Terus meleleh keluar dgn byknya, terkejut juga saya. Cepat2 saya call suami saya (mlm tu dia tido dekat rumah sewa kami di BSP), suruh dia datang. Saya pun apa lagi, bersiap2 la nak ke hospital. Mak dan ayah hantar ke Hospital Shah Alam yg jaraknya x sampai 10 minit pun dari rumah.

Walaupun contraction xde lagi, disebabkan air ketuban dah pecah, saya kena tahan di hospital juga dlm pkul 3.00 am tu. Time tu suami saya dah sampai. Masa kena tahan tu, macam biasa la hospital kerajaan kan, katil semua penuh, wad semua penuh dan labor room pun penuh. So saya kena tunggu di atas kerusi sahaja. Saya pun tukar la baju pink hospital tu sebab air ketuban masih mengalir, so kain saya asyik basah je. Lepas tukar baju, bermula la sesi seluk. Adoi! Serius saya fobia seluk menyeluk ni. Sakit sgt2. Doktor kata baru 1 cm bukaan rahim saya. So kena tunggu lama lagi la, sebab anak pertama memang lambat bukaannya.

Saya pun tido la dekat kerusi, kejap2 sakit belakang, sebab contraction dah mula rasa, tp xde la kerap2. Suami saya pulak tido dekat bilik menunggu utk suami / emak yg nak teman dlm labor room nanti. Walaupun duduk dekat kerusi, hospital tetap kasi makanan, pagi tengahari mlm, semua dapat. Tapi sebab saya ingat lepas ni nak berpantang kan, suruh la juga suami pegi beli makanan kat luar. Saya dapat makan bubur McD saiz large lagi sebab teringin. Hehehe…

Ada2 masa, saya jalan2 juga la area dewan bersalin (PAC) nak kasi bukaan cepat. 6 jam kemudian (9.00 am), doktor datang nak seluk lagi buat kali kedua. Check bukaan masih lagi 1 cm. Sedih sangat hati saya. Sebab bukaan rahim masih sama 1 cm, saya masih belum lagi diarah ke labor room. Contraction pun selang 15 minit je. Nurse pun check juga bacaan jantung baby saya dekat mesin CTG, alhamdulillah, walaupun air ketuban xde, baby masih stabil, jantung berdegup masih ok. So saya pun duduk balik dekat kerusi. Saya nak la juga dapat katil kat wad, at least tunggu kat wad, xde la tunggu dekat kerusi dlm PAC ni, tapi nurse cakap ada 18 waiting list yang belum dapat katil. Nurse kata x pernah Hospital Shah Alam ramai patient macam ni. Kira kebetulan waktu saya nak bersalin, time tu la first time ramai gitu. So tawakal je la. Huhuhu…

7 jam kemudian (4.00 pm), doktor datang nak check bukaan lagi dan bila seluk masih lagi 1 cm. Saya terkejut apesal la x terbukak ni. Masa doktor seluk tu, dia bukakkan sikit kasi 2 cm, dia punya sakit, Allah je yang tahu. Terpaksa buat gitu supaya cepat sikit bukaan. Disebabkan stress sangat, saya minum la air selusuh kasi cepat sikit bukaan kengkonon. Tapi x berhasil juga dan saya menyesal minum air tu terlalu awal, sebab air selusuh sebenarnya bagi baby cepat keluar. Tapi macam mana baby nak keluar kalau pintu rahim bukaannya baru 1 cm. Buat rasa sakit je lebih minum air selusuh awal sangat. So pengajaran di sini, air selusuh jgn minum awal sgt, hujung2 nk bersalin baru minum.

6 jam kemudian (10.00 pm), nurse datang nak check jantung baby. So sekali lagi saya dipasangkan mesin CTG dan jantung baby masih stabil. Tapi nurse kata saya kena drip dgn ubat antibiotik sebab air ketuban dah xde kan. Risau baby berak dlm perut. So nurse pun pesan, check pad yg saya pkai, kalau keluar air warna hijau ke, maksudnya baby dah berak dlm perut. Bahaya sgt. So malam tu, saya kena tido dekat kerusi lagi sekali sambil layan contraction yang kejap2 ada, kejap2 xde.Suami saya pulak dok menunggu je kat bilik menunggu, tido situ, lepak situ, makan situ, mandi dekat toilet luar, dan solat kat surau luar. Tak balik rumah langsung ok. Tunggu saya punya pasal, takut kalau dia balik rumah, saya bersalin kang x sempat tengok.

6 jam kemudian (4.00 am), ada sorang doktor lelaki yang pernah checkup saya (masa saya pergi klinik O&G dekat hospital ni) datang. Disebabkan dah 25 jam saya ni tanpa air ketuban, dia panggil saya dan tanya saya, ada keluar air warna hijau ke dekat pad, sebab risau baby berak. Dia kata panggil je dia kalau rasa ragu, so dia akan seluk tgk bukaan rahim saya. Then 2 jam kemudian (6.00 am), saya dipanggil utk seluk dan check oleh doktor lelaki tu bersama seorang doktor senior perempuan (rasanya macam ketua doktor / pengarah bahagian O&G kot, sebab smua staff macam takut2 bila cakap dgn dia). Bukaan rahim saya dah 3 cm, alhamdulillah dah bukak sikit dgn sendirinya. So pengarah doktor tu kata, saya dah lebih dari 24 jam tanpa air ketuban, mesti deliver hari ini juga menggunakan induce dan sruh nurse bookingkan labor room utk saya. Masa tu saya rasa bersyukur sgt, saya boleh baring atas katil labor room lepas ni. Sakit pinggang kot asyek duduk kat kerusi. Nurse panggil saya, ingat nak masuk labor room dah, tp rupanya saya kena drip lagi sekali dgn ubat antibiotik. Hahaha…

Saya pun tunggu la bila nurse nak panggil saya masuk labor room. 4 jam kemudian (10.00 am), saya dipanggil utk masuk labor room. Masa ni contraction x yah cakap la, memang dah makin kerap juga setiap 5 – 10 minit. Saya baring atas katil pun, xdanya lega ke ape, tahan sakit je memanjang. Lepas tu saya diinduced terus menggunakan drip juga. Saya cuba tutup mata ingat nak lupakan kejap kesakitan tu, tp x berjaya. Sebab lepas kena induced, sakit dia melampau kuat kot. Rasa terus patah pinggang, rasa tercucuk badan dan kaki, rasa tercabut seluruh bahagian bawah badan saya.

Masa ni dah pukul 2.00 pm ++ (saya pun x bape perasan masa sebab tengah sakit). Saya pusing mengiring ke kanan, saya pusing mengiring ke kiri macam org x tentu hala. Saya xde la menjerit ke ape, tp saya panggil2 juga la “nurse, sakit nurse” dgn suara merayu-rayu. Nurse mesti la buat x layan je sebab dia pun xleh nak buat apa. Haha… Tapi nampak macam saya dah sakit sgt je, so nurse bagi juga ubat pelali yang gas sedut tu. Saya pun sedut2 la sampai rasa mamai. Contraction pula bukan datang selang 5 minit dah time ni, rasa macam sakit sepanjang masa. Tiba2 saya rasa nak terberak. Saya dah x boleh tahan, macam terus meneran. Saya xtau kenapa, tp memang x boleh tahan langsung. Last2, saya teran, rasa macam betol2 saya terbuang air besar kat katil. Kahkahkah…Kesian dekat nurse. Sorry ye nurse.

Mula2 saya rasa lega sikit sebab dah terbuang air besar kan, tapi tiba2 sakit tu datang balik juga. Nurse cuci2 katil saya, then dia check bukaan rahim saya. Memang dah 10 cm terus dah. Cepatnya bukaan terus, x sempat merasa yg cm cm yang lain. So doktor dan nurse smua dah ready sruh saya teran nak keluarkan baby, sebab nurse kata kepala baby dah start nampak sebenarnya. Agaknya masa saya teran awal2 tadi, saya terteran baby sekali la kot. Nurse panggil suami saya dekat bilik menunggu, tapi dia x dengar pulak dah. Saya tanya nurse mana suami saya, kenapa dia x datang2 lagi. Nurse kata dah panggil tapi xda pun. Saya time tu juga rasa stress, then saya amik HP saya, saya call. Terus laju dia datang masuk labor room. Pegang tgn dan kepala saya suruh saya bertenang dan kata dia ada dekat sisi saya, insha Allah saya boleh teran. Hehehe…(thank you abang).

Mula la sesi teran meneran saya. Hahaha… Ni nak cerita sikit, semua staff Hospital Shah Alam memang layan dgn lemah lembut. Nurse yang tolong saya teran pun baik sebenanrnya, tapi agaknya sebab dia geram tgk saya x reti teran dan risau keselamatan baby saya, dia mcm tertinggi suara sikit. Bila dia cakap, saya jadi demotivated sikit. Hahaha…Agaknya dia geram tadi dia dah terpaksa cuci saya kot. Kesian nurse saya. Saya pun teran je la mana yang saya mampu, sebab sebenarnya saya x makan dari pagi after kena drip tu sampai ptg. So energy x bape ada. Tapi saya berjaya jumpa cara teran yang boleh buat baby keluar. Cuma teran saya x panjang. So baby kejap keluar, kejap masuk balik kepalanya. Doktor pun dah stress sbb asyek keluar masuk je kepala baby, so dia panggil doktor lain tolong. Doktor lagi satu ni pun cuba ajar saya teran lama sikit, tp saya x kuat dan x larat teran lama2. Dah ramai dah ni dalam labor room saya (nurse ada 3 org, doktor 2 org), semua bersorak sruh saya teran kuat2. Rasa macam ada pasukan pom pom girls dah dalam labor room tu. Hahaha…

Sebab x berjaya juga, ketua doktor bahagian bersalin (lelaki tau) datang tolong saya bersama sorang doktor cina lelaki juga. Doktor tu bawak benda yang utk support kaki tu, so saya pun letak kaki atas tu, cuba teran. Saya betol2 penat sebenarnya, tp mestilah x mengalah untuk anak saya kan. Doktor kata time tu juga, awk kena teran kuat dan panjang sekarang juga, kalau x anak awak dalam bahaya. Saya pun cuak juga la. Seram bila dengar doktor kata gitu kot. So saya teran lagi, x berjaya juga. So doktor pun gunting la bagi laluan untuk baby keluar. Kalau ikutkan, doktor x mahu gunting pun, sebab nampak macam boleh keluar tanpa gunting, tp sebab saya ni teran x panjang, so gunting juga bagi senang keluar. Dah gunting tu, saya teran 2 kali je, terus anak saya keluar (waktu anak saya lahir pkul 4.05 pm). Alhamdulillah.

Doktor terus tunjuk kat saya baby girl ke baby boy, dgn lemah saya ckp baby boy. Hahaha…Dalam 5 saat gitu, nurse kata, x menangis pun budak ni, terus air muka saya berubah. Tiba2 after 2 saat kemudian, terus anak saya menangis. Alhamdulillah…Nurse ni pun, buat saya panik je. Huhuhu…Doktor letak anak saya dekat dada saya kejap, saya pegang sikit2 je sebab saya dah mamai dengan ubat pelali gas sedut tu. Lepas tu suami saya disuruh tunggu dekat luar, anak saya dibawa utk dicuci, saya pula akan dijahit (episiomy) oleh doktor lelaki cina tu pulak.

Doktor cucuk bius dekat peha kiri dan kanan saya utk sesi episiomy dan masih lagi kasi saya ubat gas sedut supaya x sakit masa jahit. Tapi rasa macam xde kesan pun sebab sakit dia melampau-lampau kot. Masa teran tadi, saya sikit pun xde jerit2 ke ape, masa jahit ni saya menjerit banyak. Boleh kata kuat juga sampai ibu-ibu mengandung kat luar semua dgr. Rasa nyilu benang jahit tu, saya masih x boleh lupa betapa sakitnya. Saya jerit setiap kali benang ditarik. Dah la saya kena jahit sampai 3 layer rasanya. Banyak dan lama menahan sakit yang ni. Saya betol2 fobia kena episiomy, kalau boleh x nak kena lagi. Huhuhuhu…

Lepas sesi episiomy, anak saya dibawa masuk untuk diazankan. Saya nampak suami saya masuk labor room saya balik dgn bawa beg baby. Anak saya dah pkai baju dan pampers saya beli la…Hahaha…Comel sgt. Nurse suruh suami saya angkat anak, dia x reti. Hehehe…Lepas tu dgn dibantu oleh nurse, suami saya dukung anak saya, dan diazankan terus. Alhamdulillah. Lepas tu anak saya menangis nak susu, then nurse terus suruh saya kasi susu breast dan ajar saya macam mana nak latching. Saya dgn mamainya try latching kan anak dekat breast dalam keadaan berbaring, tp macam biasa la, first time mesti x berjaya latching. So nurse amik anak saya, then saya di suruh bersiap utk dihantar ke wad tingkat atas. Fuh! Lega saya dapat katil dah ni. Anak saya pun akan dihantar ke wad bersama-sama saya. Masa sampai wad, saya tertido kejap then nampak ayah, abang dan kakak ipar saya datang. Dorg semua dah standby rupanya kat luar nak tgk saya dan anak saya. Saya masih mamai layan2 gitu je la dan lepas tu saya terus tido sebab lapar dan penat sgt. Belanja gambar sikit. Hehehe…

Wan Muhammad Fateh - Hari Pertama
Wan Muhammad Fateh – Hari Pertama

Itu la pengalaman pertama saya melahirkan seorang zuriat yang bernama Wan Muhammad Fateh bin Wan Abdul Farhan. Setelah 36 jam bertahan tanpa air ketuban, dengan sakit yang hanya Allah sahaja tahu peritnya, saya bersyukur kerana diberi kesempatan merasa segala perjuangan dan pengorbanan seorang ibu. Saya berharap agar anak yang saya lahirkan ini menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah SWT, Rasul dan ibu abahnya. Amin…

Advertisements

4 thoughts on “Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Shah Alam

  1. Alhamdulillah. Selamat sudah. pengalaman hajar ni lebih kurang mcm akak je. kena induced mmg sakit dia perit gila. sbb kita punya rahim tu kena paksa bukak kan. tak natural. so mmg sakit super gila la. dah la masa jahit tu sgt sakit lagi sbb takde bius. akak pun tak tau ape sebab tak bius. takut complications after birth kot. standad la after that kte rasa trauma nak mengandung n bersalin kan.. apa2 pun tahniah dan moga dosa2 kte di masa lalu terhapus after segala kesakitan dan kesusahan bersalin ni. Amiinnn

    Like

  2. hai.sy blogwalking sbb dok search bersalin kat Hosp Shah Alam. terjumpa blog awak. btw, lebih kurang pengalaman sy masa beranakkan anak sulung sy, hehehe.

    cuma, sy ni leaking, air tak nampak. setompok je, bila check, air dah kurang sangat dan induce. sy paham seksanya menahan sakit tu, bila bukaan takda. (bukaan sy 0cm-1cm je)hahaha. sadis . 2kali sy kena induce. ubat gas tu sy dah tak rasa, sbb rasa sakit contraction tu lebih lagi.

    anak 1st sy bersalin hosptl sg buloh. ingat yg second ni nak try shah alam. thanks for sharing ur experience. 🙂

    Like

    1. Hai mashe89,

      Tq sebab baca blog saya. Bagi saya Hospital Shah Alam memang ok. Team O&G memang terbaik, cuma biasa la kalau ramai pesakit tu memang susah dapat katil. Tu je. Semoga selamat bersalin untuk anak yang kedua ye. Good Luck !!!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s