Posted in My Life Story

Perkara Mengenai Whatsapp yang Saya Tak Suka

Assalamualaikum,

Whatsapp adalah satu social media platform yang menghubungkan banyak orang, malah lebih mendekatkan hubungan sesama manusia berbanding social media yang lain kerana apps ini menggunakan handphone. Tetapi, sesuatu perkara pasti ada buruk dan baiknya. So, dekat sini saya nak berkongsi sedikit tentang perkara yang saya tidak suka mengenai Whatsapp.

Whatsapp
Image Googled: Whatsapp

Personal Whatsapp

  • orang boleh tau kita bukak phone pukul berapa (function last seen – tapi masih boleh disablekan)
  • tanda tick biru menyala, kalau dah baca whatsapp tapi x nak balas, orang boleh kecil hati
  • orang dah x mahu call or mesej sebab nak jimat. Kalau benda penting berlaku, call la, jangan whatsapp sebab kadang-kadang orang x perasan whatsapp masuk

Group Whatsapp

  • kalau left dari group, mesti ada yang kecil hati
  • kalau dalam group, ada silent reader yang x aktif berkata-kata, boleh jadi dia akan diremove atau orang lain kata dia x berguna dalam group
  • tersebar banyak forward mesej ataupun fitnah yang x diketahui asal-usul cerita
  • kadang-kadang too much photo untuk didownload
  • kalau x berapa update info dari group, tetiba jumpa sesama group sendiri face to face, then kita terpinga-pinga x tau dorang tengah cerita pasal apa, mesti perkataan ni keluar dari mulut dorang “tak tengok whatsapp ke?”

Whatsapp is not my life priority. Takkan la 24 jam nak berwhatsapp saja. Memang la dalam sehari at least mesti sekali tengok whatsapp tapi memang bukan sepanjang masa. Cuba gantikan baca whatsapp dengan baca Al-Quran ke, mahu banyak juga pahala dapat tu. Renung-renungkan la. Sekian.

Advertisements
Posted in My Addin

Kerana Mulut Badan Binasa

Assalamualaikum,

Allah swt menciptakan mulut hanya satu, tetapi telinga ada dua. Kenapa? Supaya kita lebih mendengar daripada bercakap. Lebih menghayati daripada lebih mencaci. Lebih memahami daripada lebih mengkeji. Apa guna adanya mulut kalau hanya digunakan untuk berbicara perkara buruk? Mulut yang digunakan untuk berbicara perkara baik adalah cara terbaik bagi kegunaan mulut.

Mulut Jahat
Image Googled: Mulut Jahat

Tanpa kita sedari, mulut mungkin menjadi tempat melakukan dosa jika kita tersalah guna. Dosa yang dilakukan akan melibatkan orang lain iaitu fitnah, mengadu-domba, mengumpat, mereka-reka cerita, mengaibkan orang lain, menipu, mengkeji, dan lain-lain yang berpunca dari mulut. Berikut merupakan sedikit kata-kata nasihat yang berguna:

  • Be careful with your words, once they are said, they can be only forgiven, not forgotten.
  • The tongue is like a lion, if you let it loose, it will wound someone.
  • A tongue has no bones, but it is strong enough to break a heart.
  • Put your brain in gear, before you put your mouth into action.
  • Kadang-kadang kita tidak sedar, dengan hanya sepotong ayat, hati seseorang boleh terluka selama-lamanya.
  • Lidah seseorang boleh menggambarkan bagaimana hatinya.
  • Mulut diciptakan didepan, supaya tidak berbicara dibelakang.
  • Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata tentang perkara buruk.
  • Iman seseorang hamba Allah x kan lurus sebelum hatinya lurus, dan hatinya x kan lurus sebelum lidahnya lurus.

Daripada Muaz bin Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda:

Sukakah engkau hai Muaz! Aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ‘Baiklah Ya Rasulullah’. Rasulullah SAW kemudian bersabda: ‘Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad’. Kemudian Baginda SAW bersabda pula: ‘Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?’. Aku menjawab: ‘Baiklah, Ya Rasulullah’. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ‘Peliharalah ini baik-baik’. Aku bertanya: ‘Ya Rasulullah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?’ Lalu Baginda SAW menjawab: ‘Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri.
Hadith Riwayat Tirmizi

Zaman dulu, kata-kata, penyebaran fitnah, khabar angin, mengata, dan mengumpat adalah dari mulut ke mulut. Seperti cerita Mami Jarum, penyampai cerita lebih cepat dari berita. Dia yang tahu dulu, dia yang pergi sebarkan dari rumah ke rumah. Masalah seperti inilah yang sering berlaku dan mungkin apa yang diceritakan atau diluahkan, hampir kesemuanya tidak betul ataupun ditokok-tambah.

Zaman sekarang sudah berubah. Sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter adalah platform untuk meluahkan kata-kata kita sekarang. Malah kata-kata kita akan lebih tersebar ke seluruh pelosok dunia. Walaupun bukan kata-kata yg kedengaran dan hanya tulisan, tetapi itu semua lahir dari hati yang ingin berkata-kata melalui mulut. Fitnah, mengumpat, keji sesama manusia yang lebih cepat tersebar dan lebih mendalam kesannya melalui sosial media akan memberi lebih banyak dosa. Jadi berhati-hati lah wahai kawan-kawan.

Button Share, Like dan Repost itu juga membawa maksud kita sokong atau bersubahat.

  • Like = sokong. Lagi banyak orang like, lagi banyak orang sokong fitnah itu.
  • Share / Repost = menyampaikan fitnah secara berangkai dan bersubahat.

Berikut adalah beberapa kesan daripada mulut jahat orang. Antaranya:

  • Persengketaan antara manusia
  • Salah faham yang sukar diatasi
  • Bermasam muka sesama keluarga
  • Tekanan kerja yang semakin banyak
  • Fitnah yang memakan diri
  • Batu api terus berleluasa
  • Orang yang tidak bersalah dizalimi
  • Tiada harmoni dalam masyarakat
  • Sering bersangka buruk

Cara-cara penyelesaian adalah seperti berikut:

  • Jangan terus percaya kata-kata orang. Selidik terlebih dahulu.
  • Jangan menyebarkan khabar angin dan membesar-besarkan cerita.
  • Jangan menyibuk urusan orang lain.
  • Jangan cakap belakang.

Semoga kita ditempatkan dalam golongan yang tidak lalai dan sering muhasabah diri sendiri. Berhati-hatilah dalam berkata-kata. Jangan kerana mulut, badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang MERENDAH DIRI. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Berhijrah Senang, Istiqamah Payah

Assalamualaikum,

Hijrah bermaksud berpindah, bertukar, kembali ke jalan benar atau berpindah kepada yang lebih baik. Kalau nak tengok masa kini, orang telah labelkan penghijrahan itu untuk perempuan yang mula berhijab. Memang betul itu berhijrah tapi penghijrahan merangkumi banyak sangat aspek bukan hanya dari segi pemakaian sahaja. Kalau pakai tudung namanya hijrah, xkan lelaki pun kena pakai tudung, baru orang kata berhijrah, betul x? Hijrah boleh jadi:

  • Kaki mengumpat berhijrah menjadi x umpat orang / selalu memuji kebaikan orang
  • Sentiasa buruk sangka berhijrah menjadi bersangka baik selalu
  • Kaki lepak berhijrah menjadi selalu pergi masjid
  • Selalu dengar lagu berhijrah menjadi selalu dengar Al-Quran
  • Suka menyanyi berhijrah menjadi suka berzikir
  • Riak dan takbur berhijrah menjadi selalu merendah diri
  • Kedekut berhijrah menjadi suka bersedekah
  • Dan macam-macam lagi…(kalau nak senaraikan semua, payah la)
Penghijrahan
Image Googled: Penghijrahan

Tapi kenapa saya kata berhijrah itu senang? Hijrah hadir bersama hidayah. Sesiapa pun boleh berhijrah x kira lelaki, perempuan, kanak-kanak boleh berfikir, dewasa mahupun orang tua. Hidayah Tuhan sebenarnya ada dimana-mana, cuma hati kita nak terima ke tidak, itu sahaja. Hari ini boleh berhijrah, esok pun boleh berhijrah tapi seelok-eloknya secepat mungkin sebab belum tentu kita masih hidup untuk hari esok.

Kalau kita dah berhijrah, Allah nak tengok kita istiqamah ke tidak dalam penghijrahan kita. Istiqamah bermaksud berterusan dalam melakukan sesuatu perkara yang baik. Setiap penghijrahan akan ditemani dengan sedikit ujian dari Allah swt. Bersama ujian, Allah swt hadirkan hadiah bernama hikmah, kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kecekalan.

Kenapa pula saya kata istiqamah itu payah? Contohnya, seorang kaki umpat boleh berhijrah dari mengumpat tetapi adakah dia mampu untuk kekal tidak mengumpat lagi sepanjang hidup dia? Mungkin dia dah berhijrah tapi esok lusa makcik-makcik ajak mengumpat dan dia terjoin la pulak sebab cerita menarik kan… Contoh lain, seorang perempuan berhijrah untuk berhijab tetapi adakah dia mampu untuk berterusan berhijab? Allah swt uji dia, tiba-tiba dia dapat job modeling dengan tawaran lumayan yang x memerlukan dia berhijab dan dia terus setuju untuk kali itu sahaja. Esok berhijab balik.

Kadang-kadang datang sedikit ujian untuk menguji penghijrahan kita, Allah swt nak tengok adakah kita betul-betul dah move on dari berbuat perkara yang tidak baik. Hijrah itu perlukan istiqamah, dan istiqamah itu payah. Semasa berhijrah, jiwa kita kosong dan perlu diisi. Isi itulah ujian berserta istiqamah. Alhamdulillah jika anda sudah berhijrah, kekalkan dan cari penghijrahan lain pula. Biarkan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Nasihat-nasihat Yang Berguna

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsiaan mengenai nasihat-nasihat yang berguna. Perkara yang kadang-kadang kita nampak remeh, tapi besar ganjarannya ataupun besar dosanya. Renungkan lah kata-kata yang memberi hidayah kepada kita kerana hidayah itu ada, cuma mahu terima ataupun tidak sahaja. Muhasabah diri dan amalkan perkara-perkara baik tidak akan merugikan.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

  • Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
  • Zuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
  • Asar: Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
  • Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
  • Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Ada 4 perkara dipandang sebagai IBU:

  1. Ibu dari segala UBAT adalah MAKAN SEDIKIT.
  2. Ibu dari segala ADAB adalah BERBICARA SEDIKIT.
  3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
  4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya:

  1. DUNIA itu racun, ZUHUD itu ubatnya.
  2. HARTA itu racun, ZAKAT itu ubatnya.
  3. PERKATAAN YANG SIA-SIA itu racun, ZIKIR itu ubatnya.
  4. SELURUH UMUR itu racun, TAAT itu ubatnya.
  5. SELURUH TAHUN itu racun, RAMADHAN itu ubatnya.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali:

  1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat menjawap pertanyaan kepada mereka.

4 Malaikat yang Bertugas ketika Anak Adam Sakit:

  1. Malaikat pertama akan mengambil selera makanannya.
  2. Malaikat kedua akan mengambil rezekinya.
  3. Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya (muka pucat).
  4. Malaikat keempat akan mengambil dosanya.

Apabila sampai waktu yang ALLAH SWT tetapkan untuk hambaNya supaya kembali sihat, ALLAH SWT akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi ALLAH SWT tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hambaNya tersebut. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Life Story

HIV Test Pra Perkahwinan Di Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam

Assalamualaikum,

Untuk persediaan perkahwinan, memang salah satu perkara wajib is ambil HIV Test. Syarat nak ambil HIV test is kena buat dekat-dekat dengan majlis perkahwinan sebab borang HIV test bertahan selama 6 BULAN SAHAJA. Kiranya boleh la buat 6 bulan sebelum ke, 3 bulan sebelum ke, gitulah. Tapi kebanyakan orang buat 3 bulan sebelum sebab to be save kan. Saya pilih untuk pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam. Meh saya bagitau langkah-langkah nak ambil HIV test dulu:

HIV TEST PRA PERKAHWINAN KLINIK KESIHATAN SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Notis Pemberitahuan Ujian HIV Pra-Perkahwinan KKM Seksyen 19
Image Googled: Notis Pemberitahuan Ujian HIV Pra-Perkahwinan

HARI: ISNIN – JUMAAT
MASA: START 10.00 PAGI
LIMIT BORANG : 30 BORANG / HARI (15 LELAKI 15 PEREMPUAN)
PROSES MASA: 1 JAM (DAPAT RESULT HARI TU JUGA)
KAUNTER: 4
LANGKAH-LANGKAH:

  • Pukul 10 pagi, ambil borang dekat kaunter 4.
  • Diberi 3 borang (borang hiv test, borang talasemia, borang pre-pregnancy test).
  • Isi borang-borang dulu (kalau boleh bawak pen sendiri).
  • After siap isi, ambil NO. dan pulangkan borang dekat kaunter 4 semula.
  • Tunggu NO. dipanggil. After NO. dipanggil, bayar RM1 dan ambil borang semula.
  • Pergi ke bilik 18 (bilik buat test). Letak borang diluar bilik 18 (ada tempat letak borang) dan tunggu NO. dipanggil.
  • Masuk bilik dan ambil darah (dekat lengan). Darah diguna untuk 2 test (HIV, Talasemia). Bilik 18 hanya HIV test sahaja, so doktor akan bagi satu tiub darah kita untuk diserahkan ke makmal untuk Talasemia test.
  • Pergi ke kaunter 20 (Makmal) untuk serahkan tiub tadi.
  • Tunggu dalam 5 – 10 minit dan nama akan dipanggil. Result talasemia test akan diberi (tapi baca result satu apa pun x paham, so tanya je terus doktor result ni ok ke x).
  • Pergi ke bilik 18 semula dan letakkan result Talasemia dekat tempat letak borang tadi. Tunggu NO. dipanggil.
  • Masuk bilik dan doktor akan serahkan borang biru (meaning you are negative HIV). Itu sahaja.
  • Borang biru ni la yang kena serahkan dekat pejabat agama nanti, so simpan baik-baik.

Ok meh saya cerita pasal camna saya buat HIV test ni. Saya duduk kat Shah Alam, so klinik kesihatan dekat sini memang ada 2 which are Klinik Kesihatan Seksyen 7 dan Klinik Kesihatan Seksyen 19. Mula-mula, saya decide nak pergi seksyen 7 punya sebab dekat dengan rumah. Tapi saya google info dekat internet kata yang dekat seksyen 7 buat HIV test start petang. So saya beralih arah ke klinik kesihatan seksyen 19 untuk walk in sebab memang x boleh buat temujanji. HIV test start pukul 10 pagi. Saya datang la dekat klinik pukul 7.30 pagi ingat boleh ambil borang and isi siap-siap sebab xnak berebut. Rupa-rupanya, borang diedarkan memang tepat pukul 10 pagi juga and masa tu macam berebut beratur dengan pasangan lain yang nak buat test juga. Penat je saya tunggu dekat 2 jam 30 minit kat klinik tu. Adoi laaa..

Pastu cerita pasal borang pula, ada 3 jenis borang diberi. 1 set borang untuk lelaki dan 1 set borang untuk perempuan. Gambar dibawah menunjukkan borang-borang yang akan dapat, belah kiri borang warna kuning untuk lelaki, manakala belah kanan borang warna pink untuk perempuan.

Borang-borang HIV Talasemia Pre-pregnancy Test
Image Googled: 3 Jenis Borang

1. HIV (Human Immunodeficiency Virus)

Borang mula-mula doktor bagi borang putih. Borang biru pula akan diberi kalau kita negatif HIV. If positif HIV, saya xtau dia bagi borang apa, tapi mesti akan ada waktu consultancy bersama doktor. Tapi masalahnya ramai yang x tau apa maksud borang biru tu. Sebab doktor bagi je borang tu x cakap apa-apa and terus suruh kita balik. So kena paham terus, borang biru means NEGATIF HIV.

Borang HIV Test
Saya punya borang HIV test

Ok, sedikit info tentang HIV:

HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat serius yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl.

HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti berkongsi suntikan jarum derma darah, terima darah yang dijangkiti HIV, berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, melakukan hubungan seks dengan pengidap HIV,atau daripada ibu pengidap HIV yang mengandung kepada anak yang dikandung.

2. Talasemia

Doktor sebenarnya nak check kita ni pembawa penyakit Talasemia ke tidak, itu je. Sebab if kita tau yang kita ni pembawa, akan effect anak kita nanti sebab penyakit talasemia ni penyakit keturunan. So, sedikit info mengenai Talasemia:

Penyakit Talasemia
Image Googled: Penyakit Keturunan Talasemia

Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

3. Pre-pregnancy

Pre-pregancy tu saya ingat kena buat ujian air kencing nak tengok kita mengandung ke tidak. Rupa-rupanya, just borang jawab soalan nak tengok if kita ada masalah-masalah untuk mengandung ke tak. Doktor xkan check benda-benda lain, kita just kena isi borang jawab soalan. Itu je.

Result HIV test saya, negatif! Result Talasemia test saya pula, saya bukan pembawa Talasemia! Alhamdulillah. Ok itu sahaja yang saya nak cerita pasal HIV Test Pra Perkahwinan yang saya buat. I’m going into the next step for isi Borang-borang perkahwinan pulak lepas ni. Sekian.