Posted in My Travel

Travel Honeymoon – Cameron Highland

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah selesai majlis kahwin belah perempuan, saya dan suami ambil cuti seminggu untuk berehat-rehat. Maklum la pengantin baru, mesti la nak pergi honeymoon. Hehehe…Kami x pergi jauh pun, pergi Cameron Highland je. Tempat yang sejuk dan sesuai untuk relax-relax.

Anyway, masa kami pergi tu, memang musim hujan la bulan 12 kan. So, serius Cameron Highland sejuk sangat time tu. Selama ni saya pergi sana, x pernah pulak rasa sesejuk itu. So, nak suggest kat orang di luar sana, pergi Cameron Highland nak rasa sejuk dia, pergi la musim hujan macam dalam bulan 11 or 12 ok.

Day 1 (29 December 2015)

  • Bertolak ke Cameron Highland melalui laluan Simpang Pulai
  • Lavender Garden

Pukul 8.30 pagi bertolak ke Cameron Highland dari Shah Alam bersama suami. Kami naik Cameron melalui laluan Simpang Pulai. X mau naik ikut Tapah sebab jalan dia berliku sangat, nanti pening kepala.Mula-mula, kami sampai ke Avant Chocolate. Sebab saya dah pernah pergi ke sini masa zaman Universiti dulu (tahun 2007-2011), saya tau tempat ni ada jual coklat strawberi dan ada cafe jual kek strawberi. Tapi saya terkejut pulak ada lavender garden. Baru kot. So dengan excitednya ambil gambar dengan bunga lavender, sambil makan ice cream lavender. Huhuhu…

  • Bergerak ke Tanah Rata
  • Hotel De’ La Fern

Lepas tu saya bergerak terus ke Tanah Rata untuk check in. Tapi sebab lapar sangat, kami tapau je KFC di sana dan bawak ke hotel terus sebab kejar masa check in pukul 3 kan. Kami check in di Hotel De’ La Fern. Hotel ni sangat cantik design dalamannya. Sebelah hotel ada restoran Steamboat. Terbaik la.

  • Pasar Malam Cameron Highland, Brincang

After check in, saya dan suami pergi jalan-jalan dekat pasar malam Cameron Highland dekat Brinchang. X jauh pun ada la dalam 5 minit je if kereta x banyak. Pasar malam ni, memang la banyak barang murah berbanding kedai-kedai yang lain terutamanya strawberi, jagung, ubi dan teh. Saya dengan suami memang teringin makan yang goreng-goreng macam cendawan goreng, udang goreng, dan brokoli goreng. Sedap giler makan cicah dengan sos. Lagi satu ubi rebus atau keledek rebus pun, yum yum, sedap wei….Suami saya beli juga la nasi goreng ayam satu, sebab lapar nasi. Then kami balik ke hotel je sebab penat dah jalan.

Honeymoon Cameron Highland - 1Bertolak ke Cameron Highland Honeymoon Cameron Highland - 2Lavender Garden – makan ice cream Honeymoon Cameron Highland - 3Lavender Garden – bunga lavender

Day 2 (30 December 2015)

  • Breakfast di Hotel De’ La Fern
  • Jalan-jalan di Hotel De’ La Rossa

Pukul 8.00 pagi, saya dan suami breakfast di hotel. Serius sedap sangat tau roti croissant dia. Lepas tu kami saja-saja jalan di sekitar hotel sebelah. Saja ambik gambar dekat Hotel Casa De’ La Rossa. Lawa sebab banyak bunga kot.

  • Honey Bee Farm
  • Cactus Point

Kami terus pergi ke Honey Bee Farm. Saya dan suami tengok juga la ladang lebah ni dan kebetulan ada pekerja tengah keluarkan madu dari sarang lebah. Best tengok. Actually, ingat nak beli madu dekat sini. Tapi x jadi beli atas sebab tertentu. Huhuhu…So kami teruskan perjalanan kami ke Cactus Point. Kat sini memang beli sourvenir cactus untuk bawak balik rumah. Saya pulak beli satu set cactus kecik untuk letak kat halaman rumah nanti.

  • S’Corner Central Market

Panjang lagi cerita ni. Hehehe… kami teruskan jalan-jalan kami ke S’Corner Central Market. Dekat sini ada cafe, jual barang-barang cameron, strawberi dan yang paling nak tengok is cendawan tumbuh. Banyak jenis cendawan ada kat sini dan macam-macam bentuk dan warna. Ada juga jual cendawan dekat sini, tapi saya dan suami craving for cendawan goreng juga. Hahaha..Tapi sebab lapar, so kami beli la juga ubi dan keledek rebus yang ada.

  • Taman Agroteknologi Mardi

Then kami teruskan perjalanan ke Taman Agroteknologi Mardi. Haaa…ni first time saya sampai sini. Suami saya kata tempat ni cantik boleh tengok macam-macam jenis bunga, sayur, dan tumbuhan lain yang ada. Dekat sini ada juga info tentang madu asli, madu kelulut dan madu tualang. So kami beli madu dekat sini dan saya memang puas hati dengan madu yang dijual.

  • KHM Strawberi Farm

Kami pun nak gak tengok ladang strawberi. Dah nama pun Cameron Highland, strawberi mesti la wajib. Kami singgah ke KHM Strawberi Farm. Actually owner farm ni adalah kawan ayah saya. So setiap kali naik Cameron, saya mesti pergi sini. Bukan sebab dapat free ke apa, tapi sebab cafe dia ada jual ais krim strawberi yang sedap dan ada jual Scoon. Kira if siapa-siapa nak tea time dekat Cameron, datang la sini minum teh dan makan ais krim. Strawberi celup coklat pun ada. Sebelah cafe ada ladang strawberi, boleh amik gambar.

  • Dinner steamboat di Hotel De’ La Fern

Setelah penat seharian berjalan, kami balik ke hotel. Dinner kami adalah steamboat di hotel. Sangat puas hati dengan layanan dan steamboat sangat sedap. Yum yum !!

Honeymoon Cameron Highland - 4Cactus Point Honeymoon Cameron Highland - 5Taman Agroteknologi Mardi Honeymoon Cameron Highland - 6Taman Agroteknologi Mardi
Honeymoon Cameron Highland - 7KHM Strawberi Farm – tea time Honeymoon Cameron Highland - 8KHM Strawberi Farm – ladang strawberi Honeymoon Cameron Highland - 9KHM Strawberi Farm – ladang strawberi
Honeymoon Cameron Highland - 10Hotel De’ La Fern – steamboat dinner Honeymoon Cameron Highland - 11Hotel De’ La Fern – steamboat dinner Honeymoon Cameron Highland - 12Hotel De’ La Fern – steamboat dinner

Day 3 (31 December 2015)

  • Breakfast di Hotel De’ La Fern
  • KEA Farm

Kami gerak breakfast di hotel pukul 7.00 pagi. Sebab apa awal sangat ni? Huhuhu…sebab lepas breakfast, kami nak pergi ke KEA Farm. Tempat ni adalah tempat paling jam dekat Cameron Highland. Orang ramai suka singgah beli macam-macam jenis sayur, strawberi, madu, ubi dan keledek manis, jagung manis, bunga ros, dan sebagainya. Semuanya murah-murah belaka. Dekat sini saya beli semua jenis yang ada untuk jadi sourvenir dan family banyak pesan suruh beli sayur dekat sini. 10 paket sayur RM12.00 je. Murah tu. Suami saya pulak, belikan bunga ros sebagai hadiah dekat saya. Awwwww !! Sooo sweet, my husband. Jangan jeles.

  • Singgah di Cameron Bharat Tea Plantation

Then kami balik ke hotel untuk check out pukul 12. Kami terus ke Cameron Bharat Tea Plantation dan Cafe. Cantik permandangan kehijauan disini. Sangat memuaskan hati. Selalunya, kalau saya datang sini, mesti ramai orang dan saya just nak bergambar dengan ladang teh je. Tapi kali ni dengan suami, saya minum teh dan makan kek lagi. Sedap la! Suami order teh halzel nut dan saya order peach tea. Kek kami order oreo cheese kek. Sambil makan, sambil menikmati permandangan ladang teh. Terbaik!

  • Balik ikut laluan turun ke Tapah
  • Lata Iskandar

Otw balik, kami lalu laluan turun ke Tapah pulak. Dia punya jalan raya, mak aihhh…punya la pening kepala dan terasa lama sangat nak sampai ke bawah. Tapi at least, dapat tengok Lata Iskandar. Huhuhu…setakat tengok je la, tapi makin cantik dah tempat tu sebab dulu pergi time kecik2 je.

Honeymoon Cameron Highland - 13Hotel De’ La Fern – depan hotel Honeymoon Cameron Highland - 14Hotel De’ La Fern – dekat lobby Honeymoon Cameron Highland - 15Hotel De’ La Fern – dekat lobby
Honeymoon Cameron Highland - 16Hotel De’ La Fern – dapat bunga Honeymoon Cameron Highland - 17Cameron Bharat Tea Plantation Honeymoon Cameron Highland - 18Cameron Bharat Tea Plantation

Ok ni la cerita saya pergi ke Cameron Highland. Walaupun banyak kali dah pergi, tapi kali ni first time pergi dengan suami sendiri. Jadi pengalaman tu sangat bermakna sangat sampai tulis dalam blog ni. Huhuhu…Bukan nak menunjuk tau, tapi just berkongsi cerita. To all di luar sana yang nak pergi Cameron Highland, pergi la time musim hujan, serius dia punya sejuk lagi sejuk dari air cond yang tiap2 hari kita rasa tu…kuikuikui…Till next travel, guys. Sekian.

Advertisements
Posted in My Addin

Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu

Assalamualaikum,

Solat adalah amalan pertama yang akan di tanya di akhirat kelak. Buat renungan kita bersama, barang siapa meninggalkan solat fardhu yang telah diwajibkan ke atas kita, maka seksaan seumpama ini yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada kita.

Jangan Tinggal Solat
Image Googled: Jangan Tinggal Solat

SUBUH

– Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. Sehari di padang Mahsyar bersamaan dengan 50 ribu tahun di dunia.

ZUHUR

– Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

ASAR

– Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

MAGHRIB

– Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapa sendiri.

ISYAK

– Allah SWT menyeru: “Hai orang yang meninggalkan solat isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi Ku dan menggunakan nikmat-nikmat Ku”. Segala gerak gerinya seperti makan, pakai, tidur adalah berdosa kepada Allah SWT.

Oleh itu marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan berpesan-pesan dengan kebaikan agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang dimurkai oleh Allah SWT. Nauzubillah. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Life Story

My Nikah Day

Assalamualaikum,

Setelah sebulan kahwin, baru nak cerita sikit pasal nikah ni. Huhuhuhu…lambat bebenor. Excited juga nak cerita pasal pengalaman nikah ni. Maklum la, nikah ni sekali seumur hidup. Huhuhu… Ok. Bismillah.

Perasaan nervous mesti ada sebab nak tukar status jadi isteri orang kan. So, malam sebelum nikah tu, confirm2 la saya kena pakai inai, manakala family saya pula sibuk siap2kan rumah untuk jamuan makan after nikah esoknya. Thanks to my family yang banyak sangat membantu. Rumah saya meriah juga malam tu ramai sanak saudara yang datang tidur rumah saya, dan tolong apa yang patut. Nah belanja gambar satu dorg susun2 meja makan.

Nikah Day 1
Nikah Day – Abg and adik susun meja

Saya nikah pukul 11.00 pagi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. So pagi tu saya bersiap dari rumah. Cousin saya sendiri jadi mak andam and the make up was fantastic. Cantik i ok, opppsss bangga diri pulak. Nervous dia ada la sikit2 tapi rasa bahagia yang lebih. After siap2 tu bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi camtu naik kereta mak ayah. Rasa sedih sikit masa tu sebab rasa macam ni last sebagai single naik kereta ngan mak ayah. Drama sangat menitik air mata. Huhuhu…

Sampai masjid, memang family saya dah ramai yang sampai dan semua sibuk ambil2 gambar. Family bakal husband time tu pun dah sampai tinggal nak masuk dalam dewan nikah je. After semua dah settle duduk dalam dewan, saya dengan perasaan nervous + bahagia nya duduk la tepi tu sebelah mak, and cousin2 kesayangan saya.

Nikah Day 2
Nikah Day – Menunggu Tok Kadi

Saya nampak si dia dan terus tersenyum bahagia, chewah!!! Drama drama. Hahahaha…Ustaz Hatta yang nikahkan kami, wali saya adalah ayah kandung saya sendiri dan saksi-saksi saya adalah Paksu dan Abang Sulong saya. Dengan sekali lafaz, saya sudah sah menjadi isteri kepada suami saya. Alhamdulillah.

Nikah Day 3
Nikah Day – Ayah Sebagai Wali

Lepas tu, after selesai ijab dan qabul, suami saya solat sunat 2 rakaat dan baca doa (tangan letak atas ubun-ubun saya). Lepas tu, main sarung-sarung cincin pulak, and first time saya salam cium tangan suami saya sendiri. Orang lain semua tengok kot, so menggeletar tangan ok. Huhuhu…

Nikah Day 4
Nikah Day – Sarung Cincin
Nikah Day 4
Nikah Day – Suami Baca Doa Sunat

Selepas tu, sesi bergambar bersama family saya, family mertua dan sahabat2 saya yang datang. Jamuan makan terus ke rumah saya tengahari tu. Alhamdulillah. Senang dan majlis nikah ni berjalan sangat lancar. Tuhan mempermudahkan urusan saya dan seluruh yang terlibat dalam majlis nikah ni. Terima kasih Allah.

Nikah Day 6
Nikah Day – Family Saya
Nikah Day 7
Nikah Day – Family Zachariah
Nikah Day 8
Nikah Day – Legasi Beduroding
Nikah Day 9
Nikah Day – Family Suami