Posted in My Life Story

Happy 1st Anniversary

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sudah genap setahun usia perkahwinan saya dengan suami saya (26 December 2016). Syukur yang x terhingga kepada Tuhan atas kurniaan yang diberikan. Suami saya seorang yang sangat baik, penyabar dan sangat-sangat bertanggungjawab. Walaupun dah jadi suami, dia x pernah lupa tanggungjawab kepada keluarga juga. Saya juga yakin, dia akan jadi ayah terbaik buat anak saya kelak…(lagi 3 bulan je lagi nak jadi ibu dan abah).

Ok dekat sini saya nak la cerita sikit pasal celebration anniversary saya yang first ni. Saya memang nak buat surprise kat suami saya, cuma sebab budget kewangan saya dah lari ke barang-barang keperluan baby, so duit x bape nak ada pun untuk celebrate anniversary. So yang saya mampu beli coklat je la. Itu pun coklat ni saya dah tempah sebulan awal. Siap ada tulis-tulis lagi. Suami saya pulak, hadiahkan saya perfume baru JUSTICA. Hehehe…saya pun dapat hadiah laaaa….

Coklat Anniversary

Saya ada je perancangan nak celebrate anniversary kat mana-mana steak house yang best. Contoh cam Laman Grill ke. Tapi sebab budget xde, saya tinggalkan je la niat saya nak celebrate kat tempat-tempat camtu. Ada je bincang dengan suami nak celebrate kat mana, dan kami rancang nak makan kat Restoran Piza Recipe, restoran yang bakar piza sendiri kat klang tu (baru-baru ni viral kat FB).

Tapi nak dijadikan cerita, sepupu saya pulak masuk hospital dekat Melaka. Saya sangat rapat dengan sepupu saya ni, so saya nak juga melawat dia. So hari yang free hanya pada hari anniversary saya sahaja. So, kami tukar plan, pergi ke Melaka awal-awal pagi sebab takut jem dekat highway. Lepas je melawat tu, saya ingat alang-alang dah sampai Melaka, jalan-jalan je la terus dekat area A’Famosa tu. Ingat nak romantik sikit la nak naik beca round-round Melaka. Tapi disebabkan jem giler, cari parking pun dekat 1 jam setengah. So cancel je niat nak jalan-jalan dekat Melaka.

Sampai waktu tengahari, kami pun dah lapar, so kami cari la kedai asam pedas. Jumpa la Restoran Asam Pedas Claypot. Puas hati makan asam pedas dia dengan set nasi. Ni kira first time juga la saya makan asam pedas kat Melaka, x sangka sedap camni. Selalu makan asam pedas mak masak jerrr…..(mak saya orang johor, kat kampung asam pedas menu wajib). Lepas tu, suami saya nak try Coconut Shake Klebang Melaka. So, otw dari restoran ke Klebang tu amik masa 15 minit je, tapi terjumpa la pulak pantai. Berhenti sekejap amik gambar dulu.

Asam Pedas Claypot Melaka

Restoran Asam Pedas Claypot Melaka Pantai Melaka

Dah sampai kat Coconut Shake Klebang tu, ingat cam gerai tepi jalan biasa jual coconut shake je, tapi rupa-rupanya restoran besar juga. Ramai sangat orang beratur nak minum coconut shake tu. Yang tepi jalan punya ada juga, just beratur nak bungkus tapi if nak minum, masuk je restoran dia. Popular juga ye, saya first time pergi, tu pun google dan waze sahaja tempatnya. Sekali kami minum, 3 cawan terus beli, sorang minum 1 cawan setengah, puas hati sangat-sangat.

Restoran Coconut Shake Klebang Coconut Shake Klebang

Depan Restoran Coconut Shake Klebang ni, ada orang jual keropok lekor cheese dan putu bambu durian. Saya beli keropok lekor cheese tu, suami saya beli putu bambu durian. Unik juga rasa sebab x pernah nampak putu bambu durian. huhuhu…Lepas tu kami pulang ke rumah tapi lalu jalan dalam sebab tahu dah mesti jem giler dekat highway PLUS. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah sebelum maghrib.

Putu Bambu Durian Keropok Lekor Cheese

Kesimpulan disini adalah, anniversary yang first time ni disambut macam jadi food hunters pulak. Huhuhu…xpe, ada banyak lagi anniversary yang lain, saya harap akan sambut cara romantik pulak. hehehehe….Candle light dinner ke, mana tahu kan….Tapi tu la, tahun depan confirm celebrate dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami iaitu insha Allah anak sulung saya. hehehe…. Celebrate bertiga pula. Ok itu sahaja cerita anniversary saya, sekian.

Advertisements
Posted in My First Born, My Pregnancy

Pregnancy Journey: Trimester Kedua Mengandung

Assalamualaikum,

Ini adalah catatan pregnancy saya. Saya ingin catatkan apa yang saya rasa, apa yang saya lalui semasa pregnancy saya terjadi dari awal supaya saya ingat selalu. Ok ini adalah sambungan daripada entry saya yang pertama di Trimester Pertama Mengandung.

Trimester Kedua Mengandung
Image Googled: Trimester Kedua Mengandung

Minggu ke-17 (4 bulan)

Untuk trimester yang kedua ni, saya sangat bersyukur saya memang dari awal aritu lagi saya punya morning sickness dah habis dah. So selera makan tu biasa la makin bertambah. Cuma saya susah hati sikit la bulan ni. Saya dah buat check up, saya terkena kencing manis semasa hamil. So saya terpaksa la kawal selera makan saya. Yang paling susah hati ialah nak kawal gula dan berat badan dalam masa serentak. Saya x boleh jadi macam ibu-ibu yang lain makan main melantak je. Saya kena tukar semua portion makanan saya supaya gula x tinggi sangat demi baby. Dugaan datang semasa mengandung, saya redha je la.

Check up saya pun dari sebulan sekali terpaksa datang 2 minggu sekali. Kena pantau gula, pantau berat. Kadang-kadang kalau kita kawal makan sangat, gula jadi rendah, berat badan boleh turun. Ni bahaya untuk baby. Kadang-kadang kantoi juga saya main makan je benda manis terutama coklat. hehehe… Tapi saya x amik banyak la, sebab takut tinggi gula. Berwaspada tapi masih lagi enjoy makan kengkadang. Tu yang kengkadang terkantoi BSP tu masa check up. Hahahaha…Tapi yang bestnya, bulan ni kawal makan pun, perut dah makin nampak. Hehehe…

Minggu ke-21 (5 bulan)

Bulan yang ke 5 ni adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu sebab bulan ni akan terjadinya baby kicking. Hehehe… Memang saya sangat excited sebab first time ni nak rasa ada nyawa bergerak dalam
perut kita. Saya first rasa baby kicking masa minggu ke-19. Saya memang la ibu pertama kali mengandung kan, tapi saya cam boleh kenal rasa baby kicking tu camna. Rasa geli-geli dekat bawah perut. Masa rasa tu, rasa cam angin pun ada, tapi tau dah tu baby kicking. Excited x payah cakap la. Senyum sorang-sorang kat opis. Balik rumah bagitau husband, dia sibuk nak rasa. Hahaha…Tapi dalam minggu ke-20 camtu, baby kicking makin kuat so dekat surface perut dah boleh rasa dah. So kasi la husband rasa, punya la excited dia. Hehehe…ni la anugerah Allah yang terindah bagi kami. Feels like a miracle happen.

Lagi satu nak cerita, ada baby expo dekat Mid Valley hari tu. Saya ni dah la hari-hari saya google barang-barang baby, nak survey harga la katakan. Boleh la buat budget nak beli apa nantikan. Lagipun saya suka compare harga barang baby daripada macam-macam website, kedai dan lazada. Lazada selalu mesti lagi murah daripada kedai. Huhuhu…So saya dan husband pergi la expo baby tu, sebab dah survey siap-siap harga dan dah tau apa benda nak beli. saya dan husband datang, terus serbu ke kedai yang kami nak beli je. Serius kalau ada expo baby, beli barang yang anggaran mahal-mahal dulu cam stroller ke, baby car seat ke, baby bouncer ke. Baju-baju baby saya x beli lagi. Hahaha…jantina pun belum tahu lagi. Tunggu la nanti dah scan and dah dekat-dekat nk bersalin nanti baru beli baju-baju baby.

Minggu ke-26 (6 bulan)

Masuk bulan ke 6 adalah peningkatan berat badan dan saiz perut. Hehehe…dah ketara sangat perut membesar. Btw, haritu saya dah pergi scan baby masa minggu ke 24. Saya dah dapat tahu jantina baby saya. Insha Allah, baby boy berdasarkan scan aritu..Hehehe…saya dan suami sangat-sangat excited. Cuma nama je belum pilih lagi, so saya just panggil anak ibu je. Disebabkan baby boy, baby bump saya nampak besar ke depan. So kengkadang tu kena hati-hati jalan takut terlanggar meja ke pintu ke. Maklum la, ibu first time, x biasa langsung. Jalan pun makin semput sekarang, sebab bila perut dah besar, kengkadang jalan x balance dan cepat letih sangat. Nak buat camna, memang gini la gayanya bila mengandung. Lepas ni dah nak masuk trimester yang ketiga pula. Lagi 3 bulan je lagi untuk jumpa anak ibu ni. Syukur alhamdulillah atas anugerah Tuhan yang x terhingga ni. Amin…Till the next trimester guys…Sekian.

Posted in My Addin

Wahai Para Isteri…Tahukah Anda?

Assalamualaikum,

Buat para isteri diluar sana, disini ada sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan kepada anda jika anda masih lagi belum tahu. Marilah kita renungkan bersama-sama.

Wahai Para Isteri Tahukah Anda
Image Googled: Bahagia Suami Isteri
  • Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.
  • Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
  • Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukai.
  • Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
  • Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.

Sekian, wallahu a’lam.