Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: Pertemuan Dengan Health Dietitian For GDM

Assalamualaikum,

Baru-baru ni, saya ada appointment kena jumpa dengan health dietitian disebabkan saya disahkan ada GDM semasa mengandung ni. So ini sedikit info saya nak kongsi.

Bagaimana Diabetes Berlaku?

Organ pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.

Jenis-jenis Diabetes:

  1. Diabetes jenis 1 (Diabetes Mellitus Type 1) – terjadi kepada kanak-kanak dan remaja. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
  2. Diabetes jenis 2 (Diabetes Mellitus Type 2) – terjadi di kalangan orang dewasa, mempunyai sejarah keluarga mengidap diabetes dan individu yang berlebihan berat badan. Boleh dikawal melalui pemakanan, senaman dan ubat-ubatan.
  3. Diabetes ketika hamil (Gestational Diabetes Mellitus GDM) – berlaku di kalangan ibu hamil.

Faktor-faktor Risiko Diabetes:

  • sejarah keluarga
  • tidak aktif secara fizikal (kurang bersenam)
  • berat badan berlebihan (BMI > 30)
  • faktor pemakanan
  • umur melebihi 30 tahun

Tanda-tanda Diabetes:

  • kerap kencing (polyurea)
  • kerap dahaga (dysphagia)
  • luka lambat sembuh
  • susut berat badan
  • kebas kaki
  • masalah penglihatan (katarak)
  • letih / lesu (malaise)

Kesan-kesan Diabetes:

  • Gangren (tisu mati), kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong
  • Kerosakan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin ahmar /strok
  • Penyakit saraf

Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan:

  • Karbohidrat ringkas (gula pasir, gula perang, madu, glukos)
  • Makanan manis (gula-gula, ais krim, kek, biskut manis, kuih-muih manis, susu pekat manis)
  • Minuman manis (sirap, ABC, cendol, minuman 3 in 1)
  • Minuman tin / dikotakkan (air berkarbonat, air kotak, jus buah)

Makanan Yang Perlu Disukat / Dihadkan Pengambilan:

  • Makanan karbohidrat kompleks (nasi, mee dan roti)
  • Makanan karbohidrat semulajadi (buah-buahan, susu dan sayur-sayuran tinggi kanji seperti lobak merah, ubi dan labu)
  • Makanan berprotein (daging, ayam, ikan, kekacang dan telur)
  • Makanan yang tinggi kandungan lemak (santan, minyak masak dan mentega)

Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Seperti Biasa:

  • Air kosong, air mineral, kopi / teh tanpa gula
  • Air barli tanpa gula, air soya tanpa gula, teh herba, teh cina
  • Sayur-sayuran berdaun hijau, ulam, kobis bunga, kekacang
  • Perasa / perencah: vanilla, serbuk cili
  • Bawang merah, bawang putih, herba
  • Garam dan kicap (secukup rasa sahaja)
Contoh Menu Untuk Pesakit Diabetes
Contoh Menu Untuk Pesakit Diabetes

Saranan Kuantiti & Kekerapan Pengambilan Makanan:

1. Bijirin & Hasil Bijiran (4 – 8 Sajian Sehari)

Roti putih / roti wheat 2 keping
Nasi / mee / bihun/ kuew teow 1 cawan
Bubur nasi 2 cawan
Capati / thosai / roti canai 1 keping
Oats 1 cawan
Roti bun 1 biji
Biskut krim crackers 6 keping

2. Susu & Hasil Tenusu (1 – 3 Sajian Sehari)

Susu segar / cair 1 cawan
Susu tepung 1 gelas

3. Ikan, Ayam & Daging (1/2 – 2 Sajian Sehari kecuali Ikan 1 Sajian Sehari)

Ikan 1 ekor sederhana
Ayam 1 ketul
Daging 2 ketul saiz kotak mancis
Ikan bilis 5 sudu
Kerang 20 biji

4. Buah-buahan (2 Sajian Sehari)

Epal / oren /limau / lai / pear 1 biji sederhana
Jambu batu / mangga 1/2 biji
Betik / tembikai / tembikai susu 1 potong sederhana
Anggur 6 – 8 biji
Rambutan 3 biji
Durian 2 ulas
Pisang emas 1 biji kecil

Ni la dia serba sedikit tentang info yang health dietitian bagi dekat saya. Dia banyak tekankan tentang pengawalan makanan terutama makanan yang berkarbohidrat sebab makanan ruji kita pun memang nasi kan. Susah juga kalau orang melayu x makan nasi. Huhuhu…Semoga bermanfaat kepada yang lain. Sekian.

Advertisements
Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: Keputusan MGTT dan Terus Kena Buat BSP

Assalamualaikum,

Semasa check up di KKIA kali kedua, saya disuruh oleh nurse untuk buat ujian MGTT. Mula-mula saya x paham kenapa, tapi nurse cakap sebab berat badan naik 1.5kg. Should be masa awal pregnancy, nurse cakap berat saya patut naik 500g jer. So saya bertabah la kena buat ujian MGTT (minum air gula).

Apa tu MGTT?

MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) adalah ujian saringan toleransi glukosa untuk memeriksa bagaimana badan kita mengawal tahap gula. Ujian ini digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis semasa hamil (Gestational Diabetes Mellitus – GDM) dan dijalankan terhadap wanita-wanita yang dilihat sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini.

Mula-mula, nurse suruh puasa dari pukul 10.00 malam sebelum datang check up. Lepas tu, pukul 8.00 pagi hari check up, kena terus amik darah dan minum air gula. Saya punya saluran darah pulak, dah la halus so nurse kena cucuk lengan belah kanan, pastu belah kiri pulak sebab darah xmo kuar. Frust betul saya. Abes lebam dua-dua lengan. Masa minum air gula pulak, mak aihhh…punya la manis dan xde perisa pulak tu. Rasa dia macam air kosong campur bertan-tan gula.

Lepas minum air gula tu, saya kena berehat selama 2 jam tanpa makan dan minum. Tujuan kena tunggu 2 jam tu untuk lihat proses insulin dalam badan kita berfungsi x nak tukarkan gula tu kepada tenaga. Lepas 2 jam tu, saya kena amik darah sekali lagi dekat lengan. Fuh! Terseksa rasa sebab payah nak amik darah. Mula-mula nurse cam cakap amik dekat area atas tangan je terus bukan kat lengan. Saya dah cuak dah sebab takut sakit kat situ. Tapi sebab nurse nampak saya cuak, so dia try la sekali lagi kat lengan. Alhamdulillah berjaya juga kuar darahnya. Fuh! Lega saya….

So resultnya, saya dapat 2 minggu kemudian. Nurse kol hp saya kata result MGTT menunjukkan saya ada kencing manis. Ya Allah! Terperanjat saya dengan dugaan ni. Tapi saya tawakal juga sebab ni bahagian ujian saya kena hadapi. Kengkadang rasa bersalah pula dekat baby sebab ibunya ni suka sangat makan benda manis. Nak buat camna kan, dah kena camni, terpaksa la kawal segala pemakanan saya.

Ni result MGTT saya:

Sebelum minum air gula/puasa 4.0 mmol/L
Selepas minum air gula/2 jam kemudian 8.6 mmol/L

Normal blood sugar for MGTT test (air gula minum tu tinggi gula tu):

Puasa 4.0 – 6.0 mmol/L
2 jam lepas makan < 7.8 mmol/L

Normal blood sugar for GDM pulak (result BSP):

Puasa 4.0 – 6.0 mmol/L
2 jam lepas makan < 6.7 mmol/L

Nurse juga ada bagtau saya kena buat BSP (Blood Sugar Profile). BSP ni adalah kena check gula 4 kali dalam sehari dan hari yang kena buat BSP adalah hari sebelum check up seterusnya. Doktor akan review result BSP dan bagi nasihat apa yang perlu buat, apa risiko kalau ada kencing manis ni dan macam-macam lagi. Procedure nak buat BSP ni pun kena betul-betul tengok waktu makan 2 jam sebelum buat test darah (amik darah dekat jari je). Saya terpaksa beli mesin glucometer tu sebab leceh la kalau nak kena pergi klinik 4 kali dalam sehari. Saya beli jenama On Call Plus dekat farmasi area rumah saya.

Glucometer On Call Plus
Glucometer On Call Plus : Saya Beli

Procedure buat BSP:

  • Kena puasa dari pukul 10 malam hari sebelumnya
  • 8.00am – ambil darah
  • Sarapan
  • 10.00am – ambil darah
  • Makan tengahari
  • 2.00pm – ambil darah
  • Minum petang / makan malam
  • 8.00 pm – ambil darah

Sangat penting pemakanan yang seimbang ibu mengandung yang kena GDM supaya kandungan gula dalam badan sentiasa teratur. Saya tukar semua menu makanan harian saya. Saya gantikan roti biasa ngan roti perang, beras putih tukar ngan beras perang, dan semua air manis (favourite saya teh ais mamak) dah x minum lagi. Minum air kosong jer dan kena minum at least 2L sehari. Semua ni saya buat demi anak dalam rahim saya. Lagipun, usaha ni bukan je untuk anak, untuk diri sendiri juga kan.

Jadual pemakanan saya:

  • Pagi – Roti perang 2 keping
  • Tengahari – Makan nasi perang + lauk pauk (lebihkan sayur hijau)
  • Petang – Biskut wheat jacob 2 keping
  • Malam – Roti perang 2 keping + buah (kengkadang je makan berat if ngidam, tapi bukan nasi)
  • Minum air: Kesemua meal saya minum air kosong cuma pagi kengkadang minum milo kosong tanpa gula or susu pekat

Saya baru buat BSP sekali, dan kandungan saya setakat ni dah 17 minggu. Doakan saya ye sepanjang perjalanan pregnancy saya, BSP yang saya kena buat, dan perkembangan baby saya, saya harap semuanya baik-baik belaka. Kalau boleh, saya x nak sampai kena cucuk insulin. Bila teringat insulin, seram sejuk saya rasa sebab saya memang betul-betul takut jarum, lagi-lagi kena cucuk sendiri kat peha or perut. Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan. Amin…Sekian.

Posted in My Pregnancy

Pregnancy Journey: First Pregnancy Check Up Di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Jenjarom

Assalamualaikum,

Saya nak cerita sikit info dan pengalaman saya semasa first time pergi pregnancy check up dekat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA), Jenjarom. First sekali, anda kena tahu lokasi rumah anda berada di area or daerah mana. So saya pun google la Bandar Saujana Putra (BSP) ni klinik kesihatan mana yang ambil check up ibu mengandung ni. Akhirnya saya jumpa la KKIA Jenjarom. Saya kol klinik dan tanya untuk BSP, hari apa yang boleh datang untuk buat check up. Nurse kata area BSP hanya hari isnin dan selasa sahaja boleh datang check up. So kesimpulannya disini, jangan main walk-in or terjah je klinik kesihatan mana-mana yang berdekatan dengan rumah anda. Kol dan tanya dulu betul ke alamat rumah anda dalam senarai klinik tu.

Apa Tu Buku Pink?

Semasa pregnant, semua ibu kena buat buku pink. Apa tu buku pink? Mungkin zaman dulu xde kot, so cam bila saya cakap nak pergi buat buku pink, orang tua x paham. Huhuhuhu….Ok, buku pink ialah buku rekod kesihatan ibu yang berwarna pink. Pergi check up dekat KKIA (kerajaan) mesti akan dapat buku pink ni (kalau check up dekat swasta saya x tahu dapat buku apa). Buku pink ni fungsi dia macam passport/tiket bagi ibu-ibu mengandung untuk menyerahkan diri/booking ke mana-mana hospital terutama hospital kerajaan masa nak dekat bersalin. Semua info tentang kesihatan ibu ditulis dalam buku tu, so masa nak bersalin, doktor refer buku tu dan tau kalau ada apa-apa masalah dekat ibu tu.

Buku Pink Saya
Buku Pink Saya

Waktu Yang Sesuai Untuk Bukak Buku Pink

Saya bukak buku pink ni time kandungan dah masuk 8 minggu. Kenapa bukak masa 8 minggu adalah sebab time tu baby dah kelihatan sikit la. Nampak seketul daging dan nampak degupan jantung dia. Check up pun senang bila nurse nak check air kencing semua, memang dah confirm mengandung.

Dokumen Perlu Bawa

Nurse mintak IC saya sahaja. Maybe klinik kesihatan lain ada mintak macam-macam, contoh sijil nikah la, bil eletrik yang ada alamat rumah la. Tapi KKIA Jenjarom ni memang nak IC sahaja. So relax ye. Tak perlu risau kena bawak macam-macam.

Procedure Yang Akan Dilakukan

  • Ambil berat badan
  • Ambil ketinggian
  • Ambil tekanan darah
  • Ujian darah (HIV, Kumpulan darah, VDRL, Hemoglobin)
  • Ujian air kencing (Urin clean, sugar in urin)

Pengalaman Saya

So bermula la perjalanan saya untuk buat first check up dekat KKIA, Jenjarom. Saya pergi hari Selasa sebab saya takut hari Isnin ramai orang. Waktu saya pergi, saya sampai sana dekat pukul 7 pagi, dah ada ramai orang beratur ok. So amik la angka giliran cepat-cepat. Mula-mula, kena interview dengan nurse. Nurse ini lah yang akan jadi nurse kita sepanjang pregnancy sampai la lepas bersalin. So, nurse saya isi details dalam buku pink after tanya saya macam-macam soalan. Banyak juga yang ditanya termasuk la sejarah penyakit keluarga. Lepas tu saya tunggu bersama suami saya sampai la dorang panggil untuk measure weight, height and tekanan darah. Lepas dah amik bacaan tu, kena tunggu untuk amik darah pulak.

Saya kena masuk bilik nurse untuk amik darah. Nervous saya sebab saya memang takut jarum pun. Huhuhu…Lepas amik darah dekat lengan saya, terus nurse buat test HIV tu pakai alat test (alat tu bentuk sama cam pregnancy test). So kuar satu line je maksudnya negative HIV la. Fuh! Lega. Darah yang lebih tu taruk dalam tabung uji untuk buat test-test yang lain (kumpulan darah, VDRL).

Lepas ujian darah, saya kena pergi buat ujian air kencing pulak. Kena buat ujian ni dekat area makmal. Dekat makmal ni juga kena amik darah kat jari untuk check Hemoglobin. Lepas dah siap semua test, pergi ke nurse balik dan dia terangkan semua result yang kita buat test tadi seperti ujian air kencing, hemoglobin, BMI, HIV test, dan sedikit penerangan pasal pregnancy.

Kemudian, saya kena jumpa doktor pulak untuk review test-test tadi. Sebab ni check up yang pertama, doktor akan buat scan ultrasound untuk tengok keadaan baby. For the first time saya nampak jantung baby saya. Saya sangat la excited. Huhuhuhu….Lepas jumpa doktor, nurse akan set kan tarikh next check up dan terus boleh balik dah.

Apa Nak Buat Dengan Buku Pink Tu?

Buku pink tu kena simpan baik-baik tau. Setiap kali check up kena bawak sebab kat buku pink tu lah semua rekod kesihatan ibu dan anak akan direkodkan. Macam berat ibu, result ujian darah, result ujian air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor dan macam-macam lagi. Check up akan diadakan setiap bulan. Maksudnya sebulan sekali. Tapi kalau ada masalah macam HB rendah, diebetis gestasi (kencing manis ketika hamil), atau darah tinggi, check up akan jadi 2 minggu sekali.Kalau boleh, if nak pergi travel jauh-jauh pun bawak la buku pink tu. Supaya kalau ada apa-apa terjadi, boleh refer ke klinik/hospital berdekatan dengan buku pink tu.

Kenapa Pilih Check Up Di Klinik Kerajaan

Kadang-kadang, ada orang suka pandang rendah check up kat klinik kerajaan. Bagi saya, check up dekat Klinik kerajaan sangat detail. Orang selalu komplen cakap nurse di Klinik Kerajaan garang la, suka marah-marah la. Tapi saya tengok xde pulak camtu. Semua nurse baik-baik, lembut je suara dan murah dengan senyuman. Nasihat pun banyak nurse bagi. Klinik kerajaan memang ramai orang dan kena tunggu tapi biasa la tu, dah free kan. Tunggu pun amik masa setengah hari je, xde la sampai satu hari suntuk kat situ.

Di klinik kerajaan ni, cuma akan dapat scan 2D baby dalam 3-4 kali saja sepanjang 9 bulan pregnant. Sebab bukan setiap kali check up doktor akan scan baby. Doktor cuma akan scan pada kali pertama kita buat buku pink, pada minggu ke 20 ke atas dan minggu ke 30 ke atas. Kalau nak selalu tengok baby boleh la scan di klinik swasta. Buat 4d scan terus kalau ibu-ibu excited nak tau jantina dan tengok muka baby. hehehe…

Ubat Apa Yang Klinik Akan Bekalkan

Biasanya, bila pergi klinik kerajaan, farmasi akan bekalkan ibu mengandung dengan ubat yang perlu. Yang saya dapat adalah ubat Obimin. Ubat ni gabungan Vitamin B Complex, Iron, Asid Folic dan apa ntah lagi. So lengkap la dalam satu tablet je semua vitamin diperlukan. Jangan skip-skip makan ubat ok. Obimin ni payah sikit nak consume sebenarnya. Nurse kata obimin adalah vitamin yang pentingkan diri. Kena ambil obimin masa perut kosong. Macam saya, saya sarapan dulu pagi dalam kul 8 pagi, then tunggu 2 jam untuk hadam makanan, then kul 10 pagi amik obimin, tunggu 2 jam untuk penyerapan obimin, kul 12 tengahari baru lunch. Penat gak sebab macam berlapar selama 4 jam. Tapi demi anak, saya x kesah. Kadang-kadang sabtu ahad, saya skip obimin, saya g amik Vitamin B Complex Shaklee je sebab x larat makan obimin. huhuhu…(saya pun ada skip)

Ok, itu sahaja info dan pengalaman yang saya nak ceritakan. Semoga bermanfaat bagi ibu-ibu diluar sana. Saya sangat excited bila dah ada buku pink dan saya x sabar nak tunggu baby dalam perut ni membesar dengan cepat. Sekian.

Posted in My Addin

Redha Seorang Suami

Assalamualaikum,

Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih untuk mencintaimu yang belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu. Mungkin seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

Redha Seorang Suami
Image Googled: Redha Seorang Suami

Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluanmu dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, kamu harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap kamu mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.

Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedangkan kamu terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi jalan penyelesaian, padahal dia juga sedang memiliki masalah yang lebih besar. Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri.

Suamimu berusaha memahami bahasa diam dan tangisanmu. Sedangkan kamu kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulangi kata-katanya berkali-kali. Sukar untuk kamu memahami hati lelakinya, adakah dia menangis di sebalik senyumannya.

Apabila kamu melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke neraka, kerana dia bertanggungjawab terhadap segala tingkah lakumu. Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diheret ke neraka. Kerana apa yang dilakukannya adalah hal-hal yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri sahaja.

Lapan pintu syurga terbuka bagimu dan kamu boleh masuk dari mana-mana pintu yang disukai. Cukup dengan mendapat “Redha” daripada suamimu, sedangkan suamimu tidak mendapat kemuliaan seperti itu. Oleh itu, taat dan bersabarlah terhadapnya. Sekian, wallahu a’lam.

(Copy & paste daripada website lain)