Posted in My Life Story

Aidilfitri Pertama Bersama Suami

Assalamualaikum,

Memang Ramadhan telah berlalu pergi dan tiba juga masa untuk berhari raya bersama keluarga. So inilah tahun pertama saya beraya sebagai seorang isteri. Nak cerita la sikit camne pengalaman raya tahun ni.

First sekali nak cerita pasal baju raya. Actually, saya ada beli baju dari Zawara untuk dipakai di majlis kahwin sepupu saya bulan 5 haritu. So dah alang2 baju tu cantik, saya kata kat suami, ni jadi baju raya terus je la. X payah membazir. Suami saya setuju. Tapi dia pun nak baju yang sama color dengan saya. So plannya time hujung ramadhan nak pegi beli baju kat Jakel or Komplex PKNS Shah Alam je sebab hujung2 nak raya mesti murah. Mula2 pergi Jakel (pukul 10 pagi), terus ada happy hour sale baju melayu Aaron Aziz, pastu happy hour tu dia kasi 2 minit je untuk beli. Kelam kabut saya ngan suami cari baju melayu sama color tu then terus beli. X sampai 2 minit, kami dah selesai beli baju raya? hahahaha…

Aidilfitri Bersama Suami - 1

Lagi nak cerita pasal nak balik kampung siapa tahun ni. Hahahaha…ni la topik yang buat sesetengah suami dan isteri bergaduh. Saya dan suami ada la gaduh sikit je bila terlalu awal bincang pasal nak balik kampung mana. Tapi sebab suami saya seorang penyabar (alhamdulillah), 5 minit je gaduhnya. Dia memang dah set nak balik kampung saya dulu tahun ni, tapi dia saja nak test saya. Alih2 saya yang teremosi lebih then merajuk. Kihkihkih…Saya bukan jenis yang suka tegakkan nak jugak balik kampung saya ke apa, saya memang boleh bertolak ansur. Dah tahun ni raya pertama kat kampung saya, tahun depan saya nk raya pertama kat kampung suami pulak. Begitu la seterusnya…

Aidilfitri Bersama Suami - 2

Dah balik kampung saya kat Pontian Johor tu, saya nak suami saya rasa betapa meriahnya kampung saya tu. So a day before raya, memang kat dapur la. Suami saya tolong buat burasak dan lepak loui (makanan tradisi bugis semasa raya). Saya pulak anyam ketupat then tolong mak dan makcik2 masak lauk-lauk raya. Suami saya rajin dan ringan tulang, tu yang saya happy sgt tu bila dia buat burasak. huhuhuhuhu…

Masa raya pertama pulak, semua lelaki pegi solat sunat raya dekat surau. Then after solat, dorang semua pegi round satu kampung beraya beramai-ramai. Kami yang pompuan ni duduk kat rumah je tunggu tetamu datang. So, saya suruh suami saya ikut adik2 saya pegi round satu kampung. Suami saya kata meriah betul raya pertama. X larat nak jalan ke semua rumah. Then raya kedua pulak, kami menuju ke Temerloh, Pahang (kampung suami). Dapat jumpa kedua-dua Tok yang dirindui dan family mertua yang riuh rendah dengan suara budak-budak…Yang penting dapat makan lemang dan daging dendeng.

Alhamdulillah raya kali ni sangat seronok sekali. Bersama suami tercinta, apa-apa keadaan pun indah je rasa. Hehehe…Selamat Hari Raya buat semua ikhlas daripada saya dan suami. Sekian.

Advertisements