Posted in My Second Born

Jantina Anak Kedua

Assalamualaikum,

Sekarang ni saya dah 23 weeks pregnant. So, saya memang excited sangat nak tahu anak lelaki ke anak perempuan. Kira nak pergi klinik swasta la untuk scan jantina baby, sebab dekat Klinik Kesihatan mana ada scan jantina punya service. Masa anak sulong saya dulu, saya pergi scan 2D je untuk tahu jantina dia. Kali ni pulak, saya teringin la try scan 3D/4D yang nampak muka baby tu.

Saya bagitahu suami nak pergi scan (hari ahad kot saya nak pergi scan), so dia pun bawak la saya pergi dekat Klinik As-Salam, Bandar Baru Bangi. Pakej 3D/4D (bukan detail scan) dia memang berpatutan la siap ada promo free scan live 5D lagi. Tapi kena booking dulu dan tarikh yang available nya minggu seterusnya. Saya memang just nak walk-in je sebab saya bukan selalu ada dekat bangi pun (saya dok Shah Alam, suami dok bangi, buat sementara waktu).

Saya dan suami terpaksa la mencari beberapa klinik dekat area Bandar Baru Bangi yang ada perkhidmatan scan, tapi ada yang mahal sangat dan ada yang kena booking untuk tarikh weekdays. Dengan rasa kecewa, ingat x dapat pegi scan lagi, so balik la menuju ke area Bandar Seri Putra (rumah suami), cari klinik dekat sana pulak. Tengok dekat Poliklinik An-Nur pun hari ahad xde scan.

Last-last menuju ke area Bukit Mahkota. Terpandang satu klinik bernama Poliklinik Mahkota dan cuba tanya. Mereka ada scan 2D je dan harga scan pun RM45 jerrrr.
Murah la tu sebab niat kami nak tahu jantina je, bukan nak buat detail scan pun. So dengan berdebarnya saya masuk, dan lihat sendiri jantina anak saya. Hehehehe…Tapi x boleh la bagitahu lagi kan jantina nya apa sebab x surprise la kan. Kita tunggu masa dia lahir je la nanti. Insha Allah harap-harap betul la tu jantina nya. Amin…Let’s see the picture now !!!

angah
Angah

Alhamdulillah, baby sihat. Tahap tumbesaran dia pun memang betul-betul cantik 23 weeks, dan berat dia 669g. Disebabkan saya ibu with GDM, so saya mengharap la baby kali ni x sebesar abang sulong dia (lahir 3.45kg). Doakan saya ye. Sekian.

Advertisements
Posted in My Addin

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Setiap anak adalah anugerah Tuhan yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai ibubapa untuk mencorak kehidupan mereka. Kita hendaklah mendidik anak-anak kita dengan cara terbaik dan cara terbaik untuk mendidik anak-anak semestinyalah dengan mengikut cara-cara Rasulullah SAW. Berikut adalah 4 tahap mendidik anak mengikut sunnah:

1. Umur anak-anak 0-6 tahun (layan anak-anak seperti seorang raja)

Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk MEMANJAKAN, MENGASIHI dan MENYAYANGI anak dengan kasih sayang yg tiada batasan. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian daripada masa membesar mereka dan boleh dianggap sebagai rakan / rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang kita sebagai ibubapa selalu ada disisi mereka setiap masa.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun (layan anak-anak seperti seorang hamba)

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam AS.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang Muslim ataupun tidak.

3. Umur anak-anak 15- 21 tahun (layan anak-anak seperti seorang kawan)

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan haid mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau orang asing akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada dirumah bersama keluarga.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas (layan anak-anak sebagai orang dewasa)

Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Sekian, wallahu a’lam.

(Copy & Paste from website lain)

Posted in My Life Story

Happy 2nd Anniversary

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah genap 2 tahun usia perkahwinan saya dan suami pada tanggal 26 Disember 2017. Sepanjang 2 tahun ni, banyak yang saya belajar sebagai seorang isteri dan ibu. Asam garam rumah tangga bersama kehadiran anak sangat mencabar dan memerlukan kerjasama antara suami dan isteri. Saya masih lagi bersyukur di atas kurniaan Allah SWT iaitu suami saya tercinta. Setahun yang lalu, saya dalam proses mengenali suami sebagai seorang suami, tahun ni pulak, saya mengenali suami sebagai seorang abah yang penyayang, tegas dan selalu mendidik saya dan anak saya untuk jadi lebih baik.

Ok, untuk tahun ni, kami berdua plan nak buat candle light dinner. Dekat sebulan juga la saya mencari restoran yang ada sediakan servis buat hiasan candle light ni. Kira nak cari pakej terus la sekali dengan dinner, hiasan, kek dan sebagainya. Saya cari area Shah Alam, Bangi, Kuala Lumpur dan area berdekatan. Tapi serius, candle light dinner punya servis memang mahal kot. Kalau ikutkan, nak candle light dinner dekat Laman Grill tapi untuk set up hiasan dan pakej dinner dia mau dekat RM400++. So saya pun cadangkan dekat suami saya yang kita buat candle light dinner dekat Little White Cafe, Bangi je la.

Suami saya pun survey harga dekat Little White Cafe tu, harga dia boleh tahan jugak la dan masih dalam budget kami. So, seminggu sebelum tarikh anniversary kami, suami saya dah siap-siap book candle light dinner dekat situ. Tarikh anniversary saya jatuh pada hari Selasa. So kebetulan saya ada check up pregnancy haritu, so saya boleh la amik half day petang untuk pergi check up sekejap, then balik pergi la candle light dinner. Anak saya pulak, saya dah bagitau pengasuh saya siap-siap untuk jaga extra hour, kira kami amik anak kami after candle light dinner la. Tetapi, apa yang dirancang memang tak menjadi kenyataan. Memang tiada dalam jangkaan kami yang anak kami akan demam hari Isnin, sehari sebelum hari anniversari kami. Demam panas pulak tu suhu tinggi sampai mencecah 40 darjah celsius. Demam dia berlarutan sampai masa nak candle light dinner tu, suami saya terus call restoran kata cancel. Malam tu, kami bawak anak ke klinik dan doktor sarankan check dekat hospital amik darah, sebab takut kena denggi.

Masa hari Rabu, keesokkan hari after anniversary kami, anak saya masih demam lagi, saya bawak pegi ke hospital, tapi hospital kata bukan denggi cuma platlet je makin turun, just kata kat kami jangan risau, mungkin ini demam virus. So kami lega la sikit bukan denggi. Kebetulan suhu badan anak saya dah turun sikit, so saya cakap kat suami jom je la kita celebrate anniversari sekejap pegi makan kat mana-mana pun jadi la. So saya hantar anak saya dekat pengasuh untuk jaga sekejap masa tengahari tu dan suami saya bawak saya pegi makan kat satu restoran.

Mula-mula, suami kata nak tengok wayang, so saya setuju je la, maybe pegi makan dekat restoran dalam IOI City Mall ke kan, sebab dekat dengan rumah kami. Tapi suami saya bawak ke arah lain, drive ke arah Shah Alam. Mula-mula saya diam je, maybe nak makan area Shah Alam kot, then suami saya kata nak pegi tengok wayang dekat Space U8 je kot. So saya pun xde la syak apa-apa. Sekali bila nak dekat sampai kat sebuah restoran, suami saya berhenti dekat Restoran Laman Grill Shah Alam. Bukan main terkejut saya, siap tanya lagi betul ke ni kita nak makan kat sini? Suami saya kata ni je surprise yang mampu dia buat untuk saya dalam short time. Tapi dia kata xde la candle light ke apa, just makan lunch je. Saya pun masuk dengan senang hati nak makan kat Laman Grill for the first time. Excited ok, restoran mahal kot. Bukan selalu dapat. Jom tengok gambar kami pulak. Hehehe…

2nd Anniversary 1
Restoran Laman Grill Shah Alam
2nd Anniversary 2
Dekorasi dalam restoran
2nd Anniversary 3
Chef Zubir – Owner Restoran Laman Grill
2nd Anniversary 4
Ni bukan table kami tapi orang lain punya table yg ada deko untuk candle light dinner
2nd Anniversary 5
Dah nak pilih menu
2nd Anniversary 6
Saya suruh suami pilih menu
2nd Anniversary 7
Sup Oxtail – saya yang nak
2nd Anniversary 8
Pink Guava Juice dan Lime Juice
2nd Anniversary 9
Mixed Grill untuk 2 pax – ada hotdog, kambing, ayam, lembu, mash potato, onion ring, roti, sayur, sos bbq dan sos blackpaper
2nd Anniversary 10
Meja kami – Happy 2nd Anniversary !!!

Overall, makanan kami sangat sedap ok !!! Alhamdulillah, kali ni kami dapat celebrate anniversary kami dengan gaya yang betul. Hahaha… Saya dan suami bersyukur hubungan kami masih kukuh dan insha Allah, tahun seterusnya punya anniversary, kami sekeluarga dah berjumlah 4 orang semuanya. New baby is coming this May 2018 !!! Hehehe… Kami jadi parents with 2 kids pulak. Sekian cerita saya. Assalamualaikum.

Posted in My Life Story, My Second Born

Kurniaan Anak Kedua

Assalamualaikum,

7 bulan yang lalu, saya telah melahirkan anak sulung saya, Wan Muhammad Fateh. Alhamdulillah, kini saya dikurniakan lagi seorang anak. Saya kini hamil anak kedua pulak (baru 10 weeks). Walaupun agak terkejut sebab tak dirancang dan tak diduga, saya dan suami masih bersyukur dengan kurniaan dari-Nya. Jarak anak pertama dan anak kedua ini, insha Allah 1 tahun 2 bulan. Jarak yang terlalu dekat sebenarnya. Huhuhu…

Kurniaan Anak Kedua

Haritu (31.10.2017), saya pergi la buat buku pink macam biasa dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA). Seperti disangka, saya telah dibebel oleh nurse yang bertanggungjawab jaga saya. Dia kata terlampau dekat jarak anak ni dan disebabkan sejarah kehamilan yang lalu saya ada kencing manis semasa hamil (GDM on DC), nurse kata saya punya kehamilan kali ni mungkin berisiko juga. So, untuk check up bulan yang seterusnya, saya disuruh minum air gula siap-siap untuk tahu saya masih lagi ibu GDM ke tidak.

Saya tawakal dan redha je la jika saya masih lagi ibu GDM namun saya perlu berhati-hati sikit kali ni sebab saya rasa badan agak lemah sedikit berbanding dahulu. Mungkin sebab badan saya masih belum pulih daripada kehamilan pertama, dah terus melekat anak kedua pulak, jadi saya rasa letih sentiasa. Morning sickness kali ni pun berbeza berbanding dahulu. Saya kerap rasa mual dan nak termuntah setiap hari. Dulu, bila mengandung anak pertama, saya mual dan muntah dalam masa 2 minggu sahaja selepas itu stop. Kali ni macam lama sikit.

Lagi satu, badan saya rasa terlampau letih sangat sebab anak pertama saya masih kecil (7 bulan). Malam-malam, tido saya terganggu juga la kalau anak menangis nak susu. So, saya rasa saya tidak dapat rehat yang cukup. Saya kesian juga dekat anak pertama saya. Bila mengandung, susu badan akan drop, so anak pertama saya tak dapat menyusu sangat sekarang. Nak buat macam mana, anak kedua tetap rezeki Allah nak bagi.

Doakan saya pregnancy kali ni berjalan dengan lancar dan semoga saya dapat melahirkan anak kedua ini dengan mudah, insha Allah. Semoga anak kedua saya sihat-sihat sentiasa di dalam perut ibu ni, buat masa ni…Sekian.

Posted in My Life Story

Persediaan Untuk Solid Food Baby

Assalamualaikum,

Setelah 6 bulan berlalu, akhirnya anak saya dah boleh start makan solid food. Hari yang ditunggu telah pun tiba. Namun, apa persediaan yang saya lakukan sebelum bagi anak saya makan solid food? Banyak benda yang saya kena beli untuk get ready. Ada barang yang saya dah ada, dan ada juga saya kena beli. So, saya buat keputusan untuk pergi TCE Expo sebab kat sana barang-barang baby sangat murah. Ada juga barang yang saya beli dekat Lazada je. Jom tengok barang-barangnya !

1. Kerusi Baby (barang dah ada)

Kerusi baby untuk duduk dan makan ni, saya ada terfikir untuk x beli sebenarnya. Ada juga masa tertentu saya fikir macam penting je kerusi baby ni. Saya ingat nak beli lepas anak saya dah start makan, tapi rezeki saya dapat kerusi baby ni free je. Abang dan kakak ipar hadiahkan anak saya kerusi baby jenama Ingenuity warna merah. Mahal kot kerusi ni. Tapi alhamdulillah at least saya x payah keluarkan duit banyak, jimat duit saya. Hahahaha… Kerusi baby ni support baby yang masih belum boleh duduk dengan sendiri. Jadi sangat sesuai untuk anak saya sebab memang dia belum boleh duduk lagi. Ada tali pinggang dan ada meja kecil yang boleh disorok. Kalau nk tau lebih lanjut, google la features kerusi ni.

Kerusi Baby Ingenuity
Image Googled: Kerusi Baby Ingenuity

2. Blender (barang dah ada)

Mula-mula, saya ingat nak beli blender baby bullet, sebab nampak sangat menarik blendernya dan ada set sekali dengan food storage bagai. Tapi bila saya suarakan kepada suami saya untuk beli blender tu, suami saya x kasi beli. Dia suruh pakai blender kami yang dah sedia ada iaitu Hand Blender Phillips. Actually blender ni saya dapat sebagai hadiah masa kenduri kahwin saya dan suami. So dari terbiar dalam stor, baik pakai blender ni je untuk buat solid food anak saya. Blender ni memang bagus buat jus untuk orang dewasa, tapi untuk baby, buat puree pun boleh sebab blender ni memang blend makanan sampai hancur.

Hand Blender Phillips
Image Googled: Hand Blender Phillips

3. Food Storage (beli dekat TCE Expo)

Saya memang peminat produk Autumnz sebenarnya. Kalau boleh semua produk Autumnz saya nak beli. So, bila dah tau kena ada food storage untuk isi semua puree baby, saya beli EASY Breastmilk & Baby Food Storage Cups 2oz (Plum). Saya beli food storage ni dekat TCE Expo. Dekat sana harga memang murah kan. Food storage fungsinya adalah untuk simpan makanan puree baby di dalam peti ice bahagian chiller ataupun bahagian frozen. Food storage autumnz ni memang bagus sebab ada penutup dan tempat stack supaya jimat ruang dalam peti ice.

Autumnz Food Storage
Image Googled: Autumnz Food Storage

4. Food Jar (beli dekat TCE Expo)

Ok yang ni x perlu beli pun xpe sebenarnya. Food jar yang saya beli adalah jenama Autumnz juga iaitu Autumnz Stainless Steel Food Jar 450ml (Metallic Burgundy). Tujuan saya beli food jar ini sebab saya ingat nanti nak masak bubur nasi banyak dan kasi kepada pengasuh saya. Kiranya x payah frozen la bubur nasi sebab nak masak bubur hari-hari. Kasi anak saya makan bubur nasi panas-panas. Buat masa ni saya x guna lagi. Tapi saya yakin saya akan pakai banyak kali juga di kemudian hari.

Autumnz Food Jar
Image Googled: Autumnz Food Jar

5. Sudu dan Mangkuk Baby (beli dekat TCE Expo)

Dah kata nak makan, xkan xde mangkuk dan sudu kan. Saya jalan semua booth TCE Expo nak mencari sudu dan mangkuk yang saya rasa sesuai untuk anak saya. Mula-mula, saya ingat nak beli sudu dan suction bowl jenama Tommee Tippee Explora tapi mahal la pulak. So, saya cari yang lain, kalau boleh nak mangkuk yang ada penutup dan sudu sendiri, supaya nak bawak travel ke, pergi keluar shopping ke, senang sikit ada penutup. Saya xtau sudu dan mangkuk yang saya beli jenama apa. Tapi sama seperti dalam gambar dibawah, cuma saya punya warna putih dan ada logo lain.

Sudu Dan Mangkuk
Image Googled: Sudu Dan Mangkuk

6. Bib Plastik (beli dekat TCE Expo)

Anak saya memang lasak sikit sebab dia boy kan. So, saya beli bib yang plastik punya siap-siap. Saya ada juga terfikir nak beli yang kain soft punya tapi nanti kena basuh dan keringkan pulak. Beli yang plastik punya je senang, lepas makan tumpah-tumpah, cuci pakai air then keringkan pakai tisu je dah boleh guna semula. Bib plastik ni saya beli dekat TCE Expo, sangat banyak orang jual benda ni. Saya beli 2 bib, satu untuk kegunaan pengasuh (bib design teddy bear) dan satu lagi untuk saya guna (bib design panda seperti gambar di bawah).

Bib Plastik
Image Googled: Bib Plastik

7. Silicone Baby Squeeze Spoon & Food Feeder (beli dekat Lazada)

Silicone baby squeeze spoon dan food feeder ni, saya cari juga dekat TCE Expo tapi saya x jumpa pulak. Saya cari juga dekat kedai jual barang baby, tapi mahal sikit dari dekat Lazada. Lazada ada jual satu-satu juga tapi saya beli pakej 2 benda dalam satu harga terus. Silicone baby squeeze spoon saya beli untuk bawak puree masa travel. Senang x payah bawak sudu dan mangkuk. Food feeder yang macam puting tu pulak, saya nak train anak saya makan sendiri. Nak taruk buah dalam tu supaya dia gigit-gigit ke, hisap ke, tapi pegang sendiri. Boleh juga bawak travel tu, senang x tumpah makanan.

Silicone Baby Squeeze Spoon and Food Feeder
Image Googled: Silicone Baby Squeeze Spoon and Food Feeder

8. Food Warmer (beli dekat Lazada)

Last but not least, mesti la beli food warmer dan mesti la saya beli jenama Autumnz juga. Hehehe… Actually saya beli yang 2 in 1 punya iaitu Autumnz Home & Car Bottle Warmer (Blue). Saya penah cari dekat TCE Expo tapi bila banding harga macam dekat Lazada lagi murah, so saya beli dekat Lazada je. Saya beli dah lama dah, masa anak saya baru lahir lagi dah beli. Sebab fungsi dia untuk panaskan susu dalam bottle (EBM), so tu yang beli awal. Tapi dia ada fungsi lain juga, untuk panaskan makanan baby. Siap ada mangkuk baby diberi untuk panaskan puree. Lagi satu kelebihan produk ni, boleh pakai dekat rumah dan dalam kereta. Ada diberi plug untuk cucuk dalam kereta juga. Bagus kan.

Autumnz Food Warmer
Image Googled: Autumnz Food Warmer

Itu sahaja barang-barang yang diperlukan untuk saya menyiapkan anak saya dengan solid food. Bila anak dah start makan solid food kan, kita rasa seronok sangat. Kita pun rasa gembira je sediakan makanan yang kita buat sendiri. Bagi saya, selagi berdaya, saya tetap nak buat sendiri makanan untuk anak saya. Air tangan ibu la katakan. Hehehe…At least, bila kita buat sendiri, kita tau kandungan makanan yang kita beri pada anak. If beli yang instant atau yang orang buat frozen tu, x sure lagi fresh atau apa kandungan bahannya, ye tak? Itu sahaja, sekian.

Posted in My Travel

Travel Honeymoon 2 – Langkawi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat juga pergi Langkawi. Tahun ini,saya dan suami memang xde merancang pun untuk pergi Langkawi. Sepatutnya, nak pergi Langkawi untuk honeymoon pertama dulu. Tapi x jadi pergi dulu sebab kami kawin bulan 12, takut musim hujan. Saya suara kan dekat suami hasrat nak pergi travel ke Langkawi dan suami saya pun setuju.

Saya kan dah lepas beranak, dan anak saya pun dah 5 bulan, so suami saya kata boleh la kalau nak naik flight. So saya booking tiket flight masa bulan Julai dan masa tu Malindo Air ada tiket ekonomi promo. Alhamdulillah…

Date: 9 Sept – 11 Sept 2017
Purpose: Honeymoon (tapi with baby)
Flight Company: Malindo Air

Flight Depart: KLIA1 – Langkawi Airport
Time: 1205 (tapi flight retimed 1405)

Flight Return: Langkawi Airport – KLIA1
Time: 1735 (tapi flight retimed 1935)

Day 1 (9 September 2017)

  • Bertolak ke Langkawi naik flight dekat KLIA1
  • Sampai ke Langkawi Airport
  • Tunggu naik kereta sewa

Saya mintak tolong adik-adik saya untuk hantar saya ke airport, so pagi tu dalam pukul 10.00 pagi adik-adik saya sampai rumah saya, then kami bertolak ke KLIA1 dalam pukul 10.30 pagi. Sampai di KLIA1 dalam pukul 11.15 pagi, then saya, suami dan anak saya terus check in bagasi kami. Tapi flight kami yang sepatutnya pukul 12.00 tengahari dah retimed ke pukul 2.00 petang, so suami cakap jom la pergi makan dulu. Saya pun ajak je la makan dekat McD je untuk isi perut sebelum naik flight. Dalam flight, alhamdulillah anak saya tido sahaja sepanjang 1 jam perjalanan. Lega kot !!! Dah sampai dekat Langkawi Airport tu, kami pun tunggu kereta sewa sampai dekat bahagian arrival. Dah booking kereta sewa siap2 dah, so senang.

  • Bergerak ke Pantai Chenang
  • Hotel Langgura Baron Resort dekat Pantai Chenang

Lepas tu kami bergerak terus ke Pantai Chenang untuk check in hotel. Perjalanan ambil masa dalam 10 minit je dari Langkawi Airport. Kami check in di Hotel Langgura Baron Resort. Hotel ni dekat sangat dengan pantai. Jalan kaki depan sikit je dah sampai pantai. Kawasan Pantai Chenang ni memang banyak kedai, banyak hotel dan banyak sangat restoran. Hotel saya pulak betul-betul sebelah Chenang Plaza dan berdekatan dengan The Zone dan Underwater World. Terbaik la.

  • Jalan-jalan di Pantai Chenang
  • Candle light dinner di Restoran

After check in, saya dan suami pergi jalan-jalan dekat Pantai Chenang. Suasana pantai sangat meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Ada yang main volley ball beach, ada yang mandi manda, ada yang naik banana boat, ada yang naik payung terjun ikat dekat boat, best kot. Saya dan suami x dapat la mandi sebab ada anak kecik kan. So, kami jalan je. Kebetulan pulak nampak orang jual kelapa muda dekat situ, so kami pun beli la satu nak rasa. Sedapnya minum air kelapa muda dekat tepi pantai. Dekat pantai ni juga ada satu restoran dekat hujung buat candle light dinner. Sebab nampak macam menarik, so kami pun decide makan dekat sini. Kalau yang candle light + perhiasan meja cantik, kena bayar RM50, x termasuk harga makanan lagi. Tapi kami duduk dekat meja biasa je, tapi ada juga lilin kat tengah2 meja. Jadilah ! Walaupun mahal makanan dekat sini, tapi berbaloi. Then kami balik ke hotel je sebab dah malam.

Langkawi Trip - 1Di KLIA1 Langkawi Trip - 2Dalam kapal terbang
Langkawi Trip - 3Hotel kami Langgura Baron Resort Langkawi Trip - 4Pantai Chenang ramai orang
Langkawi Trip - 5Ada signboard Langkawi lah ! Langkawi Trip - 6Candle light dinner tepi pantai

Day 2 (10 September 2017)

  • Breakfast suami cari nasi lemak di kedai area hotel
  • Berjalan di Oriental Village dan Panorama Langkawi (SkyCab, SkyRex, 3D Art Gallery)

Pukul 7.30 pagi, suami saya turun bawah cari breakfast nasi lemak di kedai-kedai berdekatan. Tapi rupa-rupanya, kedai area Pantai Chenang ni bukak lambat. Suami saya jalan jauh sikit untuk cari nasi lemak. Maklumlah, hotel kami xde restoran yang sediakan breakfast. Suami jumpa juga nasi lemak tapi mahal punya (RM4.50). Saya tanya kenapa mahal sangat nasi lemaknya, rupa-rupanya suami pegi beli dekat cafe. Patut lah mahal, tapi serius berbaloi sebab sedap sangat-sangat. Cafe apa saya dah lupa dah namanya.

Lepas breakfast, kami bertolak ke Oriental Village. Oriental Village ni macam open air komplex dan pemandangan tempat ni sangat cantik. Ada banyak kedai dan stalls yang jual baju, souvenirs, barang kraftangan dan lain-lain. Dekat sini lah terletaknya Panorama Langkawi seperti SkyCab (cable car), SkyDome, SkyRex, 3D Art Gallery dan macam-macam lagi. Saya dah siap2 beli tiket online untuk naik cable car ni. So, saya beli tiket Basic Package – RM40 / pax (inclusive skycab, skydome, skyrex, 3D art gallery).

Kami naik SkyCab (cable car) dulu, sebab takut ramai orang. Masa naik tu, suami saya memang gayat dan saya pulak so-so je. Dah sampai kat Midlle Station, kami pun turun untuk amik gambar. Masa ni nampak lagi pemandangan yang sangat cantik sebab Gunung Machinchang ni memang tinggi. Lepas beberapa minit, kabus terus menyelubungi kami dan start rasa sejuk sangat. Tetiba, hujan turun pulak dah. Kami terus naik cable car ke Top Station yang ada SkyBridge tu. Dekat Top Station, hujan turun dengan lebatnya, buatkan kami tersangkut nak naik ke SkyBistro (restoran makan). Tapi ada kedai jual jajan, kami beli hotcup megi dan duduk dekat tangga makan megi panas-panas. Bila hujan renyai, kami naik duduk di SkyBistro untuk sambung makan megi. Hahaha…Lepas tu kami turun tangga balik untuk pergi ke SkyBridge (jambatan gantung). Dekat sini, kena bayar extra RM15 naik SkyGlide dan kalau nak jalan kaki ke SkyBridge, kena bayar RM5. Saya dan suami tak jadi pergi SkyBridge sebab hujan dan suami kata tak berbaloi bayar duit tapi tak nampak apa-apa dekat SkyBridge sebab kabus dan hujan. Lepas tu, kami pun turun semula ke bawah dengan perasaan sedikit hampa.

Bila sampai di bawah, kami terus masuk ke 3D Art Gallery. Memang banyak gambar 3D yang sangat menarik. Saya memang excited amik gambar dekat sini. 3D Art Gallery ni, lebih kurang sama gambarnya dengan 3D Art Gallery yang saya pergi di Bangkok, Thailand tahun lepas. Tapi yang paling menarik di sini, ada persembahan 3D show iaitu gambar 3D bergerak. Lampu akan dipadam dan gambar 3D bergerak tu nampak berwarna-warni dan cantik sangat.

Kami pun sambung masuk ke SkyRex pulak. Sebab semua dalam Basic Package, saya masuk semua la kan. Hehehehe…Tapi dekat SkyRex ni, anak saya tak dibenarkan masuk sebab peraturan kanak-kanak bawah 2 tahun memang tak boleh masuk. So, saya terpaksa masuk bergilir-gilir dengan suami saya. SkyRex ni macam wayang simulation 3D. Kena pakai cermin mata 3D tu, then duduk dalam kenderaan. Lepas tu, mulalah kenderaan tu bergerak setempat ikut simulation tu. Simulationnya adalah mengenai journey ke Taman Dinosour. Memang rasa real sangat-sangat, terutama masa kena kejar dengan T-Rex. Huhuhuhu….5 minit je journey nya tapi best giler !!!

Last sekali, saya sepatutnya masuk ke SkyDome, tapi sebab dah dekat pukul 2.00 petang dan kami lapar tak makan lunch lagi, saya dan suami buat keputusan untuk tak masuk. Lagi satu, masa nak masuk SkyDome, SkyDome tutup sekejap untuk orang yang handle pergi berehat dan bukak balik pukul 3.00 petang. Saya dan suami tak larat nak tunggu lama, lagipun lapar, so kami burn je tiket pegi SkyDome. Sayang kan ! Nak buat camne, takdak rezeki.

  • Makan tengahari di Restoran Seashell, Laman Padi
  • Pulang berehat di hotel

Lepas penat berjalan naik itu ini, kami terus pergi lunch di Laman Padi. Restoran Seashell ni terletak di Pantai Chenang berdekatan hotel kami. Saya memang dah target nak makan dekat sini sebab suasana makan dekat pondok atas sawah padi. Kata dah sampai Kedah, mesti lah nak tengok sawah padi. Hahaha…Makanan dekat sini memang kira set / pax. So saya amik 2 pax tapi Set Nasi dengan Ikan Siakap. Makanan dia ala-ala macam ayam penyet / pecel lele gitu dan nasi dia serius banyak sangat. Tak habis, kami bungkus nasi dan sup bawak balik hotel. Masa makan dekat sini, suasana tenang, sunyi, dan nyaman je walaupun tengahari. Anak saya pulak sampai sini terus tertido sebab letih jalan-jalan. Lepas makan, kami pulang ke hotel terus untuk solat jamak dan rehat-rehat sebab penat.

  • Shopping coklat di Haji Ismail Group Complex (HIG), Pekan Kuah

Lepas maghrib, kami terus gerak ke Pekan Kuah untuk shopping coklat. Kami singgah di Komplex Haji Ismail Group. Bagi saya komplex ni, coklat dia macam-macam jenis dan pinggan mangkuk dia pun ada banyak. Kalau nak dibandingkan harga dengan The Zone atau Choco Valley, harga lebih kurang dan tak jauh beza sangat pun. Saya dengan suami memang rambang mata tengok coklat. Semua kami nak beli. Tapi yang wajib beli mesti la coklat Daim dan coklat Hershe’s Kisses. Ada juga coklat dari Belgium, Cadbury Australia, Toblerone dan macam-macam lagi. Semua murah-murah belaka ! Saya tengok-tengok juga pinggan, mangkuk, senduk dan sudu. Tapi saya malas nak beli sebab takut pecah masa nak naik kapal terbang nanti. Lagipun saya dah ada mangkuk Visions kat rumah, so saya rasa tak perlu membazir tambah koleksi mangkuk lagi. Saya ada la juga beli senduk jenis kayu untuk masak dan kuali pemanggang ikan tu. Tu pun beli sebab saya tak ada senduk kayu gitu dan kuali tu. Lagi satu, dekat sini pun ada jual gamat dan minyak urut panas. Saya beli buat souvenir dan untuk pakai sendiri je. Masa shopping ni kan, hujan turun lebat la pulak. Susah juga kami nak angkat barang bawak balik.

  • Dinner megi & KFC je di hotel

Setelah penat seharian berjalan dan shopping, kami balik ke hotel. Dinner kami adalah megi & KFC di hotel. Actually, kami penat sangat, dan x larat dah nak makan. So saya cakap kat suami, makan megi je la. Tapi dia nampak ada KFC dekat dengan hotel, so dia singgah juga beli ayam 2 ketul. Berselera dan kenyang jadinya. Alhamdulillah !!!

Langkawi Trip - 7Inilah Oriental Village Langkawi Trip - 8Dalam cable car – gayatnya !
Langkawi Trip - 9Dekat peak. Kabus banyak so x nampak sangat ! Langkawi Trip - 10Ada mangga lock love lah !!!
Langkawi Trip - 11SkyRex best giler ok !!! Langkawi Trip - 12Masuk 3D Art Gallery jugak
Langkawi Trip - 13Suami lawan dengan Shark Doo Doo Langkawi Trip - 14Saya bertarung dengan naga
Langkawi Trip - 15Opps ! Terambil kasut ! Langkawi Trip - 16Breathe on the fire
Langkawi Trip - 17Dekat Restoran Seashell, Laman Padi Langkawi Trip - 18Padi dia sangat hijau dan tenang
Langkawi Trip - 19Ada budak kecil tertido lah !!! Langkawi Trip - 20Ni la lunch kami
Langkawi Trip - 21Komplex HIG Langkawi Trip - 22Tu diaaa…coklat

Day 3 (11 September 2017)

  • Breakfast di Restoran Bella, Chenang
  • Check out hotel

Actually, kawan karib saya, dia whatsapp saya ada dekat mana sebab nampak saya upload gambar dekat Insta, so saya kasitau dia, saya ada dekat Langkawi. Kebetulan, dia memang datang bercuti kat Langkawi hari Isnin (11 Sept), so dia ajak jumpa. Dalam pukul 9.30 pagi, kami berjanji nak jumpa di Restoran Bella dekat Chenang sebab dia pun duduk hotel dekat Pantai Chenang. Hahaha…Saya pulak, first time jumpa anak dia, dan dia first time jumpa anak saya. So, kami sangat excited boleh terjumpa kat Langkawi pulak. Restoran Bella ni, ada nasi lemak, roti canai, soto dan macam-macam lagi. Sangat rekomen untuk breakfast sini. Nasib baik kawan baik saya ajak makan sini. Huhuhuhu….Lepas breakfast, saya dan suami pulang ke hotel dan kami terus kemas barang untuk check out.

  • Singgah di Dataran Lang, Pekan Kuah

Kami teruskan perjalanan kami ke Pekan Kuah. Actually patut pergi Dataran Lang semalam sekali dengan Komplex HIG sebab dekat Pekan Kuah, tapi tak jadi sebab pergi HIG pun dah malam. Pergi Langkawi, mesti wajib ambil gambar dekat helang ni, barulah bercuti kat Langkawi namanya kalau ada gambar ni. Hehehehe…Cuaca agak panas juga sebab tengahari, so kami ambil gambar dan terus balik ke area Chenang.

  • Lunch di Laksa Ikan Sekoq
  • Langkawi Airport

Dekat belakang Langkawi Airport otw ke Pantai Chenang, ada satu kawasan makan tepi jalan yang jual laksa dan nasi ayam. Ada gerai Laksa Power dan Laksa Ikan Sekoq. Actually, saya dan suami nak makan dekat Laksa Power, tapi orangnya datang lambat. Kami sampai dalam pukul 2.30 petang tapi laksanya tak sampai lagi. So, kami beralih ke gerai sebelahnya, Laksa Ikan Sekoq. Apa yang istimewanya gerai ni, dalam laksa tu ada 1 ekor ikan selar kecil penuh. Suami saya try makan laksa ikan sekoq tu, saya pulak makan nasi ayam. Boleh tahan juga laksa dan nasi ayam dia. Lepas tu, kami terus menuju ke Langkawi Airport yang tak jauh dari tempat makan kami. Kami sampai airport pukul 4.00 petang. Kami pulangkan kereta sewa dan terus check in bagasi kami. Tapi masalah lain timbul bila flight kami kena retimed dari pukul 5.35 petang kepada pukul 7.35 malam. Dah sampai airport baru kami tahu flight retimed. Terpaksa la kena tunggu lama, makan dan solat jamak dulu di airport sebelum naik flight sampai ke KLIA1.

Langkawi Trip - Breakfast dekat Restoran Bella Langkawi Trip - 24Jumpa BFF dekat Langkawi, kebetulan sangat-sangat
Langkawi Trip - 25Mesti la amik gambar dekat Dataran Lang Langkawi Trip - 26Suami dan anak kesayangan
Langkawi Trip - 27Ada boat banyak kat sini sebab Jeti kan Langkawi Trip - 28Lunch dekat Laksa Ikan Sekoq

Ok ni la cerita saya pergi ke Langkawi. Saja saya just nak berkongsi cerita. Alhamdulillah, travel kami ni, memang honeymoon walaupun bawak anak. Saya tetap happy berjalan-jalan. To all di luar sana yang nak pergi Langkawi, saya sarankan anda pergi la ke tempat yang saya pergi + island hopping. Saya ada anak kecil, so tak boleh la nak bawak naik boat untuk pergi pulau-pulau tu semua. Lagi satu, jangan pergi time musim hujan, terutama if nak naik cable car. Sebab rugi naik tapi tak nampak apa pemandangan pun…kuikuikui…Till next travel, guys. Sekian.

Posted in My Addin

Ujian Allah SWT Sentiasa Berterusan

Assalamualaikum,

Tahukah anda bahawa dunia ini adalah tempat ujian kita? Hidup kita adalah satu ujian. Perkara yang baik terjadi pada kita adalah untuk menguji adakah kita bersyukur dengan nikmat-Nya. Manakala perkara yang buruk berlaku pada kita adalah untuk menguji sejauh mana kita taat dan bersabar dengan dugaan-Nya. Ujian dalam kehidupan kita di dunia merangkumi 5 perkara sebelum 5 perkara.

Ujian Sentiasa Berterusan
Image Googled: Ujian Sentiasa Berterusan

5 perkara sebelum 5 perkara:

1. Sihat sebelum sakit

  • Semasa sihat, adakah kita gunakan kesihatan kita sebaik-baiknya untuk beribadat dan beramal dalam jalan Islam.
  • Semasa sakit, adakah kita redha dan mengharapkan penyembuhan dari Allah SWT.

2. Muda sebelum tua

  • Semasa muda, adakah kita gunakan sebaik-baik waktu dan kesihatan yang diberikan untuk beramal.
  • Semasa tua, adakah sudah cukup amalan kita untuk menghadap kepada Allah SWT.

3. Kaya sebelum miskin

  • Semasa kaya, adakah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita dan adakah nikmat itu kita belanjakan pada jalan Allah SWT (seperti sedekah).
  • Semasa miskin, adakah kita mampu bersabar dan masih bersyukur dengan ketentuan Allah SWT dan adakah kita berusaha untuk keluar dari kemiskinan.

4. Lapang sebelum sempit

  • Semasa lapang, adakah kita menggunakan masa kita dengan perkara bermanfaat (seperti beribadat dan lakukan aktiviti berfaedah) atau kita hanya mensia-siakan masa yang diberikan kepada kita sahaja.
  • Semasa sempit, adakah kita menyesal waktu lapang kita tidak digunakan sebaik-baiknya atau adakah kita memarahi waktu sempit yang kita ada tanpa mengetahui masa sempit itu juga untuk menguji kita juga.

5. Hidup sebelum mati

  • Semasa hidup, adakah kita menggunakan waktu kita sebaik-baiknya. Adakah kita ketahui tujuan hidup kita di dunia yang diciptakan oleh Allah SWT ini.
  • Apabila nyawa sudah tercerai dari jasad, hanya amalan yang mengikuti kita ke sana. Jadi adakah cukup amalan kita selama ini? Bersediakah kita menghadapi mati pada bila-bila masa sahaja?

Di dunia inilah tempat kita berpenat dan di akhirat nanti adalah tempat untuk kita berehat. Jika lulus ujian kita, kita dapat berehat di syurga. Syurga! Sesiapa yang menolak Allah SWT, menolak ajaran Rasulullah SAW, maka dia juga menolak untuk memasuki syurga. Jadi, bersabarlah dengan setiap ujian yang diberikan dari kecil hingga hujung nyawa kita kerana ujian Allah SWT tetap berterusan. Sekian, wallahu a’lam.