Posted in My Addin

Kesilapan Ketika Selfie atau Wefie

Assalamualaikum,

Siapa x suka selfie? Sejak zaman instagram dicipta, di tambah dengan teknologi camera depan pada setiap handphone, hampir semua org berpeluang untuk ambil gambar selfie ataupun wefie. Sebelum tu, nak tanya, apa tu selfie? Apa tu wefie? Selfie adalah ambil gambar diri sendiri menggunakan camera depan handphone ataupun camera biasa. Wefie adalah ambil gambar beramai-ramai menggunakan camera handphone mahupun camera biasa.

Ok. Bila dah selfie atau wefie tu, gambar-gambar yg diupload akan mempunyai beberapa kesilapan. Meh kita tengok apa kesilapannya ye. Ambil iktibar sama-sama.

1. Batasan Pergaulan
Ketika bergambar tidak dijaga batas, berlaga-laga dan berebut-rebut nak masuk gambar bersama lain jantina.

2. Tiada Adab Sopan
Mengambil gambar sambil ketawa berdekah-dekah hingga mengganggu orang di sekeliling.

3. Riyak
Selfie adalah tujuan untuk bermegah-megah sehingga menimbulkan riyak dengan kemampuan diri lebih dari orang lain. Contoh: sebab muka cantik, asyik nak selfie je memanjang. Awas riyak! Bahaya dan memudaratkan.

4. Aurat Terdedah
Bergambar dalam keadaan aurat yang tidak lengkap tertutup. Kadang-kadang x perasan juga ternampak aurat, dah excited sgt terus upload.

5. Tidak Sensitif
Bergambar tidak kena pada tempatnya. Contoh: dalam musibah seperti banjir, kebakaran, ketika orang sedang solat, dan kawasan perkuburan.

6. Cari Perhatian
Ambil gambar selfie semata-mata menunggu komen dan mengharapkan like untuk gambar tersebut. Makin banyak like, makin banyak selfie la jawabnya.

Nampak x kawan-kawan? Betapa byknya kesilapan berselfie dan wefie ni? Bukan nak kata x boleh, tapi berwaspada la. Betulkan niat. Apa salahnya gmbar selfie kita tu dijadikan manfaat. Contoh letak caption yang berfaedah. Sekian, wallahu a’lam.

Advertisements
Posted in My Web Development

E-commerce Website Pakai Opencart

Saya rasa saya kena terang dulu apa itu e-commerce. E-commerce merupakan suatu cara yg digunakan untuk mempromosikan produk secara online. Website e-commerce pula adalah website yg membolehkan pelanggan membeli produk secara online dengan menggunakan pembayaran internet banking, debit/kredit kad dan lain-lain platform pembayaran elektronik.

Sekarang kan, kalau nak buat website e-commerce, banyak sgt platform or template yg boleh kita pakai untuk develop website. Tapi yg paling saya familiar adalah template Opencart.

Waktu saya mula2 develop website e-commerce, saya pakai opencart version 1.4 rasanya masa hujung tahun 2012. Lepas tu saya upgrade yg paling tinggi pun 1.5.5.1 masa tahun 2013 and 2014. Yang paling terbaru ialah saya pakai 2.0.0 punya version. Version yg terbaru ni sgt sesuai utk tgk website dlm device macam hp or tab sbb version 2.0.0 ke atas ni adalah version responsive template.

Ok meh saya terang kan tentang fungsi-fungsi yg ada dlm opencart.

Opencart E-commerce : Image google
Opencart 2.0.0 : Image google

1. Home Page
2. Category Page
3. Product Page
4. Information Page
5. Search Page
6. Cart List Page
7. Checkout Page

Posted in My Addin

Ruginya Kita Demi Masa

Assalamualaikum,

Di sini, saya ingin cerita tentang masa. Orang kata “Masa itu emas”. Tetapi sejauh manakah masa yg digunakan itu berbaloi dan terisi dengan benda berfaedah mahupun ibadat. Seketika, saya pernah terpikir, menyesal x saya dengan masa lalu saya? Apa yg saya buat selama ini ye? Cukup ke ibadat saya setakat ini? Orang slalu tanye, dh baca Al-Quran ke harini? Ala…xde masa la. Padahal, tengok tv, youtube, facebook, instagram berjam-jam boleh. Mana pergi masa-masa saya yg selama ini terbuang? Ya, saya mengaku. Masa saya byk habiskan pada platform teknologi zaman sekarang. Dan sudah tiba masanya, saya ubah keadaan itu.

Demi Masa
Image Googled: Demi Masa

Dalam Al-Quran, surah yg mengingatkan kita pada masa adalah surah Al-Asr (1-3)

“Demi masa…Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran”. Amin

Surah ini byk berpesan pada saya bahawa hidup saya tidak lama. Saya kena tahu tujuan hidup saya di dunia ini adalah untuk mentaati Allah SWT. Orang byk kata “You are born for this, you are born to do that”. Excuse me! Jangan lupa asal daripada siapa kita datang dan kepada siapa kita kembali.

Manusia diturunkan ke dunia untuk menghadapi ujian Allah SWT dalam masa yg sangat singkat sebenarnya. Cuma hanya bila di dunia sahaja kita rasa lamanya. Perbezaan waktu di akhirat dan di dunia tidak sama.

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia

24 jam akhirat = 1000 tahun dunia

12 jam akhirat = 500 tahun dunia

6 jam akhirat = 250 tahun dunia

3 jam akhirat = 125 tahun dunia

1 jam 30 minit akhirat = 62 tahun 6 bulan dunia

Kalau ditakdirkan Allah SWT, hidup saya hanya lah 40 tahun sahaja, ujian yg saya hadapi hanya bertahan selama 1 jam sahaja. 1 jam tu pun lagi sekejap daripada peperiksaan SPM. Cuba bayangkan kalau kita ambil peperiksaan PMR ke SPM ke, if kita x blaja rajin2, kita buat periksa pun x bagus, rasa menyesal x? Begitu juga dengan kehidupan kita, ujian hidup kita. Amalan kita yg melayakkan kita ke syurga atau neraka.

Demi masa yg singkat ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri, tengok balik diri kita. Mana kesilapan, perbetulkan la secepat mungkin. Manusia mmg lemah, tetapi manusia mampu untuk menjadi insan kuat di sisi Allah SWT. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Embun Hidayah

Assalamualaikum,

Embun hidayah adalah anugerah Allah SWT. Hidayah berkait dengan penghijrahan. Penghijrahan manusia dari yg tidak baik kepada yg lebih baik. Saya bukan hanya nak kata penghijrahan menutup aurat sahaja, namun penghijrahan merangkumi segala aspek kehidupan manusia dalam ke arah menjadi Muslim dan Muslimah sejati.

Hidayah memang milik Allah SWT. Dia berhak memberi kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Namun, tak perlu lah kita tunggu sahaja hidayah itu datang. Bak kata orang selalunya “Tak sampai seru lagi lah”. Sebenarnya, hidayah Allah SWT boleh dicari.

Di sini, saya ingin berkongsi satu lagu yg telah menyentuh jiwa saya semasa saya mendengarnya. Lagu Embun Hidayah dari kumpulan Hijjaz ini memberi makna yg sgt mendalam tentang hidayah Allah SWT.

Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah Rasulullah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH

Kalau sapa2 rajin, sila la download lagu ni. Dengar lah. Hayati lah. Semoga Embun Hidayah diberi kepada yg ingin berhijrah. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Pinjam Cara Baik, Pulang Cara Baik

Assalamualaikum,

Dalam kehidupan kita, mungkin kita diberi pinjam sesuatu barang atau benda. Bermaksud, kita diberi amanah untuk menggunakan sesuatu itu sebelum dipulangkan semula. Sebagai contoh, kita pinjam camera untuk pakai dalam masa sehari, kita jaga baik2, jgn terjatuh, guna dan selepas itu, pulangkan camera dalam keadaan baik seperti sewaktu kita meminjam tadi.

Sikap keprihatinan kita terhadap benda yg dipinjam akan menyenangkan org yg memberi pinjam. Disitu la akan timbul sikap saling mempercayai. Selain itu, org yg memberi pinjam juga tidak akan teragak-agak untuk meminjamkan benda lain pula kepada si peminjam pada masa akan datang.

Disini, saya ingin menceritakan kisah keadaan rumah sewa yang diberi sewa kepada student, dan keadaan rumah sewa tersebut apabila dipulangkan semula kepada tuan rumah.

Rumah Sewa Sebelum Disewa
Rumah Sewa Sebelum Disewa
Rumah Sewa Semasa Dipulangkan
Rumah Sewa Semasa Dipulangkan

Jika dilihat disini, siapakah yang susah? Siapakah yang akan tidak puas hati dengan sikap sambil lewa dan tidak prihatin seperti ini? Astagfirullah. Saya mengambil iktibar dari kejadian di atas ini, muhasabah diri. Rumah sewa diberi dalam keadaan kemas, teratur dan bersih. Hati kita pun rasa tenang je dapat rumah sewa seperti itu. Tapi jika mahu keluar, pulangkan la dalam keadaan yang sama. Supaya tuan rumah juga senang dengan kita. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Addin

Susahnya Sebut Assalamualaikum

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh merupakan ucapan salam dalam Bahasa Arab yang digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Dengan ucapan salam dapat mengeratkan silaturrahim di antara umat Islam, kerana dengan ucapan itu sebenarnya kita dah mendoakan kesejahteraan orang lain.

Ucapan Assalamualaikum bermaksud:
“Selamat sejahtera ke atasmu.”

Tapi kan, zaman sekarang, betapa susahnya nak dengar ucapan Assalamualaikum even sesama Muslim. Saya pun dulu begitu juga. Saya akui diri sendiri, jumpa orang je cakap Hi. “Hi, korang” camtu la selalunya saya sebut. Bahasa SMS, Whatsapp, Skype or apa sekalipun sosial media platform, selalu juga perbualan saya dimulakan dengan Hi. Bukan setakat Hi je. Saya kalau sampai opis pagi-pagi, semua orang sebut “Morning”. Saya pun balas “Good morning”.

Susahnya dengar ucapan Assalamualaikum. Saya pun mula sedar sekarang. Sebaik-baik salam ialah Assalamulaikum. Bukan setakat beri salam, mendoakan orang lagi + dapat pahala lagi. Tak ke bonus tu pagi-pagi sebut Assalamulaikum dah dapat pahala?…Orang selalu kata “If x jawab salam berdosa tau”…Tapi cuba fikir, berapa ramai orang yang memberi salam sebenarnya? Renung-renungkan la. Sekian, wallahu a’lam.

Posted in My Life Story

Membeli Barang Untuk Tunang

Harini saya pergi ke kedai CT Handicraft seksyen 18 Shah Alam. Banyak sangat bunga-bunga dekat sana untuk buat gubahan hantaran. Rambang mata pun ada. Ye la, persiapan untuk tunang ada masa lagi 3 minggu je. So kena cepat-cepat beli barang dulu la kan. Nanti last minit beli rushing pulak. So pergi siap-siap dengan mak, abang and kakak ipar saya.

Nak dicerita dekat sini, saya ni memang x berapa kreatif sangat. Saya x pandai gubah-gubah bunga. Even idea nak taruk or combine color bunga pun x reti. Syukur alhamdulillah ada mak and kakak ipar saya yang banyak membantu. Mak saya incharge of gubahan hantaran, kakak ipar saya pulak incharge of bunga-bunga untuk buat backdrop and pasu dekat tepi pelamin mini ciptaan kami. Ni la dia design yang kakak ipar saya buat. Pakai photoshop dulu. Yang betul kena tunggu hari tunang baru siap. Hehehe…

Design Backdrop Majlis Tunang

Sebenarnya banyak kedai kitorg pergi tadi, sampai kaki saya pun sakit-sakit jalan. Maklum la, umur pun dah 26, bukannya muda sangat lagi. Hehe.. Tapi syukur alhamdulillah, berkat sabar, insha Allah semoga Allah SWT permudahkan segala urusan saya dimajlis tunang saya nanti. 3 May 2015, another step is happening…Nervous pulak. Ok Sekian.