Posted in My Life Story

Cubaan Buat Car Boot Sale

Assalamualaikum,

Saya dan suami telah buat keputusan untuk pindah dari rumah sewa kami iaitu di SP8 Bandar Saujana Putra. Keputusan ini dibuat sebab rumah yang kami sewa sekarang adalah rumah 2 tingkat dan atas sebab-sebab lain. Kami pun cuba la cari rumah 1 tingkat. Kenapa saya dan suami nak duduk rumah 1 tingkat? Sebab saya dah nak dekat bersalin (x larat naik tangga), suami pun takut kalau nanti anak kami jatuh tangga (tangganya curam juga), dan satu lagi sebab adalah suami saya nak operate lutut, so rumah 1 tingkat senang bergerak.

Ok sebut pasal car boot sale pulak, sebab kami nak pindah, banyak barang-barang lama kami nak jual. Sebab barang dah kemas dan susun, so senang kami nak dispose certain barang yang kami rasa x perlu dan x pakai pun. So kami decide buat car boot sale di 2 tempat iaitu di Car Boot Sale Bandar Saujana Putra, setiap hari ahad minggu pertama dan minggu ketiga dan di Car Boot Sale Bandar Seri Putra, Bangi, setiap ahad minggu ketiga dan keempat.

Car Boot Sale
Car Boot Sale

Barang-barang yang saya jual pulak terdiri daripada baju-baju terpakai, tudung shawl, seluar terpakai, tabung budak-budak, brooch, bekas air, tray makanan catering, set cawan, jam dinding, teddy bear, dan tupperware. Harga yang saya taruk pulak adalah sangat rendah macam RM2, RM3, RM5, RM10 dan lain-lain. Niat saya car boot sale ni dibuat bukan untuk untung sangat, tapi nak menghabiskan barang-barang kami yang terpakai, sebab tu jual murah.

Alhamdulillah, rezeki kami melimpah juga dan ramai juga beli dari kami. Semuanya berkat dari Allah SWT. Saya bersyukur dan rasa seronok pulak berniaga car boot sale ni. Saya rasa x rugi kalau hari ahad x buat apa-apa, dari duduk rumah atau jalan-jalan habiskan duit, baik buat car boot sale ni. Dapat juga duit masuk. Lagipun car boot sale buat x lama, dari pukul 7.00 pagi sampai pukul 12.00 tengahari sahaja. Itu sahaja saya nak cerita serba sedikit pengalaman car boot sale saya dan suami buat. Lain kali kami nak buat lagi tapi mungkin kami akan jual perfume pulak ke…hehehe….Bisnes baru suami saya. Ok itu sahaja, sekian.

Leave a comment