Posted in My Addin

Erti Sebuah Pembaziran

Assalamualaikum,

Sebagai seorg perempuan, saya memang x lari dari sikap membeli ikut nafsu. Bak kata org, “Beli ikut kemampuan dan keperluan, bukan ikut nafsu”. Ya memang dah seringkali saya dengar ayat tu dari ramai orang. Cuma nak praktikkan tu agak susah sikit. Terutama dlm zaman era online shopping yg kuasa membeli ada dekat hujung jari sahaja. Click sekali je, dah beli barang pakai online banking. Sedar2, dalam bank dah xde duit dah.

OK. Bukan pasal online shopping yg saya nak cerita disini. Saya nak kupas sedikit tentang amalan pembaziran. Selalunya amalan pembaziran dikaitkan dengan hawa nafsu. Kadang-kadang, barang dekat rumah dah banyak dah, tapi bila kita keluar pergi shopping mall, kita nampak barang tu mcm cantik je, kita terus beli. Kita x sedar yg kadang2 kita x perlu pun semua tu. Cukup la sekadar yg ada. Kadang2 barang yg kita dah ada, masih elok, tapi mungkin rosak sedikit sahaja, kita terus buang. Lepas tu beli baru. Nampak x pembaziran berlaku dimana-mana sahaja sebenarnya, cuma kita je yg x perasan walaupun benda2 kecil sahaja.

Pembaziran Makanan
Image Googled: Pembaziran Makanan

Pembaziran dimana-mana sahaja tu ada banyak contoh. Pembaziran air, pembaziran elektrik, pembaziran makanan, pembaziran wang belanja, pembaziran harta dan sebagainya. Ini boleh dikategorikan sebagai pembaziran yg kita nampak dengan mata kasar kita. At least bila kita nampak, kita boleh elak or kawal lagi. Macam mana dengan pembaziran yg kita x nampak / yg kita x sedar pun pembaziran sedang berlaku?

Berikut merupakan beberapa pembaziran yg berlaku tanpa disedari manusia:

  1. Ilmu pengetahuan – membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
  2. Amalan – membazir jika dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas.
  3. Kekayaan – membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.
  4. Hati – membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
  5. Tubuh badan – membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
  6. Cinta – membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya
  7. Akal – membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
  8. Zikir – membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
  9. Masa – membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.

Banyak lagi yg kita x tahu tentang erti sebuah pembaziran. Kita kena ingat “Membazir itu adalah amalan syaitan”. Nak jadi kawan syaitan ke? X nak kan..Kalau kita lihat dalam kehidupan kita, saya rasa hampir semua orang mesti lakukan banyak pembaziran masa. Betul x? Kalau la kita tahu berapa lama masa kita ada dekat dunia ni, mesti kita x teragak2 untuk buang semua aspek pembaziran yg berlaku dalam kehidupan kita. Sebab itu la masa adalah aspek pembaziran yg paling penting dan harus digunakan sebaik-baiknya kerana masa yg hilang x kan kembali lagi. Sekian, wallahu a’lam.

Advertisements
Posted in My Life Story

Majlis Tahlil Arwah 100 Hari

Assalamualaikum,

16 Mei 2015. Sudah genap 100 hari pemergian arwah tok ayah kami, Haji Zachariah Bin Haji Mohd Noor. Niat dekat hati ayah saya memang untuk buat kenduri arwah untuk 4 org sebenarnya. Arwah tok ayah, atok, fuang dan makwang. Kiranya untuk arwah datuk and nenek kedua-dua belah parent saya la ni. Tapi sebenarnya ada tambahan nama dalam tahlil kami iaitu arwah alang, arwah paklong dan arwah ayah maksu. Kami jemput saudara-mara terdekat sahaja dan alhamdulillah ramai juga yg datang.

Agenda:

1. Baca Yassin dan Tahlil Arwah

2. Solat Isyak

3. Jamuan Makan

4. Surprise Birthday Maksu (disediakan oleh Paksu)

Alhamdulillah terlepas juga niat untuk buat kenduri tahlil untuk datuk2 dan nenek2 saya di rumah saya sendiri. Syukur. Ok time tu kongsi the gambar.

Ruang Tamu
Ruang Tamu Membaca Yasin dan Tahlil

Solat isyak diimamkan oleh cousin saya. First time ok dia jadi imam untuk kami. Sebelum ni org lain je selalu jadi imam. Tapi syukur kali ni dia pulak jadi imam. Bacaan cukup sedap dan merdu. Alhamdulillah.

Solat Isyak
Solat Isyak
Berdoa Selepas Isyak
Berdoa Selepas Isyak

Ni la makanan kenduri kami. Menu utama adalah nasi putih + ayam masak lemak + tomyam campur + paru goreng + telur dadar. Selain itu, ada laksa, kuih milo, dadih dan kuih-muih uda bawak.

Makanan Kenduri
Makanan Kenduri
Me, Ayah, Kakak Ipar, Adik
Me, Ayah, Kakak Ipar, Adik

Esok should be birthday maksu. So paksu saja buat surprise birthday after makan2 sementara ramai org datang kan. Baru best sikit sambut birthday.  Dapat la kek secret recipe Coklat Indulgence. Hehehe… Paksu siap kasi maksu hadiah lagi. Sweet giteewww…

Surprise Birthday untuk Maksu
Surprise Birthday Kek untuk Maksu

Selesai sudah majlis tahlil arwah kali ini. Semoga arwah-arwah ditempatkan di kalangan org yg mendapat keredhaan Allah SWT dan kurniaan syurga jannah. Amin…Sekian.

Posted in My Addin

Konsep Rezeki

Assalamualaikum,

Rezeki datang dari pelbagai aspek. Yang kita tau kunci rezeki setiap manusia terletak pada kuasa Allah SWT. Dia lah Yang Maha Pemurah dan Maha Memberi. Bentuk-bentuk rezeki yang diberi kepada kita ada macam-macam jenis. Duit, harta, keluarga, anak, masa, dan sebagainya. Tapi sekarang ni saya nak cerita pasal Konsep Rezeki.

1. Konsep Rezeki Pertama

Rezeki yang kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Konsep rezeki yang pertama ni satu perkara biasa la. Kita selalu nampak rezeki yang ni. Tapi ada sesetengah orang x berapa faham konsep rezeki yg pertama ni sebab terlampau malas nak bekerja. Tak nak usaha, tapi tau nak senang je. Konsep rezeki yg pertama ni sgt penting sebab ini adalah source income yg paling utama bagi setiap manusia. Bak kata pepatah “Usaha tangga kejayaan”.

2. Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak ataupun tiba-tiba handphone kita hilang, ataupun kita beri pinjam duit kepada orang lain. Selain itu, bersedekah, iaitu bahagian rezeki kita diberi kepada orang lain. Nampak macam bukan rezeki kita kan? Tapi sebenarnya ni rezeki Allah SWT kepada kita juga. Tujuan Allah SWT aturkan rezeki seperti ini adalah untuk menyucikan harta kita, ampunkan dosa kita dan beri nikmat yg lebih banyak lagi. Kita diuji dengan rezeki begini terlebih dahulu untuk mendapat rezeki yg lebih banyak lagi di masa hadapan. Tapi apa yg kita nampak dari rezeki seperti ini? Apa yg kita buat? Kita merungut, kita komplen, kita kata duit x cukup, kita kata asyik sesak je, kita kata apa la nasib aku kena musibah mcm ni dan macam2 lagi. Tiada nilai erti syukur diterapkan bila timpa musibah, padahal hikmat Allah SWT sangat la meluas.

3. Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita x usaha pun, tapi kita dapat. Cuba la bayang, x usaha sikit pun, dah dapat rezeki, betapa sayangnya Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Contoh rezeki seperti ini adalah tiba-tiba ada orang belanja kita makan, tiba-tiba banyak orang beli produk kita, tiba-tiba ada orang sponsor pergi bercuti dan sebagainya. Tak tahu tiba-tiba duit datang dari mana. Allah SWT bagi hadiah kepada kita walaupun kita x usaha. Seronok kan? Tapi pernah x kita nampak semua ni? Tanya diri, sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT yg melimpah luah ni?

Haaa…nampak x? Sekecil-kecil rezeki yg Allah SWT beri, sebesar-besarnya kita kena bersyukur. Malunya rasa diri ini kepada Allah SWT. Dekat sini saya nak kongsi sikit ayat seribu dinar. Ayat ini tertera janji Allah SWT akan memberikan jalan keluar dari setiap ujian, dan janji Allah akan memberikan rezeki dari arah yang x disangka-sangka, semuanya itu ditujukan bagi mereka yang bertakwa kepada Allah SWT.

ayat seribu dinar
Ayat Seribu Dinar : Image Googled

We always receive from Him, but we never give back. He is the only one who give you everything, your family, your soul mate, your friend,your wealth, your health and your breath. Its time. Give your thanks to Him, say “Thank You Allah” in your heart. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Dari Negatif Kepada Positif

Assalamualaikum,

Saya ingin mengupas mengenai pemikiran positif dan pemikiran negatif. Orang sebut ‘Negative thinker’ ataupun ‘Positive thinker’. Kalau kita lihat sekeliling, terlampau byk negatif thinker ni. Sebagai contoh, kalau ada org post something kat insta or FB, ada je komen2 buruk atau komen negatif yg depa semua tulis dulu. Tambah2 kalau org tu artis. Org selalu ckp “Tu melayu la tu asyik nak komen buruk2 je tu”. Saya bukan nak cakap org melayu je ye, xde pun nak sebut mana-mana kaum pun, sebab kita ni manusia, fitrah manusia yg banyak memikirkan negatif dulu baru yg positif. Astagfirullahalazim.

Ok. Bukan setakat itu sahaja ye. Banyak lagi aspek yg akan menjadikan kita negatif thinker ni. Hubungan kekeluargaan, hubungan sesama insan, dan hal-hal kecil yg kadang-kadang kita x perasan pun, boleh buatkan kita jadi negatif thinker. Cuba tanya diri, apa reaksi kita bila kita hadapi sesuatu masalah or isu? Apa yang kita pikirkan dulu? Reaksi baik ataupun buruk? Positif atau negatif?

Orang yg berfikiran negatif ni, dia akan bertindak dahulu tanpa fikir perasaan org lain dan tindakan nya pantas sebab dia bertindak sebelum fikir masak2. Fikiran negatif ni mcm racun yg memakan diri sendiri. Bagi dia, dia sahaja yg betul, orang lain semua salah. Sikap ego yg tebal akan timbul, bongkak dan dengki pun menebal dalam hati. Dia cepat terluka dgn apa org kata tentang dia, dan bertindak membalas balik perbuatan org kpd dia. Senang kata boleh jadi pendendam la. Kadang-kadang hasad dengki pun boleh timbul, sampai lidah dia berupaya menabur fitnah. Nampak x betapa byknya keburukan org berfikiran negatif ni?Haaa…takut juga tau.

Positive Thinking
Image Googled: Positive Thinking

Orang yg berfikiran positif pulak, dia fikir dulu sebelum bertindak. Hati dia tenang bila berhadapan dengan masalah. Cari jalan penyelesaian terbaik, then fikir apa kesan dari tindakan dia, then baru dia bertindak. Fikir yg baik-baik tentang org apa salahnya kan? Walaupun org tu byk sakitkan hati kita. Bukan setakat itu sahaja, org yg berfikiran positif siap boleh mendoakan lagi org yg buat salah kat dia tu supaya berubah. Senang kata seorg yg pemaaf dan sentiasa berhati mulia. Tambahan pula, bila positif ni, kita senang rasa rendah diri dan bersyukur dengan apa yg kita ada. Itu la sebaik-baik manusia.

So? Macam mana? Nak try x jadi org berfikiran positif? Cuba la…Try dulu dengan org yg paling kita x suka. Cakap dengan hati kita, “mungkin dia tu ada byk masalah kot, mungkin dia tu kurang kasih sayang kot, sebab tu la dia selalu sakitkan hati kita kot.” Bila dah positif mcm ni, senang je jadi pemaaf dan org tu bukan lagi jadi org yg paling kita x suka.

Kita kena ingat, inilah sifat-sifat yg diterapkan oleh Rasulullah SAW dahulu. Sifat-sifat yg patut diikut oleh kita sebagai umat dia. Be positif, x rugi satu sen pun. Hati tenteram, otak x pikir byk. Say to your heart, I can do this. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Life Story

My E-Day

Assalamualaikum,

3 May 2015. Another step has been taken. Ya, sekarang saya tunang org. Smiley face!! Saya rasa bertuah dan happy sgt2. Ok meh la saya cerita sikit.

Sebelum tarikh tunang tu sampai, saya spend dlm 3 weekends utk kemaskan rumah saya. Segala sudut rumah juga la saya vakum. Cuma yg paling memenatkan bila saya kena kemas skali rumah sewa seksyen 7. Rasa cam nak patah pinggang and kaki sakit juga la. Baru saya tau, if kenduri apa2 pun, kalau buat dekat rumah (especially kenduri kawin), memang penat giler nak kemas rumah ok!…So better buat dekat dewan je.

Sebut pasal hantaran pulak, the agreement was 3 balas 5. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum tunang, my bakal tunang tetiba kata ada penambahan lagi 2 hantaran pulak dah. Takkan jadi 5 balas 5 kot. So saya, ayah dan emak dengan paniknya, pergi kedai beli bunga, beli barang untuk tambah lg 2 hantaran. Last minit juga terpaksa decide apa lagi 2 benda nak dibuat hantaran. Huhuhu….So jadilah 5 berbalas 7. Fuh! Nasib baik sempat ok!!

Bila sampai hari yg dinanti-nantikan, cuak dia x payah cakap la. But I still try to act cool in front of everybody. Saya bangun pukul 6.00 pagi, solat and minta dimudahkan, tolong kat dapur apa yg patut dulu, then siap2 pukul 7.30 pagi. My cousin la yg jadi I punya mak andam. Dia make up kan saya memang tip top la. (I love u Cousin)…hehehe.

Pihak lelaki sampai pukul 11.15 pagi camtu, bincang2 then tau2 je saya disarungkan cincin tunang. Alhamdulillah! For the first time, all camera is on me! Mcm retis gitewww!!! Gugup tu sudah hilang bila toleh ke tepi je nampak si Dia tengah pandang saya disarung cincin. Hehehe….Ok tiba masa nk share gambar!!!

Pelamin Mini
Pelamin Mini
Barang Hantaran
Barang Hantaran
Pihak Lelaki Sampai
Pihak Lelaki Sampai
Sedang Berbincang
Sedang Berbincang
Sarung Cincin
Sarung Cincin
Mak & Bakal Mak Mertua
Mak & Bakal Mak Mertua
My Fiance
My Fiance
My Beloved Family
My Beloved Family

Selamat sudah Majlis Pertunangan saya. Alhamdulillah doa saya semoga majlis berjalan lancar dimakbulkan Allah SWT. Saya bersyukur sangat2. Semoga sampai ke jinjang pelamin alam perkahwinan pulak. Stay tune….Chewah!! Sekian.