Posted in My Addin

Haruskah Soalan Lazim Ditanya

Assalamualaikum sahabat,

Disini saya ingin meneliti haruskah soalan-soalan lazim yg sentiasa kita dengar ditanya kepada kita sepanjang perjalanan hidup kita. Selalunya kan, bila dah lama kita tidak berjumpa, sama ada sanak saudara mahupun sahabat rapat, soalan-soalan lazim biasanya ditanya untuk tahu pasal perkembangan kehidupan kita. Selalunya kalau kita balik kampung la. Mesti sanak saudara akan tanya macam-macam. Berikut adalah soalan-soalan nya:

1. Baby Merangkak

  • “Bila dia nak pandai jalan?”

2. Baby Berjalan

  • “Bila dia nak pandai cakap?”

3. Masih Sekolah

  • “Tahun ni darjah / tingkatan berapa?”
  • “Tahun ni UPSR / PT3 / SPM?”

4. Budak Universiti

  • “Masuk U mana?”
  • “Bila habis belajar?”

5. Dah habis U

  • “Bila nak kerja?”
  • “Dah dapat kerja ke belum?”

6. Dah kerja

  • “Kerja kat mana?”

7. Single

  • “Bila nak kahwin?”
  • “Tunggu apa lagi?”
  • “Dah ada calon?”

8. Dah Kahwin

  • “Bila nak ada anak?”
  • “Dah ada anak ke belum?”

9. Dah ada anak

  • “Bila nak tambah?”

10. Anak dah besar

  • “Bila anak nak kahwin?”

11. Anak dah kahwin

  • “Bila nak ada cucu?”

….Dan berterusan sampai ke fasa-fasa berikutnya….

Mungkin bagi yg menanya cuma ingat hanya sekadar soalan biasa, namun bagi pihak yg ditanya, ini bukanlah soalan-soalan lazim tetapi ini adalah soalan-soalan sensitif. Kadang-kadang x perlu lah ditanya bila itu dan bila ini kerana yg tahu hanya Allah SWT. Dia Maha Mengetahui. Soalan-soalan di atas yg ditanya kepada kita adalah soalan-soalan takdir Ilahi.

Mungkin pada pandangan kita hanya sekadar ingin mengetahui perkembangan tetapi cukuplah sekadar lihat sahaja sudah tahu. Kadang-kadang, x payah tanya pun, mereka akan cerita sendiri perkembangan hidup mereka. Jangan sampai soalan-soalan kita mengguris hati pihak yg ditanya. Beringatlah. Sekian, wallahu a’lam.

Advertisements
Posted in My Addin

Surat Dari Ramadhan

SELAMAT TINGGAL
Semua…

Ramadhan Jangan Pergi
Image Googled: Ramadhan Jangan Pergi

Kamu kata AKU mulia,
Tapi kamu perlakukan AKU biasa-biasa sahaja.

Kamu kata AKU bulan turunnya Al-Quran,
Tapi mengapa kamu hanya membaca, dan hanya sibuk fikirkan Hari Raya.

Kamu kata AKU bulan ibadah,
Tapi mengapa ibadah yang kamu lakukan hanya tarawih sahaja.

Kamu kata AKU bulan keampunan,
Tapi mengapa kamu lebih asyik dengan gurauan.

Kamu kata pada AKU ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan,
Tapi mengapa kamu buat-buat tidak hairan.

AKU akan pergi,
Meninggalkan kamu untuk waktu yang lama,
11 bulan lagi pasti AKU akan kembali,
Tapi AKU tidak pasti apakah akan bertemu kamu lagi.

Rugilah kamu,
Sekiranya AKU pergi,
Tapi dosa kamu masih belum diampuni.

Yang Ikhlas,
RAMADHAN

Posted in My Life Story

Kuih Raya Oooo Kuih Raya

Assalamualaikum,

Yeah! Buat kuih raya lagi. Tiap2 tahun mesti buat kuih raya dengan mak. Kuih-kuih raya wajib yg mesti dibuat adalah “Kuih Barmisila” dan “Kuih Choc Chip”….Ni confirm ada tiap2 tahun. Adik saya pun mesti tolong juga buat kuih-kuih raya ni. Ye la tau je la lelaki mana nak turun dapur sgt. Tapi bila buat kuih raya, mesti adik tolong sbb tau seronok buat ramai-ramai.

Actually mmg la saya and mak saya buat kuih raya sama2, tapikan yg buat adunan kuih raya ni mak saya sorg je. So bahan2 dia saya memang x ingat. Saya tukang tepek2 atas loyang, tukang buat bentuk, decorate hiasan and tukang susun kuih raya dalam balang je. So agak2 if tahun depan boleh buat x sorg2 kuih2 raya ni…Oh no!…Nampak x, byk sgt bergantung pada emak sebenarnya. Tapi kan, bersyukur sgt dapat emak. Because, I want to become like her in sooo many ways. She is the best and always be!..hehehe….Ok time to share gambar kuih raya kitorg buat. Nah!

kuih-barmisila
Kuih Barmisila
kuih-choc-chip
Kuih Choc Chip

Haaa…Nampak menarik ke? Hehehe…Tiap2 tahun buat. Tapi untuk makan sendiri je. Xde la jual ke apa. X larat la nak buat byk2. Best sebenarnya buat kuih raya ni. Jangan asyik tau membeli je. X rasa suasana buat kuih raya ramai-ramai. Mmg best sgt sebenarnya. Tu je nak bgtau. Hahaha..Ok…Wassalam. Sekian.