Posted in My Travel

Travel to Arab Saudi – Makkah & Madinah (Umrah)

Assalamualaikum,

Perjalanan umrah bukan sahaja mengenai ibadah. Tetapi kita juga boleh mendalami dan menghayati tempat-tempat bersejarah / tempat peristiwa penting dalam sejarah Islam. Selain itu, kita juga dapat melihat sendiri dimanakah Nabi Muhammad dilahirkan, berhijrah dan perjuangan baginda. Kita boleh rasakan sendiri di bumi mana Rasulullah SAW pernah berpijak. Betapa rindunya rasa diri pada junjungan besar kita, Rasulullah SAW.

Disini saya nak cerita sikit tentang perjalanan umrah saya ke Makkah dan Madinah, Saudi Arab. Saya pergi dengan family saya dan suami tercinta. So jumlah kami semua adalah 9 orang.

Pakej Umrah Andalusia
Tarikh: 15 Mac – 26/27 Mac 2016 (13 Hari / 11 Malam)
Pakej: Air Asia X Berhad (AK) Pakej Hilton Towers

Hari 1: KLIA2 – Jeddah – Madinah (15 Mac 2016)

  • KLIA2 dan Airport Jeddah
  • Hotel Mubarak Silver

Kami bergerak ke KLIA2 pada awal pagi walaupun flight kami pada waktu petang. Kami tunggu di depan kaunter check-in dan pihak Andalusia akan check-in kan bagasi kami semua. Kemudian, passport dan boarding pass diserahkan kepada kami untuk masuk. Penerbangan ambil masa 8 hingga 9 jam. Sesudah sampai di Airport Jeddah, kami menaiki bas menuju ke Madinah dan mengambil masa 7 hingga 8 jam. Kami tiba di Hotel Mubarak Silver pada lebih kurang pukul 5 – 6 pagi selepas subuh.

Travel to Makkah Madinah - Airport KLIA2 - 1Airport KLIA2 – Family Hantar Travel to Makkah Madinah - Airport KLIA2Airport KLIA2 – Beg Biru Andalusia
Travel to Makkah Madinah - Airport JeddahAirport Jeddah – Baru Sampai Travel to Makkah Madinah - Hotel Mubarak SilverHotel Mubarak Silver

Hari 2-5: Madinah (16 Mac – 19 mac 2016)

Ziarah Dalam

  • Masjid Nabawi – Makam Rasulullah SAW, Makam sahabat-sahabat Nabi, Raudhah dan Perkuburan Baqi’
  • Muzium Sejarah Kota Madinah dan Sejarah Nabi

Di dalam Masjid Nabawi, terdapat makam Rasulullah SAW, makam Saidina Abu Bakar dan makam Saidina Umar Al-Khattab. Sebenarnya, makam Nabi asalnya adalah rumah Nabi bersama Saidatina Aisyah. Kawasan dari rumah Nabi hingga ke Mihrab Nabi adalah kawasan Raudhah iaitu taman syurga. Disini adalah tempat mustajab berdoa. Umat Islam dari seluruh dunia berebut-rebut untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah. Seluruh karpet kawasan solat dalam Masjid Nabawi adalah berwarna merah manakala kawasan Raudhah ditandakan dengan karpet hijau.

Di tepi Masjid Nabawi, terdapat tanah perkuburan Baqi’ iaitu terdapatnya makam-makam ahli keluarga Nabi, isteri-isteri Nabi, dan sahabat-sahabat Nabi. Setiap makam memang tidak bertanda nama, oleh itu x tahu makam siapa dan yang mana satu. Di luar Masjid Nabawi juga terdapat muzium sejarah kota madinah dan sejarah Rasulullah SAW. Di dalam muzium diceritakan kisah permulaan bagaimana dibinanya Masjid Nabawi dan sirah Rasullullah dari kecil hingga wafat.

1 solat di Masjid Nabawi = 1,000 solat pahalanya

Selain itu, diluar Masjid Nabawi juga, ada banyak peniaga-peniaga yang menjual macam-macam jenis barang. Sangat murah dan sesuai la nak dibuat sourvenir. Kalau nak beli barang, baik beli dekat Madinah je, sebab harga dekat Makkah mahal sikit dari Madinah. Lagi satu, orang Madinah boleh cakap Bahasa Melayu tau. So jangan terkejut.

Ziarah Luar

  • Masjid Quba
  • Masjid Qiblatain
  • Masjid Tujuh (Medan Peperangan Khandaq)
  • Jabal Uhud
  • Ladang Kurma

Untuk pakej Andalusia, akan disediakan ziarah luar iaitu ziarah ke tempat-tempat peristiwa sejarah Islam di Madinah. Antara tempat-tempat yang kami ziarah adalah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud dan Ladang Kurma. Masjid Quba adalah masjid pertama Rasulullah SAW bina setelah berhijrah ke Madinah. Masjid Qiblatain pula adalah masjid yang mempunyai 2 arah kiblat. Masjid Tujuh adalah tempat terjadinya peperangan Khandaq iaitu peperangan parit dimana umat Islam melawan kafir Quraisy menggunakan strategi peperangan gali parit di sekeliling kota Madinah.

Jabal Uhud adalah tempat berlakunya peperangan Uhud dan terkorbannya para syuhada seperti bapa saudara Nabi iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Disini juga terdapat Masjid Saidina Hamzah tapi masih dalam proses pembinaan. Ladang kurma menurut sejarah terdapatnya kurma ajwa iaitu pohon kurma yang ditanam oleh Rasulullah SAW sendiri.

1 solat di Masjid Quba = 1 umrah pahalanya

Ziarah Pilihan (dengan bayaran tambahan)

  • Kilang Al-Quran

Kilang Al-Quran hanya untuk jemaah lelaki sahaja dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi. Actually masa ni, kami x pergi ke Kilang Al-Quran.

Travel to Makkah Madinah - Bandar Madinah 1Bandar Madinah – dari dalam masjid Travel to Makkah Madinah - Peniaga Di Luar Masjid NabawiBandar Madinah – Peniaga luar masjid
Travel to Makkah Madinah - Bandar MadinahDi Bandar Madinah yang cantik struktur bangunan Travel to Makkah Madinah - Masjid NabawiSaya dan suami di hadapan Masjid Nabawi
Travel to Makkah Madinah - Masjid Nabawi 1Adik-adik and suami posing depan Masjid Nabawi Travel to Makkah Madinah - Masjid Nabawi 3Dalam Masjid Nabawi – solat di karpet merah
Travel to Makkah Madinah - Masjid Nabawi 4Solat di karpet merah dalam masjid Travel to Makkah Madinah - Kubah Makam Nabi 1Kubah Hijau Makam Nabi SAW
Travel to Makkah Madinah - Raudhah 1 Raudhah Taman Syurga – karpet hijau Travel to Makkah Madinah - Raudhah 2Raudhah Taman Syurga – padat
Travel to Makkah Madinah - Makam Nabi 2Makam Nabi & Sahabat-sahabat Travel to Makkah Madinah - Tanah Perkuburan BaqiTanah Perkuburan Baqi’
Travel to Makkah Madinah - Muzium Masjid Nabawi 2Muzium di Masjid Nabawi Travel to Makkah Madinah - Muzium Masjid Nabawi 3Muzium di Masjid Nabawi
Travel to Makkah Madinah - Masjid Quba 2Masjid Quba Travel to Makkah Madinah - Masjid Quba 1Masjid Quba
Travel to Makkah Madinah - Masjid Al-QiblatainMasjid Al-Qiblatain Travel to Makkah Madinah - Masjid TujuhMasjid Tujuh
Travel to Makkah Madinah - Bukit Uhud 1Bukit Uhud – Medan Peperangan Uhud Travel to Makkah Madinah - Bukit Uhud Masjid Saidina HamzahBukit Uhud – Masjid Saidina Hamzah
Travel to Makkah Madinah - Bukit Uhud 2Bukit Uhud – Tempat Pemanah Travel to Makkah Madinah - Bukit Uhud 3Bukit Uhud – Tempat Pemanah
Travel to Makkah Madinah - Ladang Kurma 1Ladang Kurma – Pokok kurma Travel to Makkah Madinah - Ladang Kurma 4Ladang Kurma – Tempat Berteduh
Travel to Makkah Madinah - Ladang Kurma 2Ladang Kurma – Kedai kurma Travel to Makkah Madinah - Ladang Kurma 3Ladang Kurma – Kedai kurma

Hari 6: Madinah – Makkah (20 Mac 2016)

  • Madinah menuju Makkah
  • Miqat Masjid Bir Ali (umrah pertama)
  • Hotel Hilton
  • Masjidil Haram (melihat Kaabah)

Kami melakukan ziarah wada’ iaitu ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah SAW dan berharap akan bertemu dengan Rasulullah kembali. Kemudian, kami memakai ihram umrah dan bertolak ke Makkah menaiki bas. Perjalanan ke Makkah akan bermiqat di Masjid Bir Ali untuk umrah pertama / umrah wajib. Perjalanan mengambil masa 7 hingga 8 jam.

Kami tiba di Makkah (Masjidil Haram) pada malam hari iaitu lebih kurang pukul 2 pagi. Kami check in di Hilton Hotel dan terus turun mengerjakan Tawaf & Saie secara berjemaah dengan dibimbing oleh mutawif / lakukan sendiri.

1 solat di Masjidil Haram = 100,000 solat pahalanya

Travel to Makkah Madinah - Miqat Masjid Bir AliMiqat Masjid Bir Ali – umrah pertama Travel to Makkah Madinah - Masjidil Haram 1Masjidil Haram – dataran luar
Travel to Makkah Madinah - Masjidil Haram 2Masjidil Haram – dataran Travel to Makkah Madinah - Masjidil Haram 3Masjidil Haram – dataran
Travel to Makkah Madinah - Hotel Hilton 1Hotel Hilton – depan je Travel to Makkah Madinah - Hotel Hilton 2Hotel Hilton – depan je
Travel to Makkah Madinah - Zamzam Tower 1Zamzam Tower yang terkenal Travel to Makkah Madinah - Zamzam Tower 2Zamzam Tower yang terkenal – posing

Hari 7-12: Makkah (21 Mac – 26 Mac 2016)

Ziarah Luar

  • Jabal Thur
  • Miqat Masjid Ja’ranah (umrah kedua)
  • Jabal Rahmah (Arafah)
  • Muzdalifah, Jamrah (lontar batu) & Mina
  • Miqat Masjid Tana’im (umrah ketiga)

Di Makkah juga ada lawatan ziarah luar dan kami berziarah ke beberapa tempat bersejarah disamping menuju ke tempat miqat untuk buat umrah iaitu Jabal Thur, Masjid Ja’ranah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Jamrah, Mina, dan Masjid Tana’im. Jabal Thur adalah tempat Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi sewaktu peristiwa Hijrah ke Madinah. Baginda dan Abu Bakar bersembunyi daripada dikejar oleh pemuda-pemuda kafir Quraisy yang ingin membunuh baginda. Masjid Ja’ranah akan pergi untuk umrah kedua dan disinilah miqat Rasullah SAW dan sahabat-sahabat berjaya melaksanakan ibadah umrah setelah disekat melalui peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.

Jabal Rahmah pula adalah tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa RA buat pertama kali setelah diturunkan ke bumi. Muzdalifah, Jamrah (lontar batu) & Mina adalah tempat-tempat untuk ibadah haji. Mutawif akan tunjuk dan hanya melintasi tempat-tempat ini dengan memandang dari dalam bas sahaja. Masjid Tana’im pula adalah untuk umrah ketiga dan disinilah miqat Saidatina Aisyah.

Ziarah Pilihan (dengan bayaran pilihan)

  • Muzium Haramain
  • Ladang ternakan unta
  • Miqat Masjid Hudaibiyah (umrah keempat)
  • Jabal Nur (Gua Hira’)

Selain itu, terdapat ziarah pilihan iaitu ziarah yang berbayar la. So, kami pergi ke Muzium Haramain, Masjid Hudaibiyah dan Jabal Nur (Gua Hira’). Muzium Haramain adalah muzium mengenai sejarah Kota Makkah. Kami tidak dapat pergi ke ladang ternakan unta kerana terdapat wabak virus. Masjid Hudaibiyah adalah miqat untuk umrah keempat, tempat dimana terjadinya peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.

Gua Hira’ terletak di Jabal Nur dan merupakan tempat turunnya wahyu pertama dari Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW. Kami pergi ke Gua Hira’ pada malam hari sebab sejuk dan penat daki bukit. Lagipun, boleh nampak suasana kota Makkah pada malam hari. Masjidil Haram pun nampak terang dari pandangan atas bukit.

  • Tawaf Wida’
  • Laut Merah
  • Masjid Terapung

Kami melakukan tawaf wida’ iaitu tawaf yang wajib dilakukan oleh jemaah umrah yang ingin meninggalkan kota Makkah. Setelah itu, kami bergerak meninggalkan Masjidil Haram dan Kota Haram menaiki bas terus ke lokasi seterusnya iaitu persinggahan di pantai Laut Merah. Laut Merah merupakan peristiwa di mana Nabi Musa AS membelah laut untuk Bani Israel seberang kerana dikejar oleh tentera firaun. Disini juga terdapat Masjid Terapung yang dibawah masjid tersebut terdapat air laut. Kemudian kami terus bergerak ke Airport Jeddah untuk pulang ke tanah air tercinta.

Travel to Makkah Madinah -Bukit Safa Marwah 1Bukit Safa & Marwah – umrah pertama Travel to Makkah Madinah -Bukit Safa Marwah 2Bukit Safa & Marwah – atas bukit
Travel to Makkah Madinah - Masjid Jaranah MiqatMiqat di Masjid Ja’ranah – umrah kedua Travel to Makkah Madinah - Jabal ThurBerhenti kejap di Jabal Thur
Travel to Makkah Madinah - Jabal Rahmah 1Jabal Rahmah – Nabi Adam & Hawa Travel to Makkah Madinah - Jabal Rahmah 2Jabal Rahmah – Nabi Adam & Hawa
Travel to Makkah Madinah - MinaKhemah di Mina – Tempat Haji Travel to Makkah Madinah - Masjid Tanaim MiqatMiqat Masjid Tanaim – umrah ketiga
Travel to Makkah Madinah - Muzium Haramain 1Muzium Haramain – bahagian luar Travel to Makkah Madinah - Muzium Haramain 2Muzium Haramain – model Masjid Nabawi
Travel to Makkah Madinah - Muzium Haramain 3Muzium Haramain – kain Kaabah Travel to Makkah Madinah - Muzium Haramain 4Muzium Haramain – replika makam Ibrahim
Travel to Makkah Madinah - Masjid Hudaibiyah 1Miqat Masjid Hudaibiyah – umrah keempat Travel to Makkah Madinah - Masjid Hudaibiyah 2Miqat Masjid Hudaibiyah – ada batu-bata
Travel to Makkah Madinah - Jabal Nur Gua Hira 1Jabal Nur – pemandangan Kota Makkah Travel to Makkah Madinah - Jabal Nur Gua Hira 2Jabal Nur – Gua Hira’ yang sempit
Travel to Makkah Madinah - Zamzam Tower Waktu Malam 1Zamzam Tower Waktu Malam Travel to Makkah Madinah - Zamzam Tower Waktu Malam 2Zamzam Tower Waktu Malam
Travel to Makkah Madinah - Dalam Masjidil Haram 1Dalam Masjidil Haram – King Fahad Gate Travel to Makkah Madinah - Dalam Masjidil Haram 2Dalam Masjidil Haram – waktu subuh
Travel to Makkah Madinah - Restoran Dekat Hotel HiltonRestoran Dekat Hotel Hilton Travel to Makkah Madinah - Di Hadapan Kaabah 1Di Hadapan Kaabah – ayah dan adik
Travel to Makkah Madinah - Di Hadapan Kaabah 2Di Hadapan Kaabah – saya dan suami Travel to Makkah Madinah - Mataf SementaraMataf Sementara – tawaf wida’
Travel to Makkah Madinah - Laut Merah 1Laut Merah – dengan mutawif Travel to Makkah Madinah - Laut Merah 2Laut Merah – otw balik

Hari 13: Kuala Lumpur / KLIA2 (27 Mac 2016)

  • KLIA2, Malaysia
Actually, flight kami dari Airport Jeddah delay dekat 3 jam rasanya. Sepatutnya kami tiba di KLIA2 pada pukul 10.20 pagi. Tapi kami sampai dalam pukul 12 tengahari rasanya. Apa-apa pun, alhamdulillah kami selamat sampai ke tanah air dengan selamatnya.

Waktu Makan:

  • Sarapan pagi selepas Subuh
  • Makan tengahari selepas Zohor
  • Makan malam selepas Isya’

Syurga di Tanah Haram:
1. Madinah:

  • Taman syurga – Raudhah
  • Bukit syurga – Jabal Uhud

2. Makkah:

  • Air syurga – Air Zamzam
  • Batu syurga – Hajarul Aswad

Sejarah Nabi-nabi yang dapat dilihat di Makkah dan Madinah:

  • Nabi Muhammad SAW – peristiwa di Makkah (tempat lahir) dan peristiwa di Madinah (tempat hijrah)
  • Nabi Ibrahim AS – Pembinaan Kaabah, Makam Ibrahim
  • Siti Hajar RA – Bukit Safa dan Marwah, Telaga Zamzam
  • Nabi Ismail AS – Pembinaan Kaabah, Telaga Zamzam, tempat-tempat peristiwa korban
  • Nabi Musa AS – Laut Merah
Posted in My Addin

Manusia Diberi Keupayaan Memilih

Assalamualaikum,

Di dunia ini, kesemua makhluk adalah ciptaan Allah SWT seperti manusia, haiwan, tumbuhan, bumi, malaikat, jin, syaitan, dan lain-lain. Bagi setiap makhluk, Allah SWT telah menetapkan tugas masing-masing dan tujuan makhluk ini diciptakan. Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang sempurna, sentiasa patuh pada perintah Allah dan tidak pernah ingkar kepada satu pun suruhan Allah SWT. Manakala syaitan pula adalah makhluk ciptaan Allah SWT untuk menyesatkan manusia daripada patuh pada suruhan Allah SWT.

Manusia juga tidak terkecuali. Cuba tanya diri. Kenapa Tuhan ciptakan saya? Apa tujuan saya di muka bumi Allah SWT ini? Jawapannya adalah untuk sembah Allah SWT iaitu Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Manusia diberikan ujian, dan untuk menjalani ujian tersebut, Allah SWT kurniakan akal dan fikiran untuk memilih jalan yang diredhai Allah SWT ataupun jalan yang dimurkai-Nya. Keupayaan memilih ini hanya dikurniakan untuk manusia dan jin sahaja.

Memang benar apa yang telah terjadi dan akan terjadi di dunia ini, semuanya adalah takdir Illahi dan semuanya telah tertulis. Tapi kita jangan salah sangka bahawa bukan kita yang memilih takdir kita, tetapi menyalahkan Tuhan pula kerana memilihkan takdir untuk kita. Bukan begitu ye. Memang benar Allah SWT telah tentukan takdir kita tetapi Allah SWT juga telah memberi kita hak memilih.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang sudah tamat pengajian sekolahnya ingin memilih untuk menjadi doktor ke atau jadi jurutera. Apabila pilihan telah dibuat contohnya doktor, apa yang ditentukan Allah adalah dia akan menjadi doktor yang berjaya jika dia berusaha keras. Bukan Allah SWT yang menentukan dia untuk menjadi doktor, tetapi itu adalah pilihan dia sendiri. Cuma Allah SWT Maha Mengetahui dan tahu pilihannya terlebih dahulu sebelum dia memilih. Itu saja.

Contoh lain adalah untuk memilih jadi perompak atau memilih untuk berusaha mencari rezeki yang halal. Manusia yang memilih untuk menjadi perompak, bukan Tuhan yang memilih untuk dia. Dia yang memilih untuk menjadi jahat. Boleh faham kan kenapa orang kata “Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang jahat itu datang dari diri sendiri”.

Begitu juga malaikat dan syaitan. Seperti kita tahu, setiap manusia yang dilahirkan akan mempunyai qarin, iaitu syaitan yang menghasut ke arah kejahatan dan seorang malaikat yang membisik ke arah kebaikan. Tugas mereka adalah mengajak dan menghasut kita, tetapi pilihan itu tetap hanya pada kita. Oleh itu, setiap kata-kata hati kita ataupun fikiran jahat kita, ignore je, jangan ikut, jangan dengar and buat x tahu. Katakan lah “Ya Allah, aku berlindung diriku daripada syaitan yang direjam”.

Manusia Diberi Keupayaan Memilih
Image Google: Manusia Diberi Keupayaan Memilih

Hati dan fikiran kita akan tenang jika kita memikir yang baik-baik, mendengar yang baik-baik dan memilih yang baik-baik. It’s your choice, not others. Renung-renungkan lah dengan akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT yang tidak diberikan kepada makhluk lain kecuali kita. Ingatlah betapa istimewanya kita disisi Allah SWT. Akhir kata, “Dan nikmat Tuhan yang mana, ingin engkau dustakan?” Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Hutang Dunia Membawa ke Akhirat

Hutang! Bila dengar je pasal hutang, mesti kita pening kepala kan. Kenapa saya kata hutang dunia membawa ke akhirat? Kerana setiap hutang yang dibuat, wajib dibayar semula di dunia, dan jika tidak mampu, hutang tersebut akan dilangsaikan di akhirat kelak.

Hutang Dunia Membawa Ke Akhirat
Image Googled: Hutang Dunia Membawa Ke Akhirat
  • Membayar hutang di dunia adalah dengan wang dan harta
  • Membayar hutang di akhirat adalah dengan pahala dan dosa

Rasulullah SAW menggesa kita melangsaikan hutang-hutang kita selagi masih di dunia. Selagi wang dan harta masih boleh diterima oleh manusia, langsaikan lah segera kerana harta kita adalah kecil nilainya berbanding pahala kita di akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda:

Jiwa seorang Mukmin terikat dengan hutangnya hingga dibayarkan (hutang itu) baginya.”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Oleh itu, hindarilah daripada mati dengan membawa hutang. Jika mampu membayarnya di dunia, maka janganlah ditunda-tundakan. Jika tidak berkesempatan, tulislah wasiat agar waris kita dapat membayarkan hutang itu bagi pihak kita.

Sebahagian daripada jenis-jenis hutang wang ringgit:

  1. Wang ringgit daripada individu berkenaan (bergantung pada pemberi hutang)
  2. Hutang selepas kahwin (selalunya berkait dengan personal loan)
  3. Hutang kereta (5-9 tahun tempoh langsai)
  4. Hutang rumah (35-40 tahun tempoh langsai)
  5. Hutang bank (ikut tempoh bank)
  6. Saman-saman kereta yang tidak dibayar (bila-bila boleh langsai)

Di dunia ini, ramai yang melarikan diri daripada membayar hutang-hutang mereka. Ramai juga pemilik-pemilik hutang yang hanya mampu bersabar kerana tidak mampu meraih kembali hutang atau hak-hak mereka.

Enggan membayar hutang merupakan satu bentuk kezaliman yang keji. Sesiapa yang tidak melangsaikan hutang boleh dikatakan telah membalas kebaikan pemberi hutang dengan keburukan. Oleh itu, hal ini sangat dibenci di mata Allah SWT dan juga di mata manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

Menangguh hutang padahal mampu membayarnya adalah satu kezaliman.”
(Riwayat al-Bukhari)

Sesiapa yang tidak melangsaikan hutang-hutangnya di dunia, maka para pemilik hutang itu akan datang untuk menuntutnya di akhirat. Pada hari itu, mereka tidak meminta pembayaran dengan wang, akan tetapi mereka akan menuntut semua pahala yang dimiliki oleh penghutang. Jika penghutang tidak ada pahala, maka dosa-dosa pemberi hutang akan diberikan kepadanya untuk ditanggung. Maka masuklah penghutang tadi ke dalam neraka bukan kerana dosanya sendiri.

Nak ke begitu yang jadi kepada kita kelak? Jika dosa sendiri pun kita x tertanggung, bagaimana mahu menanggung dosa orang lain? Nauzubillah. Beringatlah, biar kita mati membawa bekal amalan, jangan kita mati membawa hutang. Semoga Allah SWT menjaga kita daripada perkara-perkara yang menghalang kita daripada memasuki syurga dan mengharamkan kita daripada masuk ke neraka. Amin… Sekian. Wallahu a’lam.