Posted in My Life Story

2 Minggu Persiapan Sebelum Berkahwin

Assalamualaikum,

Saya nak cerita sikit. Saya ada dalam lagi seminggu lebih je lagi sebelum saya nikah. Huhuhu..Ni la nak cerita sikit pasal persiapan perkahwinan saya.

Saya memang ada buat checklist untuk persiapan dan checklist budget kahwin. So saya follow je ikut apa yang saya dah tulis dalam checklist saya tu. Setakat ni semua masih terkawal dan ikut flow. Saya bersyukur sangat keluarga saya banyak membantu.

Yang saya share dekat sini bukan checklist lengkap la. Saya ada lagi detail tapi nak tunjuk sikit je betapa banyaknya hal yang perlu dibuat sebelum tarikh nikah ni. Penat juga tau. Tapi sebab dah listkan satu-satu, so memang senang sikit kerja and tahu bila nak handle. Jom tengok!

PERKARA DONE?
Bunga Telur / Goodies Done
Kad Kahwin Done
Urusan Perkahwinan

  • Kursus Kahwin
  • HIV Test
  • Isi Borang Permohonan Berkahwin
  • Hantar Borang dekat JAIS
Done
Dewan

  • Dewan Nikah
  • Catering untuk Majlis Nikah
  • Dewan Majlis Perkahwinan
  • Catering untuk Majlis Perkahwinan
Done
Baju Nikah & Sanding

  • Tudung & Veil
  • Kasut
  • Bunga Tangan
Done
Hantaran & Perhiasan Hantaran Not yet
Pre-wedding Photoshoot Done
Pre-Wedding Videoshoot Done
Lain-lain
Jumpa dentist Done
Buat rambut Done
Hiasan bilik pengantin Done
Cat bilik sendiri Done
Kad Invitation Bridesmaid Done
Cari Lagu Kahwin Done
Beli Inai Done
Sewa Prop Untuk Bergambar Done
Print Penunjuk Arah Not yet
Beli fresh flower Not yet
Buat bunga rampai Not yet
Photographer Done
Live Video Feed Done
Kompang Done
Fitting Baju Done
Pilih Pelamin Done
Testing makanan Done
Facebook Invitation Done
Hantar kad kahwin Done

Haaa…Nampak sikit je kan, sebenarnya banyak lagi cuma tak senaraikan semua je. So kepada bride-to-be di luar sana, nasihat saya, manage your time and do your best. Nak kahwin senang je, cuma kita je yang membuatkan majlis jadi penat sebab banyak benda nak di-include-kan. So chill and enjoy being a bride because it’s your day, not others. Yeah! Semoga majlis saya berjalan lancar. Aamiiin…

Advertisements
Posted in My Addin

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum,

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan.”

9 mimpi-mimpi tersebut adalah:

  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga dia merasa puas.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun hanya dengan sepotong ayat”.

Setiap mimpi Rasulullah SAW di atas merupakan perbuatan rutin dalam kehidupan seharian kita sebenarnya. 4 Rukum Islam yang wajib dilakukan ada dalam mimpi tersebut iaitu Solat, Puasa, Zakat (sedekah) dan Haji.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, lihat diri sendiri yang amalan masih tidak cukup dan diri yang masih lagi melakukan dosa-dosa. Syurga adalah tempat yang ingin ditujui, tetapi kenapa masih berdiri dan berjalan ke arah jalan neraka? Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Life Story

Bachelorette Hang Out

Assalamualaikum,

Ada lagi 3 minggu lagi masa sebelum saya jadi isteri orang. Hehehe.. Sebab majlis saya dah nak dekat, so saya pun dah start edar kad kahwin. Ni la nak cerita sikit. Semalam (6 Dec), saya decide nak ajak kawan-kawan baik saya dari UTP (merangkap bridesmaid saya nanti) untuk have lunch dengan saya sebab saya nak kasi invitation kad as my bridesmaid dan kad kahwin.

Dorang pun pilih la tempat untuk have lunch dengan saya. Kitorang pergi dekat Restoran Serai, Shaftbury Square, Cyberjaya. Restoran memang cantik sangat and boleh kata makanan pun agak mahal la. Tapi saya sebab first time datang, so teringin gak nak try makan mahal sikit, walaupun x bape nak berduit sangat. Hahaha…(duit banyak abes kat majlis kan, biasa la tu..)

Serius saya dah lama sangat x jumpa kawan-kawan saya ni, so saya agak excited la nak kasi kad kahwin dan kad bridesmaid yang saya buat sendiri. Huhuhuhu…Nak gak tunjuk kad yang saya buat. Tadaaa…

Kad Kahwin
Kad Kahwin
Kad Bridesmaid
Kad Bridesmaid Saya Buat Sendiri

Ok cerita pasal lunch pulak, memang la saya yang ajak kawan-kawan kuar makan. Tapi x sangka dorang apa planning surprise juga dekat saya. Kawan-kawan saya janji datang kul 4.00 petang dekat Restoran Serai tu. Tapi ada sorang ni datang lambat. Saya ingat dia sesat ke apa, rupa-rupanya dia datang lambat sebab pergi beli belon helium dan hiasan bride-to-be untuk saya. Huhuhuhu…sangat-sangat terharu ok.

Lepas kitorg order makanan tu, kitorang borak panjang sebab lama giler x jumpa kan. Rasa macam the old days dah…Rindu kot zaman UTP dulu dengan dorang ni. Yang paling best is, makanan saya dorang belanja. Hahahaha…soooo sweet my best friends.

Actually, ni bukanlah kira macam bachelorette party yang orang putih selalu buat tu, macam banyak decoration then macam party sambut bride tu. Yang saya punya kawan-kawan buat setakat hang out, makan minum, dan borak-borak sebab lama x jumpa. Just add on the belon dan hiasan bride-to-be dekat pinggang saya tu untuk nampak sweet je and maybe hang out terakhir before saya jadi isteri orang. Huhuhuhu….Saya sangat happy!!!…Bukan sebab mengharapkan surprise, tapi sebab kawan-kawan saya sangat baik dan terlalu penyayang. Awwwww….Nah kasi gambar lagi. Hehehe…

Bachelorette Hang Out - 1
Bachelorette Hang Out Dekat Restoran Serai
Bachelorette Hang Out
Bachelorette Hang Out – Kawan-kawan baik saya

Saya ada lagi seorang kawan. Yang kiranya dari kecil sampai besar selalu sama-sama. Sekolah rendah sama, sekolah menengah sama, universiti sama, internship sama, cuma tempat kerja je dah x sama la. Sebab hang out hari tu dia x dapat datang, so dia ganti balik ngan hang out lain. Haaa..ni la dia kitorang pergi dinner dekat Twenty & Co dekat seksyen 14 Shah Alam. Restoran dia boleh tahan la and the food also nice. Check the gambar yall…hehehe.

Bachelorette Hang Out 3
Bachelorette Hang Out – Kawan Baik Saya

Ok sampai sini sahaja cerita saya. Saya diberkati dengan kawan-kawan yang baik, tulus dan kulit mulus…hahahaha…Alhamdulillah. Semoga persahabatan kami kekal selama-lamanya..Aaaamiiiin..