Posted in My Addin

Dakwah Itu Mengajak Bukan Menyuruh

Assalamualaikum,

Dakwah itu mengajak. Bukan menyuruh, melarang, atau menyalahkan. Dakwah adalah mengajak iaitu kita bersuara untuk mengajak umat ke jalan yang diredhai Allah SWT. Sedangkan menyuruh, melarang, atau menyalahkan hal yang salah adalah Amar Makruf Nahi Mungkar.

Dakwah
Image Googled: Dakwah

Dakwah berbeza berbanding amar makruf nahi mungkar. Sebagai contoh, cerita pemandu teksi. Pemandu teksi mengajak atau menjemput penumpang menaiki teksinya. Ini adalah dakwah. Tiada paksaan dan terpulang kepada penumpang untuk naik teksi dia ataupun tidak. Jika penumpang telah bersetuju menaiki teksi, pemandu teksi itu menyuruh penumpang memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan supaya selamat daripada kecelakaan kemalangan. Ini adalah amar makruf nahi mungkar. Menyuruh buat perkara baik dan mencegah perkara buruk. Perkara baik adalah pakai tali pinggang keledar dan perkara buruk adalah cedera kemalangan. Dakwah adalah secara lembut, manakala amar makruf nahi mungkar adalah secara tegas, bukan kasar.

Sesiapapun boleh berdakwah. Alim ulama, imam masjid, ustaz, ustazah, orang-orang tua, orang-orang muda, ibu bapa, keluarga, remaja, orang beragama, malah orang tidak beragama pun boleh berdakwah. Jangan dikata yang tidak beragama atau tidak mengamalkan agama Islam tidak layak berdakwah. Semua manusia layak berdakwah asalkan ajakannya adalah ke arah kebaikan. Pada waktu bila-bila dan dimana-mana pun boleh berdakwah. Di masjid, di rumah, di jalan, di laman sosial dan dimana sahaja pun dirimu berada.

Zaman sekarang sangat trending berdakwah di sosial media terutama Facebook, Instagram dan Twitter kerana penyampaiannya adalah global. Namun ada baik dan ada buruknya. Jika dakwah kita sampai kepada keinsafan dan kesedaran seseorang, alangkah baiknya. Namun jika dakwah kita berhadapan dengan keyboard warriors yang menyerang dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati kita, janganlah kita berlawan atau membalas kata-kata mereka secara kasar juga. Dakwah perlukan kesabaran, berhemah dan kelembutan dalam penyampaian.

Hidayah itu tetap milik Allah SWT. Hati manusia, kita tak boleh tentukan. Kita hanya boleh mengajak atau berdakwah. Jangan putus asa berdakwah kerana itu adalah tanggungjawab kita sesama insan. Syaitan pun tidak pernah berputus asa untuk mengajakmu ke lembah kejahatan. Lihatlah sekelilingmu, hidupmu sebenarnya penuh dengan dakwah, penuh dengan hidayah. Itu semua terpulang kepada dirimu untuk menerima atau menolak sahaja. Manusia tidak hanya memerlukan belaian kasih sayang tetapi mereka juga perlukan ketegasan untuk kembali kepada Penciptanya. Sekian, wallahu a’lam.

Advertisements
Posted in My Addin

Mendoakan yang Baik-baik

Assalamulaikum,

Doa adalah senjata mukmin. Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kira dimana kita berada. Doa adalah permintaan terus daripada diri kita kepada Allah SWT tanpa melalui perantaraan malaikat.

Mendoakan Yang Baik-baik
Image Googled: Mendoakan Yang Baik-baik

Setiap kata-kata kita juga adalah doa. Dalam setiap doa yang disebut, ada yang dimakbulkan dan ada yang tidak dimakbulkan. Kadang-kadang kita x perasan kata-kata yang kita keluarkan adalah doa yang dituju kepada seseorang. Oleh itu, berkata baiklah kepada sesama keluarga, sahabat dan manusia lain. Contohnya jika jumpa sepupu dan anaknya, maka kita berkata “Pandainya budak ni”. Ini juga adalah doa kita bagi anak sepupu kita tersebut semoga dia menjadi pandai.

Doa juga terdapat dalam perhubungan sesama muslim. Salah satu tanda eratnya persaudaraan antara sesama muslim adalah mendoakan muslim lain tanpa pengetahuannya. Jika kita mendoakan yang baik-baik, insha-Allah doa tersebut akan dimakbulkan Allah SWT dan doa tersebut juga akan mencakup pada orang yang membacanya sendiri.

Rasulullah saw bersabda:

“Doa seorang muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dimakbulkan oleh Allah. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, nescaya malaikat yang menjaganya berkata, “Amin (semoga Allah memakbulkan) dan bagimu hal yang serupa.” (HR. Muslim)

Doa yang baik-baik memberi banyak manfaat. Selain mendapatkan pahala mendoakan orang lain, kita juga akan mendapatkan kebaikan dari doa yang kita panjatkan tersebut. Mendoakan kebaikan untuk sesama muslim sama seperti mendoakan kebaikan untuk diri sendiri. Oleh itu, jom kita mendoakan yang baik-baik. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Life Story

Darah Manis Tu Apa?

Assalamualaikum,

Masuk bulan ni, dah 7 bulan saya jadi tunangan orang sebenarnya. Bulan depan insha Allah saya akan bergelar isteri orang. Semenjak saya bertunang, lately kalau orang jumpa saya je, mesti sebut “Hai darah manis”. Saya selalu juga la dengar orang sebut-sebut darah manis ni. Tapi sebelum bertunang, saya x paham maksud darah manis tu apa.

Darah Manis ini dirujuk kepada pasangan-pasangan yang tengah bertunang dan kebarangkalian kepada benda-benda yang tidak baik berlaku kepada pasangan tersebut. Maksud lain ialah dugaan dan cabaran sepanjang proses pertunangan. Orang yang darah manis juga dikatakan nampak seri wajahnya.

Sarung Cincin Tunang
Sarung Cincin

So macam-macam perkara juga la yang saya kena tempuhi semenjak jadi darah manis ni. Setiap kali jumpa orang, ada juga yang kata seri muka saya nampak berseri, nampak bahagia, nampak cantik. Saya mengaku sebenarnya memang saya bahagia dan selalu tersenyum.

Tapi itulah, orang kata darah manis ni pun ada juga benda yang x bestnya. Itu x boleh buat, ini x boleh buat. Kena jaga kesihatan, kena jaga diri. Saya ni pula jenis yang suka buat sesuka hati, pelupa dan keras kepala sikit. So saya x paham kenapa darah manis x boleh buat macam-macam benda. Contoh kalau kawan-kawan ajak pergi air terjun, saya x boleh ikut. Takut tercedera.

Mula-mula, saya memberontak juga la. Saya percaya takdir Allah SWT lebih daripada kata-kata orang tua pasal darah manis ni. Bagi saya, kalau takdir Allah kata nak berlaku, darah manis ke tidak ke, akan jadi juga. Tapi saya tersilap. Kerana saya terlupa kata-kata orang tua adalah nasihat untuk beringat agar kita menjaga diri sebelum majlis perkahwinan kita nanti. If apa-apa berlaku, majlis cancel nanti siapa yang susah, bukan kita sahaja, orang tua kita juga yang susah sama.

Yang saya nak cerita ni, bukannya hal besar mana, tapi cukup la untuk memberi pengajaran buat semua. Saya memang degil. Baru-baru ini, saya dan family pergi ke Pulau Pinang untuk hadiri majlis convocation adik saya dekat USM. Perjalanan pergi, adik saya tanya, siapa nak bawak kereta, dan saya cakap saya nak bawak. Dalam hati saya cakap, xpe la saya darah manis pun, insha Allah xde pape berlaku. So dalam perjalanan saya speeding juga la, dan saya terkena speed trap dekat highway. So melayang RM300 disitu kan? Nampak x duit nak pakai kahwin kan banyak, yang saya pergi tambah masalah kewangan lagi tu apasal…hmmmm…Itu baru satu.

Lagi satu, on the way balik dari Pulau Pinang, saya juga yang bawak kereta. Degil lagi. Dalam perjalanan memang hujan so saya bawak slow dan beringat x nak kena speed trap lagi. Tapi sebab kereta slow sangat kat lane kiri, saya pergi ke lane kanan. Bukannya laju saya bawak dalam 60km/j sahaja. Sekali, excident. Ya Allah, betapa kuatnya dugaan-Mu.

Ada dua kereta dekat depan saya memang excident, dalam hujan saya nampak, saya sempat break dan selamat. Tapi kereta belakang saya yang x sempat break, langgar kereta saya dan kereta saya tergelongsor ke depan sampai terlanggar juga kereta depan saya yang excident tadi. So jumlah kereta yang terlibat adalah 4 kereta, kereta saya no 3. Semua penumpang selamat, alhamdulillah. Tapi nampak x? Tambah satu lagi masalah kewangan. Nasib baik kami buat report polis, polis kata nak hold saman ke atas kereta saya sebab saya memang sempat break. So insurans kereta xkan ditolak dari insurans saya tapi dari kereta belakang saya. Alhamdulillah. Tapi kena gak la baiki kereta tu, sebab rosak belah belakang dan depan teruk juga la.

Ada 4 pengajaran saya dapat daripada peristiwa ni. Satu, Tuhan tu nak tunjuk, sikap degil ni pun membawa padah. Kedua, dengar la nasihat orang tua sebab pengalaman mereka lebih banyak dari kita. Ketiga, dugaan Allah SWT beri memang bila-bila masa terutama dari segi kewangan, so kena banyak bersabar. Keempat, berhati-hati lah apabila bergelar darah manis. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Wanita Padamu Ada Syurga

Berbahagialah wahai wanita sekalian. Kamu adalah bidadari bumi yang menarik kaum Adam untuk ke syurga. Wanita solehah adalah perhiasan dunia. Bukan untuk ditatapi oleh semua orang, cukuplah hanya untuk tatapan suami dan mahramnya sahaja.

Wanita Padamu Ada Syurga
Image Googled: Wanita Padamu Ada Syurga

Wanita sebagai anak perempuan

  • anak perempuan yang dijaga imannya, akan menahan ayahnya daripada memasuki api neraka
  • menarik ayahnya masuk ke syurga bersamanya

Wanita sebagai isteri

  • telah melengkapkan separuh daripada agama suaminya
  • padanya adalah syurga untuk suaminya

Wanita sebagai ibu

  • syurga terletak di bawah telapak kakinya
  • anak yang berbakti kepadanya akan memasuki syurga

Mengapa wanita sering menangis?
Jawab Allah SWT:

  • Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa, unik dan kuat hatinya
  • Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
  • Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa tenang
  • Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
  • Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang di saat yang lain menyerah
  • Aku berikan dia naluri untuk tetap menyayangi, walaupun dikhianati, disakiti oleh teman dan orang tersayang
  • Tetapi jika sesuatu saat dia menangis itu, kerana Aku beri air mata untuk membasuh luka dihati dan menggantikan kekuatan baru untuknya.

Maka berbahagialah wahai wanita solehah. Kerana wajahmu yang mulus mampu menenangkan jiwa. Kerana tanganmu yang halus mampu menggoncang dunia. Kerana hatimu yang tulus mampu menyayangi manusia. Kerana padamu diri mu adanya syurga. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Life Story

Prosedur Permohonan Bernikah di Selangor

Ok dah banyak persiapan kahwin saya selesaikan, maka tiba la ke step mengisi borang kahwin pula. Isi borang kahwin pun ada juga prosedur dia. So, ini adalah prosedur wajib yang harus dijalankan bagi anak negeri Selangor. Meh saya cerita sikit.

Actually, nak buat semua ni bukannya susah. Bila dah lalui memang senang sgt2. Nampak macam banyak nak kena buat kan. Saya nak cerita sikit la pengalaman saya. Pengalaman saya pergi cari Penolong Pendaftar Nikah.

Penolong Pendaftar Nikah (PPN) ni actually kadi yang akan nikahkan kita nanti. Saya google la info pasal PPN Masjid Shah Alam tau sebab saya memang nikah dekat masjid tu. So waktu pejabat dia bukak pukul 8.00 pagi, saya pun amik cuti half day, terus pergi sana bawak wali & 2 saksi saya. Sekali PPN xde pulak time tu. Haiyoooo…rupa-rupanya kena juga call PPN sebelum jumpa PPN sebab takut PPN ada urusan luar. Penat je saya amik cuti. Lurus bendul betul saya ni. Hehehe…

So saya pun call la PPN, dia kata boleh je buat temujanji malam, jumpa dia dekat kedai mamak je pun. X payah pergi pejabat. What??? hahahaha…kalau saya tau la, saya x amik cuti ok….After jumpa PPN, semua wali, 2 saksi dan saya dah sign borang, dia luluskan gitu je. X tanya banyak pun. Pastu dia suruh saya hantar borang yang diluluskan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Disebabkan cuti saya dah habis, saya suruh ayah saya je hantarkan. Dan dah lulus dah pun. Huhuhuhu….Alhamdullilah.

Ok nah saya kasi prosedur permohonan berkahwin untuk warga selangor ye. Ambil iktibar je la dari cerita saya ye. Maklum la, first time kawin, mane tau. X terpikir nak tanya kawan-kawan pun, dok google je memanjang, ni la jadinya. Hahaha….Abang saya pulak, prosedur permohonan kahwin dia dulu lain sikit. Dia kahwin tahun 2011 dulu borang online pun xde. Ok jom tengok.

PROSEDUR PERMOHONAN BERKAHWIN NEGERI SELANGOR

  1. Hadir Kursus Pra-Perkahwinan – bila-bila pun boleh pergi.
  2. Buat HIV Test dekat mana-mana klinik kerajaan – tempoh 6 bulan sebelum tarikh nikah.
  3. Isi borang permohonan berkahwin secara online di website http://ncr.jais.gov.my. – tempoh 3 bulan sebelum tarikh nikah.
  4. Lengkapkan Borang Dan Lampirkan Dokumen Sokongan.
  5. Dapatkan Pengesahan Dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah – dekat masjid berdekatan.
  6. Dapatkan Kebenaran Berkahwin Dari PAID – Pejabat Agama Islam Daerah (Shah Alam)
  7. Akad Nikah Dijalankan.
  8. Ambil Surat Perakuan Nikah di JAIS/PAID.
BAKAL PENGANTIN LELAKI BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN
Step 1

  • Masuk ke website ncr.jais.gov.my. Pastikan dah daftar dulu ke Sistem NCR Online JAIS.
  • Isi Borang 2A tersebut dengan lengkap. Pastikan isi borang tersebut dengan menggunakan huruf besar. Habis isi boleh print.
Step 1

  • Masuk ke website ncr.jais.gov.my. Pastikan dah daftar ke Sistem NCR Online JAIS.
  • Isi Borang 2C dan Borang 2D tersebut dengan lengkap. Pastikan isi borang tersebut dengan menggunakan huruf besar. Habis isi boleh print.
Step 2
Setelah selesai mengisi Borang 2A, pastikan dokumen-dokumen seperti di bawah ini sudah lengkap dan disediakan. (Highlight color merah tunang saya perlu).

  1. Salinan MyKad (warganegara)/Passport (warganegara asing) pemohon.
  2. Salinan MyKad (warganegara)/passport (warganegara asing)2 orang saksi.
  3. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan salinan (Diiktiraf oleh JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN).
  4. Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya diklinik kerajaan sahaja)
  5. Borang 1A (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Nazir Masjid/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Pengerusi Taman Perumahan/Pengerusi JKKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kumpulan A(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam Kad Pengenalan).
  6. Surat Perakuan Cerai dan salinannya.(Jika bercerai hidup).
  7. Surat Perakuan Nikah dan Sijil Kematian pasangan beserta salinannya(Jika bercerai mati).
  8. Surat/Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
  9. Surat kelulusan dari KAGAT/PDRM (Jika pemohon anggota Tentera/Polis).
  10. Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat/Kedutaan/UNHCR dan Imigresen (Jika warganegara asing).
  11. Salinan Borang 2A dan dokumen sokongan (Jika pemohon bernikah di luar daerah/negeri/negara).
Step 2
Setelah selesai mengisi Borang 2C (Borang Permohonan Perempuan) dan Borang 2D (Borang Persetujuan Wali dan Wakalah Wali), pastikan dokumen-dokumen seperti di bawah ini sudah lengkap dan disediakan. (Highlight color merah saya perlu).

  1. Salinan MyKad (warganegara)/Passport (warganegara asing) pemohon.
  2. Salinan MyKad (warganegara)/passport (warganegaraasing) 2 orang saksi.
  3. Salinan MyKad (warganegara)/passport (warganegara asing) wali.
  4. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan salinan (Diiktiraf oleh JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN).
  5. Rekod Ujian Saringan HIV(Hanya di klinik kerajaan sahaja).
  6. Borang 1A(Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Nazir Masjid/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Pengerusi Taman Perumahan/PengerusiJKKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kumpulan A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam MyKad).
  7. Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  8. Surat Perakuan Nikah Ibu bapa dan salinannya.
  9. Sijil Kematian wali dan salinannya.
  10. Surat Perakuan Cerai dan salinannya (Jika bercerai hidup).
  11. Surat Perakuan Nikah dan Sijil Kematian pasangan beserta salinan (Jika bercerai mati).
  12. Surat/Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
  13. Surat kelulusan dari KAGAT/PDRM (Jika pemohon anggota Tentera/Polis).
  14. Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat/Kedutaan/UNHCR dan Imigresen (Jika warganegara asing).
  15. Salinan Borang 2C,2D dan dokumen sokongan (Jika pemohon bernikah di luar daerah/negeri/negara)
Step 3

  • Selepas borang dan dokumen lengkap, pemohon dan 2 orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin (masjid terdekat) untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.
  • Sekiranya tiada penolong pendaftar nikah di kawasan itu atau penolong pendaftar nikah pergi bercuti, sakit dan sebagainya, pemohon boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  • Pemohon dan kedua-dua saksi tadi akan menandatangani borang-borang di hadapan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Derah (PAID).
  • Pastikan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut telah menandatangani borang-borang tersebut bersertakan tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.
Step 3

  • Selepas borang dan dokumen lengkap, pemohon, wali yang sah dan 2 orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin (masjid terdekat) untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin. 2 orang saksi tersebut perlu mengenali pemohon dan wali pemohon.
  • Sekiranya tiada penolong pendaftar nikah di kawasan itu atau penolong pendaftar nikah pergi bercuti, sakit dan sebagainya, pemohon boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  • Pemohon, wali yang sah, dan 2 saksi tadi akan menandatangani borang di hadapan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Derah (PAID).
  • Pastikan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut telah menandatangani borang-borang tersebut bersertakan tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.
Step 4

  • Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Islam Daerah (PAID) di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. 2 orang saksi tadi tidak perlu lagi hadir.
  • Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam masa yang sama sekiranya semua borang-borang lengkap dengan bayaran RM10.
  • Permohonan nikah setelah mendapatkan kebenaran PAID hanya sah laku selama 3 bulan.
Step 4

  • Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Islam Daerah (PAID) di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. 2 orang saksi tadi tidak perlu lagi hadir.
  • Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam masa yang sama sekiranya semua borang-borang lengkap dengan bayaran RM10.
  • Permohonan nikah setelah mendapatkan kebenaran PAID hanya sah laku selama 3 bulan.
Step 5

  • Surat/borang kebenaran pernikahan yang telah diluluskan tadi bolehlah beri kepada pihak perempuan.
Step 5

  • Surat kebenaran berkahwin yang diperoleh mestilah diserahkan kepada penolong pendaftar nikah sebelum majlis akad nikah dijalankan.

Step Terakhir Bagi Pemohon Lelaki dan Perempuan

  • Surat perakuan nikah boleh diambil selepas 14 hari (2 minggu) dari tarikh penolong pendaftar nikah menghantar borang dan dokumen nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk didaftarkan.
  • Surat perakuan nikah boleh diambil oleh suami dan isteri sahaja (dua-dua). Pastikan anda menandatangani akuan penerimaan ketika mengambil surat tersebut.
  • Pastikan suami anda menandatangani ruangan ta’liq pada surat pengakuan nikah berwarna biru.
Posted in My Addin

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Semua orang ada mata. Selalunya, orang menangis sebab apa? Sebab sedih, kematian, ditinggalkan kekasih, tengok cerita sedih di TV, bertengkar sesama manusia dan sebagainya. Namun, dikalangan setiap manusia, pasti ada yang bangun ditengah malam, menangisi dosa-dosa sendiri kerana takutkan Allah SWT.

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka
Image Googled: Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah SWT sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Kamu lihat (pada hari itu), setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.”(Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegerunan api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku” (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahanam seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad SAW berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad SAW” Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah SAW meraihnya. Berkata Jibril AS “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda SAW mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah SAW pun bertanya kepada Jibril AS “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah SWT.

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.” Amin….Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Setiap Dukamu

Berterima kasihlah kepada setiap duka
Yang mengukur rasa sabarmu
Kerana tahukah engkau?
Dia hanya ingin tahu…
Betapa kukuhnya tiang-tiang sabar di setiap rusukmu
Yang melindungi segumpal darah dalam ragamu

Berterima kasihlah kepada setiap luka
Yang mengeluarkan tangis di wajah manismu
Kerana tahukah engkau?
Dia hanya ingin tahu…
Betapa tegarnya setiap rasa kekuatanmu
Yang membenteng jiwa terluka dalam hidupmu

Berterima kasihlah kepada setiap dugaan
Kerana tahukah engkau?
Dia hanya ingin tahu…
Betapa utuhnya dirimu
Menahan beban ujian yang dipikul dibahumu

Berterima kasihlah kepada setiap cubaan
Kerana tahukah engkau?
Dia hanya ingin tahu…
Betapa taatnya dirimu kepada Tuhanmu

Kekuatanmu, ketaatanmu
Mereka tetap mencuba merubah hidupmu
Dan disitulah engkau muncul sebagai cahaya
Yang menerangi segalanya
Dalam setiap inci langkah kakimu

Adakah engkau kini mengerti?
Kau terlalu kuat untuk mereka hancurkan
Kau terlalu tegar untuk mereka robohkan
Kerana kau adalah bidadari dunia
Penuh dengan kesabaran
Penuh dengan ketaatan
Penuh dengan kebahagiaan