Posted in My First Born, My Pregnancy

Pregnancy Journey: Trimester Pertama Mengandung

Assalamualaikum,

Ini adalah catatan pregnancy saya. Saya ingin catatkan apa yang saya rasa, apa yang saya lalui semasa pregnancy saya terjadi dari awal supaya saya ingat selalu. Hehehe…Orang kata pengorbanan seorang ibu memang x boleh dibalas. Apabila saya lalui sendiri, terkenang pula ibu saya semasa mengandungkan saya. I love you, mak.

Trimester Pertama Mengandung
Image Googled: Trimester Pertama Mengandung

Minggu ke-5 (1 bulan)

Mula-mula, saya sedar saya punya period dah lewat 2 hari. Disebabkan terlalu excited, saya buat UPT (Urine Pregnancy Test). Keputusan untuk garisan test pregnant saya samar-samar. So saya x yakin lagi sama ada saya pregnant ke tak. Oleh itu, saya nak tunggu dalam seminggu lebih baru nak buat UPT semula. Tapi pada hari yang keempat saya lewat datang period, saya dah start muntah-muntah. Saya dan husband memang dah syak macam pregnant je ni. So kami tunggu lagi dalam 3 hari camtu, terus pergi ke klinik. Husband kata tak payah la buat UPT sendiri, takut tak yakin. So jumpa doktor terus je.

Masa nak jumpa doktor tu, doktor kata suruh buat UPT juga. Doktor kata boleh je nak scan tapi confirmkan dengan UPT dulu baru buat scan. So kali ni saya buat UPT sekali lagi dan garisan test pregnant tu muncul dengan terangnya. Alhamdulillah ! Saya dan suami dah senyum lebar dah. Tapi masa tu juga saya terasa nak muntah, so doktor check sekali kadar air dalam badan saya takut saya dehidrate. Bahaya untuk baby katanya. Tapi alhamdulillah doktor kata saya x dehidrate sangat. So tiba masa untuk scan pulak. Apa yang saya rasa masa tu hanya Allah je yang tahu. Saya nampak anak saya sendiri. Ada ketulan bulat dalam rahim saya. Belum ada bentuk baby lagi baru sebulan kot. Hehehe…

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi sebab kabulkan doa saya yang x pernah putus-putus. Semoga anak ibu selamat, ye sayang. Ibu akan jaga dengan baik, insha Allah.

Minggu ke-8 (2 bulan)

Alhamdulillah, morning sickness saya makin lama makin kurang. Masa minggu yang ke-6 paling teruk rasanya sebab dalam setiap 2 jam nak muntah. Tapi masalahnya, saya x muntah makanan yang saya makan, tapi muntah air liur or air asid perut je. Terasa kelat tekak and kadang-kadang campur sekali ngan pening kepala. Fuh! Mencabar juga nak jadi ibu ni. Minggu seterusnya, makin kurang. Kadang-kadang muntah time pagi subuh, kadang-kadang muntah masa petang sebelum maghrib, kadang-kadang nanges x nak makan masa malam. Sampai terpaksa suami saya suapkan. Saya pun x sangka dia nak suapkan sebab dia kesian tengok saya langsung xda selera. (My husband the best…)

Sekarang dah minggu yang ke-8 nak masuk minggu ke-9. Morning sickness x berapa nak ada, just terasa mual-mual kalau terbau something yang x enak. Tu je. Selera dah makin naik dah, sampai mengidam macam-macam. Masa mula-mula nak makan sup je, pastu ngidam mak punya kuah kari kepala ikan, pastu terbaru ngidam sushi pulak. Hahahaha…Cakap ngan husband, dia kata sushi king hujung bulan tunggu gaji. Tu la sape suruh ngidam makanan mahal. Kihkihkih…

Minggu yang ke-8 ni juga, saya buat check up pertama dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Yang ni nak cerita lanjut tapi dekat entry yang lain. Cuma yang saya nak cakap, saya happy bila scan nampak jantung anak saya berdegup-degup. Hehehe…

Minggu ke-13 (3 bulan)

Akhirnya, first trimester hampir berakhir. Saya sangat happy. Berat badan saya naik juga la dah hujung-hujung trimester pertama ni. Naik dekat 1.5kg dalam masa sebulan ok. Masa check up yg kali kedua haritu nurse pun terkejut berat badan saya naik lebih 1kg. Should be awal trimester ni naik 500g je. Hahaha…ni semua sebab saya kuat makan lately dan ketara sangat perut saya pun semakin membuncit. Yang paling terkejut is, saya dah start ada stretchmark la plak. huhuhuu…I’m so excited and very happy that I pass the first trimester so well. Dan skrang saya dengan happy nya nak welcome the second trimester pulak. Hehehe…Yeay! Till next trimester, guys. Sekian.

Advertisements
Posted in My Addin

33 Pesanan Rasulullah SAW Kepada Wanita

Assalamualaikum,

Setiap pesanan Rasulullah SAW adalah mengenai agama, akhlak dan perbuatan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan. Pesanan Nabi adalah merangkumi seluruh kehidupan setiap wanita, dari kecil, hingga dewasa, hingga bergelar seorang isteri dan ibu. Marilah kita menjadikan pesanan-pesanan Nabi kita sebagai pedoman untuk kehidupan kita. Insha Allah.

Image Googled: Pesanan Rasul Kepada Wanita
  1. Jangan mengingkari kebaikan suami
  2. Menjadi wanita yang dinikahi kerana agamanya
  3. Menjadi wanita solehah untuk suami
  4. Menjadi wanita solehah
  5. Menjadikan rumah sebagai tempat solat yang paling baik
  6. Minta izin suami apabila hendak puasa sunat
  7. Berhias untuk suami
  8. Dilarang memakai perhiasan secara berlebih-lebihan
  9. Berangkatlah ke haji, kerana hal itu adalah jihad para wanita
  10. Tidak boleh tabarruj (menampakkan aurat)
  11. Hati-hati memakai minyak wangi
  12. Pakailah minyak wangi khusus untuk wanita
  13. Jangan memcantikkan diri dengan cara yang dilaknat Rasulullah SAW (tatoo, kikir gigi, cukur bulu kening)
  14. Nikahkanlah anak-anak perempuanmu dengan lelaki-lelaki soleh
  15. Perbanyaklah sedekah dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT
  16. Menjadi pemimpin di rumah suami
  17. Mintalah izin suami saat memberi dari hartanya
  18. Menjadi wanita yang terbaik
  19. Taat kepada suami
  20. Haram menuntut cerai kepada suami tanpa sebab
  21. Hindari ikhtilat (bercampur dengan lelaki)
  22. Laknat bagi wanita yang menyerupai lelaki
  23. Mengurus rumah sama dengan berjihad di jalan Allah SWT
  24. Mendidik dan memberi nafkah kepada anak
  25. Dilarang meratap
  26. Tidak mengiringi jenazah ke kubur
  27. Jangan pernah memandang remeh dengan dosa kecil
  28. Bersikap adil dalam memperlakukan anak
  29. Jangan mendoakan kecelakaan bagi anak
  30. Hindari gosip
  31. Berbuat baik kepada orang tua terutama ibu
  32. Janganlah rasa malu untuk menuntut ilmu
  33. Jangan berbohong kepada anak kecil